BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

abah...ooo...abah

Salam alaik...
Hari ni hari Rabu. Ye la, semua orang tau kan??? Hari Rabu hari ada IE(Islamic Education). Dulu penuh debaran sekarang tidak lagi.Hari ni belajar bab jenazah, so ramai2(J5+J7) kumpul kat surau untuk praktikal. Dalam dok berkobar-kobar melihat anak2 patung a.k.a model jenazah utk kelas ala-ala kursus jenazah ni (yg budak ni kata mix muka wanie ngan che..haha) kena pulak panggil ke HEP. Tak lain tak bukan, kes borang perjanjian la ni. Nak kata masalah disiplin, setakat ni rekod bersih lagi la..hehe..

Hurmm..terlepas masa pertama kelas IE, bermakna terlepas praktikal mandi+kafankan jenazah. Masuk2 surau, budak2 ni dah ready nak sembahyang jenazah. Terus join je la. Tak lama lepas tu, ustzah suruh pulak masuk group dan buat praktikal sendiri. Saya tengok je la, budak2 ni dok buat sambil tu otak mencerna la apa yg diorang ajar. Ustzah dtg tiba2 dan suruh saya yg kemaskan bhgian kain kat kepala tu masa nak tutup. Saya terkial-kial habis la waktu tu, dgn tak berapa nak fahamnya sampai ustzah tegur macam ni, "Bila orang ajar, tau dengar je tp tak nak ikut." Hah, waktu tu sentap jugak la rasa tp ustzah cakap tu adlh cara dia mentarbiyah bukan sebab dia jeles kat saya ke apa. No heart feeling la kan. Marah kan tanda sayang. Lagi ustzah marah, lagi la saya sayang. Ahaks...

Masuk kelas, saya rasa sayu tak tau kenapa. Bukannya saya ambik pusing sgt dgn apa yg ustzh cakap tu tp entahla, saya rasa sedih. Sedih sebab bila fikir balik, sikitnya ilmu yang saya ada. Kalau setakat tau sembahyang jenazah tu masih tak cukup. Harap pakai tudung labuh tp mandi jenazah pn tak tau, apa barang..Nanti kalau orang mintak suruh mandikan jenazah, ha, nak jawab apa? Nak2 pulak tu keluarga sendiri. Rasa jahilnya alahai. Huhu..sedihnya...tapi apa2 pun terima kasih utk ustazah yg selalu buka mata hati dan kawan2 yg tak lelah beri tunjuk ajar, sedikit sebanyak saya faham, yg selebihnya usaha saya sendiri lepas ni.

Petang tadi, lepas kelas LDES, saya dan budak2 J5 yg comel ni berpiknik sambil makan cekodok(rutin mingguan la tu). Seronok tau bila dgn kawan2 ni. Kalau nak kita sendiri hilangkan sedih tentu la tak dapat. Yang best lagi, dapat punggai ( org kedah kata ni baling sumthin') buah pelam. Hah, dua kali saya brjaya mendaratkan kasut Sabiha kt atas pokok tu. Mujurla ada 2 org best goal shooter tolong turunkan balik. Kalau tak menangis sambil berjalan kaki ayam la Sabiha balik bilik. Anyway,  terima kasih skali lagi buat kawan2 yg mengusir sedih saya dgn gelak tawa anda semua. Sayang kamu!

Balik bilik, terus teringat nk call abah, inform pasal borang perjanjian.
Bla..bla..bla
abah: abah kat loq setaq ni (alor setar)
saya: aaa..ooo(alor setar tu, mkna nya abah dok keja la)
abah: abah kat KMC
saya: ha???
abah: bukan Matriks Changlun.. KMC..
saya: Kedah medical centre? (hospital)
abah: ya
saya: abah tengok sapa kat sana? (hati2 dup dap dup dap dh, sapa lg sedara yg masuk hospital plak ni. hr tu bang chik accident)
abah:abah tiga hari dah dok sini. dok wad. (kelopak mata terasa bergenang tiba2)
saya: ha? awat depa tak habaq kat along pun? (sebak berbuku di dada..sampailah hati diorg tak bgtau saya abah masuk hospital)
abah: satgi along susah hati.
saya: biaq la along nk susah hati pun, abah along. (mmg tahan je air mata nk keluar. terbayang la muka abah yg tgh baring kt atas katil. sungguh la tak patut saya telefon beliau ckp pasal borang perjanjian pulak)
abah: tak pa aih. ibu baru balik td. pak ndak pun mai. abah tak bg mai tp depa nk mai jugak.hihi.. (ni abah saja nk bt lawak, konon nk sedapkan hati saya la)
saya: pahtu macam mana?
abah: tak pa dah. doketot(doktor) kata kalau tak dak apa, esok boleh balik dah. (lega sikit saya dgr)
saya: .......
abah:.......
saya: hmm..x pa abah ne..jga diri elok2.nnt kim salam kt depa.
abah: ha...ok2...
saya: I LOVE U!
abah: LOVE U 2! (brbunga hati saya)

Tu la sebahagian perbualan saya dgn abah lewat ptg td. Perbualan yg buat saya rasa susah hati sampai la saat ni. Betul abah cakap, depa tak bgtau saya takut saya susah hati. Tapi tak patut la kan, saya pun anak abah jugak. Ni sebijik macam kes 3 tahun lepas.Abah masuk wad sebab disyaki kena demam denggi tp sapa sorang pun tak bgtau saya. Kalau tak kerana kantoi dgn air 100+ yg byk kt umah, agknya sampai ke sudah saya tak tau. Tu la depa tu, selalu sgt takut saya susah hati. Tapi sungguh la bila orang yg kita sayang ditimpa malang, mana tak susah hatinya.Tak sangka pulak demam abah tak kebah2 sejak saya balik hari tu sbb saya yg teman abah ambik ubat. Huu...Tak pe la, lega sikit saya dgr abah dh nk kuar esok. Abah cepat2 lega ne. Banyak lagi yang Along nak tunaikan utk abah. Nak hantar abah pi haji.Nak jadi anak solehah untuk abah. Nanti boleh bawa sekali abah ke syurga. Sayangggg abah!!!

bang chik nanti kena jd mcm abah tau!!!

mana la nk dpt abah yg hensem mcm ni..hehe
(ni jaman muda mudi beliau)

Hurmm..ni je la citer utk hari ni. Just nak kongsi kesedihan dgn anda yg sudi berkongsi...terima kasih Allah, terima kasih semua..

Salam sayang: empunyablog :)

Tuesday, April 27, 2010

TAG-TIG-TUG

Roomate saya meng'tag' saya hari. Amboi, first time ni kena tag. Try2 la nak jawab kononnya..Meh tengok hasilnya...



1. How tall should he be?
-tak tau la..yg pasti kena tinggi la dr saya...hehe


2. What hair colour should he have?
-hitam la kot..(kalo dh pure Melayu..hehe)


3. What kind of personality should he have?
-yg pasti bukan personality disorder..hehe

4. Older or younger?
-abah ngan ibu saya sebaya. kalo sama umur pn tak de masalah kn?


5. What film actor should he most be like?
-tak de kot, muka mmg x komersial lgsung..hehe


6. What singer should he most be like?
-ader ke org nk amik bt recording artis???


7. Do they need to cook?
-huih..musti, ibu kata penting tu...


8. What is his best body part?
-x pernah amik tau..bdn dia, lantak dia la..hehe


9. What car should he drive?
-kalo saya, TOYOTA vios kut...kalo dia, keta lembu pn tak pe dh..hehe


10. What one thing completely turns you on?
-sapa tak sayang bini oi..hehe (apa significant ni,entah la..hehe)


11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
-saya memilih utk tak mnjawab soklan ni..sapa dia pn saya tak tau..hehe

12. Tag people to do this survey too.
 -sapa rasa nk tag diri sendiri, silakanlah, jgn segan2..hehe



~btw, thanks roomate sbb bg pengalaman ditag ni..hehe
lagi satu, dlm exam, kalo org tanya dlm English, jgn jawab dlm BM mcm budak kt atas ni..hehe

Friday, April 23, 2010

~kisah sepasang burung layang-layang berkasih di dalam sarang~

Subhanallah...

Ini saya kongsikan dengan anda kisah 'sepasang burung layang-layang' yang hidup bahagia dalam 'sarang' mereka sendiri.
Terimalah, kisah AHMAD & FATIMAH....

Ahmad, 26 dan isterinya Fatimah, 25. Mereka berkahwin pada tahun lepas.
Kedua-dua mereka kurang upaya.
Ahmad tidak memiliki tangan, Fatimah pula tiada kaki. Lihat betapa mereka saling menyempurnakan antara satu sama lain walaupun fizikalnya mereka tidak sempurna.
Pasangan ini walaupun kurang upaya tetapi mereka cekal dan hebat dalam kerja2 seni.

Pepatah ada menyatakan: Life is not a matter of milestones, but of moments


Fatimah mencuci pinggan

Ahmad sedang menyikat rambutnya menggunakan kaki

Fatimah membantu mengikat rambut Ahmad

Ahmad meng'iron' sendiri baju beliau

Ahmad basuh kaki di sinki

Ni pula, Ahmad sedang gosok gigi guna kaki. Hebatkan?

Fatimah menyembur pewangi di baju suaminya sebelum keluar rumah

Mereka ke kedai muzik

Ahmad dan rakannya berlatih muzik

Sama-sama buat kerja rumah. Sweet kan?

Lunch together-gether

Imbas kenangan lama sambil lihat foto perkahwinan mereka

Kadang2 Ahmad 'berbicara' dgn Allah dlm sepi

Fatimah menghayati bait2 puisi ciptaan Ahmad.


Bahagia tu bukan apa yg orang lihat tapi apa yg kita rasa
~Jaja & Din~

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. surah ar-Rum ayat 21

 
Tidak ada manusia yg sempurna walaupun zahirnya tampak sempurna. Maka dgn itulah Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan supaya saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain

Biarpun tidak sempurna, itu tidak bermakna kita tidak boleh mencipta kesempurnaan kita sendiri kerana kesempurnaan itu apa yang mata hati kita lihat dan rasa
~Saya la yg kata~ hehe

Tuesday, April 20, 2010

KAMU BERHIAS UNTUK SIAPA?

Salam alaik...
Hari ni nak 'berbual' dgn anda tentang kecantikan. Bila sebut pasal cantik, kaum hawa macam kita ni mesti suka kan? Begitulah, wanita dan cantik, dua perkara yang tak dapat dipisahkan, selalu bersatu. Nak jadi cantik? Of course la kan? Ada ke yg nak jadi hodoh setiap masa dan selama-lamanya? Rasa ingin jadi cantik tu fitrah sebenarnya, so tak payah la rasa poyo kalau tiba2 terasa nak jadi cantik cam Angelina Jolie ke, Fasha Sandha ke... Fitrah namanya..tapi lagi best kalau jadi cantik cam diri sendiri. Natural gitu..
Cantik tu subjektif, terpulang bagaimana kita melihat dan menilai kecantikan.  Cantik bukan setakat wajah je tapi segala2nya dr hujung rambut sampailah hujung kaki. Kalau pandai berhias, maka bertambah cantik la seseorang tu.

Pernah dengar tak istilah tabarruj?
Tabarruj ni istilah arab yang kalau kita translate ke dlm BM lebih kurang maksudnya berhias diri. Tapi dalam konteks sebenar tabarruj adalah berhias diri dgn memperlihatkan wajah dan tubuh.
Adakah Islam mengharamkan tabarruj?
Ulama berpendapat, perhiasan dalam erti kata mempercantikkan diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan. Akan TETAPI...

Perhiasan itu tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ dan mengikut garis panduan yg telah ditetapkan dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Namun begitu, bukan semua jenis barang-barang perhiasan itu diharuskan untuk dijadikan bahan kegunaan dan hiasan diri dan tempat. Terdapat garis panduan hukum syara‘ yang menentukan bahan-bahan perhiasan mana yang boleh dan tidak boleh digunakan dan dipakai, baik bagi laki-laki mahupun perempuan.

Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir’. Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:

1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
2. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
3. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
4. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
5. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
6. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Dalam Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnyn wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakakukan. Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya sepatutnya wajib ditutup.

Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj. Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Wanita bersolek untuk suami
Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jika bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).

Hukum wanita memakai bau-bauan
Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

Wajib wanita berwangi-wangian
Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw bersabda “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.

Waktu Sunat wanita berwangi-wangian
i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnamya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)

Bahkan Aisyah sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian tersebut apabila melayan Rasulullah saw. Baginda saw. Kata Aisyay “Aku memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat keterangan bahawa Aisyah berkata “Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat sama ada kepada lelaki dan wanita berwangi-wangian ketika ihram.

Imam Syafie berkata “Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum) melakukan ihram, walaupun zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram”. Imam Hanafi pula ada mengatakan “Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat, sekalipun baunya kekal” (al-Mazahil al-Arba’ah)

Namun Imam ada memberikan peringatan kepada wanita “Seseorang yang hendak berihram, hendaklah memakai bau-bauan sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali dia mencuci pakaian itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan bau-bauan” (al-Minhaj)

Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang membolehkannya adalah sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain (syarah Soheh Muslim oleh as-Sauri)

Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian
Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”
Beberapa Hadis Rasulullah saw sebagai paduan

أيَّمَا امْرَأَةٍ وَضَعَتْ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، فَقَدْ هَتَكَتْ سِتْرَ مَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Siapa saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah suaminya, maka ia telah mengoyak tirai pelindung antara dirinya dan Allah Azza wa Jalla.

مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
“Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Maksudnya adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik pakaiannya, akan datang pada hari kiamat dalam keadaan hitam dan gelap, bagaikan berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun lemah, tetapi artinya benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah siksaan, wangi-wangian akan menjadi busuk dan cahaya menjadi kegelapan. Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang berpuasa dan darah orang yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau minyak kasturi."

سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ
“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.”

Dalam berhias dan mencantikkan diri, hendaklah kita sentiasa berada di landasannya. Cantik tu, tak perlu pada fizikal saja, yg lebih penting apa yg ada di dalam. Kalau di dalam tu cantik, maka cantik di luar akan terzahir dgn sendirinya. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada paras rupa dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat dan amalan-amalan kamu." hadis riwayat Muslim. Bersederhanalah dalam berhias, jangan sampai menimbulkan fitnah. Dalam melakukan apa2 perkara pun, yg penting adalah niat.

footnote: artikel dipetik drpd http://ustazmelaka.net/forum/index.php?topic=375.0

Thursday, April 15, 2010

Entah la...

Lately ni saya sgt sibuk. Entah la, saya sorang saje yg sibuk atau orang lain pun sibuk macam saya juga. Tak pun saya yang menyibukkan diri sendiri. Entah la..Tapi saya rasa penat sangat. Penat yg tak hilang2 sejak English Language Camp minggu lepas. Entah la, apa masalah saya. Time management yg sangat teruk ke? Sampai satu masa, nak je mintak Allah tambah masa saya jadi 28 jam sehari ke supaya saya boleh siapkan sumer kerja yang bertimbun-timbun.
Hari Khamis selalunya saya gelarkan hari penghabisan segala kerja. Memang betul pun. Tapi untuk kawan2 saya, saya rasa betul la. Hari ni PJA, kami buat permainan tradisonal.

~BATU SEREMBAN~

Selesai dah satu task. Folio pun dah hantar. Terima kasih kawan2, buat saya gembira petang ni. Dekat GIM, rasa macam segala beban dah habis tapi balik je bilik, baru la teringat banyak lagi sebenarnya kerja yg tak siap dan esok pula nk kena hantar. Hadoi la...Pening+serabut kepala otak fikir...
Malam ni, ada Ladies Night pula. Semestinya saya terlibat. Tapi bila fikir Video ELC yg tak siap lg, rasa betul2 reluctant nak pi. Mr. Lim nk tengok draft esok. Saya rasa cuak yang amat dah. Satu habuk pun tak sentuh lagi, gambar ngan video pun tak collect lagi. Macam mana ni...
Sejak dua menjak ni, merungut saya menjadi-jadi. Kesian rumate saya kena tadah telinga dengar bebelan+makian+rungutan saya tiap2 hari.Saya tak tau kenapa saya patut merungut setiap kali dibebani kerja yg banyak. Padahal saya ni boleh la masuk kategori makhluk yg suka buat kerja.  Bila kerja banyak automatiknya masa saya jadi terurus. Masa kat asrama dulu, saya lg sibuk pd ni tp masih rasa tenang hati dan tak la kelam kabut macam sekarang ni. Sekarang ni, entah la. Kenapa saya merungut sedangkan saya yang pilih jalan ni, jalan yg menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga. Bunyi macam saya buat sumer ni tak ikhlas. Oh la Fatinnur. Kenapa ni?
Hmm...esok nk balik dah. Beg tak packing lagi, banyak keje tak settle. Saya rasa saya patut berhenti sekarang dan siap2 nk pi ladies night. Dengarnya kena ambil gambar. Hoho, sumpah tak pandai.
Ok, la.Terima kasih sudi membaca bebelan saya. :)

Sunday, April 11, 2010

MAAF...

MAAF,wajah mu bukan untuk tontonan umum,lebih2 lagi tontonan khusus..

Suatu kisah

Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa


Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!


Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan

Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal


Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan


Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh


p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...


Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Ya, Allah ampunilah kekhilafanku. Jadikanlah aku perempuan cantik  dan perempuan solehah itu.
Terima kasih kerana mengeluarkanku dari kesesatan.

Terima kasih kerana masih memberikanku hidayahMu.
Terima kasih ya, Allah kerana menemukan aku dan dia.




footnote: Terima Kasih kepada penulis puisi ini juga. Berkatilah dia, ya Allah.

Saturday, April 3, 2010

Siapakah yang mencuri hatiku?

Ha..Maaf la, entry saya kali ni berbau gatal ala gelenyar skit. Saya ni susah la nak suka orang tapi bila dah suka......suka la.. Saya kenal la seseorang ni. Muka boleh tahan, yang penting suara nya yang sedap gitu. Pandai nyanyi tau. Kalau saya dengar dia nyanyi, insaf je rasa. Mmg suara dia kena la dgn lagu yg dia nyanyi tu. Sekarang ni saya jadi peminat dia dari jauh je la, dia pun tak tau saya ni peminat dia. Haha...Tapi saya tau memang ramai orang minat dia. Tak kisah la tapi saya dia. Suka, tak salah kan?

Ha..mesti ada yg nak tau sangat ni siapa la gerangannya tu. Meh nak bagitau sebab saya pun tak boleh tahan dah simpan lama2...Haha

Siapakah orangnya? Mari kita lihat...
.......

......

.....

....

...

..

.
ha..ni la orangnya??? hensem tak?

mesti ada orang kata kan, "Eh, macam pernah tengok je mamat ni."




Haha..mesti la pernah tengok. Ni kan Maher Zain, penyanyi nasyid R&B tu. Lagu dia memang best. Cuba la dgr.

Penjelasan: Saya suka Maher Zain adalah disebabkan lagu beliau. Muka dan suara tu kira pakej la.. Saya kagum dengan beliau kerana di tengah dunia hiburan yang ntahapapa ni masih ada lagi anak muda macam beliau yg memperjuangkan Islam melalui hiburan dgn cara yg tersendiri.
To Maher Zain: I wish u da very best of luck. Keep up a good job in dakwah. (Saya tau dia takkan baca punya..hehe)

Kepada sesiapa yang nak jadi fan beliau di fb boleh klik di sini 
Ni antara lagu yang saya sukai:

For The Rest Of My Life



I praise Allah for sending me you my love

You found your home and sail with me

And I`m here with you

Now let me let you know

You`ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong

But everything was changed when you came along

OOOOO

And there is a couple words I want to say

Chorus:

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you...loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I…I`ll be there for you



I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you

And I ask Allah to bless all we do

You`re my wife and my friend and my strength

And I pray we`re together in Jannah

Now I find myself so strong

Everything changed when you came along

OOOO

And theres a couple word I want to say



*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here

Infront of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally



Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

footnote: tak bayang kalo abah dedicate lagu ni utk ibu..mesti dictionary BI-BM melekat 24 jam kat tangan..haha
~hmm...sapa la nak dedicate lagu ni kat saya pulak nanti..ahaks