BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

~:HaLaL, HaRaM & SyUbHaH:~

Assalamualaikum buat semua yg masih sudi berkunjung ke sini. Semoga usaha kita menuntut ilmu sentiasa dipermudahkan olehNya.
Sedang saya melepaskan lelah di bilik(sesudah habis kelas) tiba2 teringat pula surat2 yg pernah dikirimkan oleh seorang akhwat kpd saya suatu masa dulu lantas tangan mencapai sampul2 surat yg tersusun kemas di dalam beg khas. Dalam pada saya membelek beberapa artikel ilmiah yg dikirimkan kpd saya, mata terpana pd helaian artikel yg bertajuk "HADIS 6". Saya membaca terjemahannya dan ternyata menarik minat saya utk berkongsi penjelasannya dgn anda. Pd saya, hadis keenam drpd Hadis 40 ini mempunyai signifikannya tersendiri. Ayuh baca!

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W. telah membahagikan perkara ini kepada 3 bahagian iaitu:
1. Dalam agama, perkara yg halal dan haram adalah nyata kerana hukum terhadapnya telah ditetapkan. Dalil juga ada untuk mengukuhkan pernyataan ini. Maka sebarang perkara yg berkaitan halal dan haram tidak boleh diragukan apatahlagi dipertikaikan. Sebagai contoh, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yg bkn muhrim adalah haram hukumnya. Maka, dengan apa cara sekalipun mestilah menjauhkan diri drpd melakukan perkara tersebut. Dan tak ada cara lain yg boleh dilakukan utk menghalalkannya termasuklah niat yg baik. Ingat, niat tidak menghalalkan cara! Oleh itu, sesiapa yg melakukan perkara yg dihalalkan oleh agama maka jelaslah dia seorang yg taat sebaliknya orang yg suka melakukan perkara yg diharamkan agama maka sudah terang dia bersalah.
2. Di antara halal dan haram ini, terdapat pula syubhah iaitu perkara yg terdapat keraguan pd hukumnya. Apakah ia halal atau haram? Dalam konteks syubhah, kita diseru supaya meninggalkannya kerana dikhuatiri akan terjatuh ke dalam perbuatan haram. Oleh itu, sesiapa shj yg ingin memelihara agama dan kehormatannya hendaklah meninggalkan perkara syubhah seperti apa yg telah disabdakan oleh baginda Rasulullah. Kemudian Rasulullah memberikan perumpamaan akan hal tersebut dengan seorang pengembala yang mengembala haiwan ternakannya di kawasan terlarang, iaitu di sekitar tanah lindung yang tidak digunakan sebagai tempat untuk mengembala haiwan2 ternakan, sehingga tempat tadi menjadi tempat yang hijau. Oleh sebab kawasan itu tidak digunakan sebagai tempat mengembala, maka tempat itu menarik haiwan ternakan untuk berjalan ke sana dan merumput di dalamnya (seperti seorang penggembala yang menggembala ternaknya di sekitar tanah lindung, sehingga haiwan-haiwan itu nyaris merumput di sana).” Kemudian Rasulullah bersabda, “Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki tanah larangan”, yakni sudah menjadi kebiasaan bahawa raja melindungi tanah larangan yg di dalamnya terdapat tanaman dan pepohonan yang banyak. Hal ini diumpamakan Rasulullah sbg perkara2 yg diharamkan oleh ALLAH. Maka setiap yg diharamkan ALLAH itu adalah laranganNya. Justeru, setiap perkara yg syubhah mesti dihindari sebelum terjebak dengan perkara yg haram.
3. Kebaikan dan kejahatan seseorang bergantung kpd hatinya. Hati adalah raja di kerajaan diri. Segala 'arahan' hati akan dituruti oleh anggota badan yg lain. Maka dengan itu, sangatlah penting utk menjaga hati dengan menyuburkannya dgn iktiqad yg benar, kepercayaan yg luhur, keyakinan yg bersih drpd unsur jahat dan kotor. Kalau tidak, hati akan dibinasakan oleh bermacam-macam penyakit spt dengki, tamak haloba, bakhil, dan lain2 lg. Semua ini berpunca drpd hati.

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud: Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.

footnote: Indahnya kaedah pengajaran Rasulullah S.A.W. dengan memberikan contohnya(perumpamaan) dan menjelaskannya. Bagindalah contoh murabbi terulung.

0 BICARA ANDA: