BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

::RAJA dan IKAN::

Pada satu zaman ada seorang raja yg sgt zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yg sgt berat. Maka seluruh tabib yg ada dlm kerajaan itu dikumpulkan.
Di bwh ancaman pedang, mereka disuruh utk menyembuhkannya. Namun sayangnya, tidak ada satu tabib pun yg mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang tabib yg mengatakan bhw penyakit raja itu hanya boleh disembuhkan dgn memakan sejenis ikan tertentu, yg sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskupun raja menyedari bhw saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua org utk mencari ikan itu. Apa yg berlaku, biarpun belum musimnya, ternyata ikan itu amat mudah ditemui. Pelik memanglah pelik tetapi itu adalah kehendak ALLAH yg maha Esa. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dr penyakitnya.


Pada lain waktu dan tempat, ada seorang raja yg amat terkenal dgn kebijaksanaannya. Dia sgt dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yg bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya ialah sejenis ikan tertentu yg sgt banyak di permukaan laut pd saat ini. Kerana itu, mereka sgt optimis bhw raja itu akan sembuh kembali. Namun, apa yg berlaku ialah, ikan yg sepatutnya dijumpai banyak di laut itu satupun gagal ditemui. Walaupun pihak kerajaan telah mengarahkan ahli selamnya untuk mencari ikan itu di dasar laut, ikan itu masih gagal dijumpai. Sehingga akhirnya raja yg bijaksana itu pun mangkat.


Dikisahkan bhw para malaikat kebingungan memikirkan kejadian tersebut lantas mengadap ALLAH S.W.T dan bertanya:"Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan2 itu ke permukaan sehingga raja yg zalim itu selamat tetapi pada waktu raja yg bijaksana itu sakit Engkau menyembunyikan ikan2 itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yg baik itu meninggal?"


ALLAH pun berfirman:"Wahai para malaikatKu, sesungguhnya raja yg zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu aku balas kebaikannya itu sehingga waktu dia datang menghadapKu tiada lg kebajikan sedikitpun yg dibawanya. Dan aku tempatkannya di neraka yg paling bawah. Sementara raja yg baik itu pernah berbuat salah kpdKu. Kerana itu, aku hukum dia dgn menyembunyikan ikan2 itu sehingga nanti dia dtg menghadapKu dgn seluruh kebaikannya tanpa ada sedikitpun dosa pdnya kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia."


Demikianlah kisah seorang raja yg zalim dan raja yg baik dengan dosa dan pahala mereka.



Pengajaran yg boleh kita ambil iktibar ialah:

# Ada kesalahan yg hukumannya ditunaikan terus oleh ALLAH di dunia ini juga sehingga di akhirat nanti dosa itu tdk lg diperhitungkan lagi. Keyakinan ini dpt menguatkan iman kita apabila sdg ditimpa musibah

# Apabila kita tdk pernah ditimpa musibah, janganlah kita terlalu gembira dan terleka. Mana tahu ALLAH menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan ini dpt menjaga kita drpd terbuai dgn kelazatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrawi..

# Musibah yg menimpa seseorang belum tentu disebabkan oleh kejahatan yg telah dilakukannya. Keyakinan ini dpt mencegah kita drpd berprasangka buruk menyalahkannya. Justeru yg wujud adalah keinginan utk membantu meringankan penderitaan.





footnote: Sentiasalah bersangka baik dgn ALLAH kerana ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNya.

0 BICARA ANDA: