BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

G-U-R-U

Lantikan Guru Lepasan Ijazah Pendidikan Ikut Kekosongan
PUTRAJAYA: Penempatan graduan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekolah hanya akan dilakukan berdasarkan kekosongan jawatan dan pengkhususan mereka.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
“IPG melatih guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.
“Sebab itulah, dalam soal penempatan sekolah, keutamaan akan diberikan kepada lulusan KPLI dan jika ada kekosongan baru kita menempatkan graduan lulusan IPTA tetapi ia bergantung kepada kekosongan serta bidang pengkhususan yang diambil ketika di universiti,” katanya kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kualiti peringkat kementerian di sini, semalam.
Justeru, Mohd Puad berkata, isu penempatan tidak seharusnya timbul kerana proses penempatan semua graduan KPLI dari IPG sudah selesai untuk sesi persekolahan yang bermula Ahad dan Isnin ini.
Sumber: Berita Harian

Dalam beberapa hari sebelum ini, isu mengenai graduan pendidikan IPTA yang masih belum ditempatkan di sekolah agak hangat juga diperkatakan di dada akhbar. Saya sebagai seorang pelajar perguruan agak tertarik juga dengan isu sebegini. Isu graduan pendidikan yang menganggur jarang kita dengar kerana bidang pendidikan dikatakan sangat menjamin masa hadapan kerana guru sentiasa diperlukan dengan pertambahan sekolah sekarang ini. Suatu masa dulu mungkin kerjaya guru kurang diminati berbanding kerjaya dalam bidang profesional. KPLI diwujudkan dengan harapan dapat menampung jumlah guru yang masih kurang pada ketika itu. Namun senario kini berubah kerana ramai remaja (pelajar) mula sedar akan faedah menyertai bidang pendidikan. Maka, ramailah yang memohon untuk menjadi guru biarpun ada yang tidak berminat dan mungkin sesetengahnya dipaksa oleh ibu bapa. Yang menjadi isu sekarang ialah, pelajar KPLI dari IPGM (dulunya maktab perguruan) terpaksa pula bersaing dengan graduan pendidikan dari IPTA. Kalau difikirkan balik, berapa ramai graduan yg nak graduate jika dibandingkan dengan guru2 yg nak bersara. Guru yg nak bersara mungkin beberapa ratus saja tapi graduan yg graduate dgn ijazah beribu-ribu pula. Ditambah pula dengan guru-guru yang naik pangkat. Jadi dalam situasi ini, kerajaan telah memilih untuk mengutamakan graduan KPLI dalam penempatan ke sekolah dari IPGM kerana graduan IPG (kononnya) dikatakan memenuhi unjuran kerajaan.
Saya bukan nak berbangga kerana menjadi warga IPGM tetapi saya nak rakan2 IPGM sekalian fikirkan: Tidakkah kita begitu bertuah kerana terpilih ke sini? Dalam ramai-ramai yg berebut-rebut nak jadi guru kenapa kita yg terpilih? Mungkin mereka itu lebih bagus daripada kita, siapa tahu? Dalam jumlah kita sekarang ni yg agak ramai, saya tahu bukan semua yg betul2 nk jadi guru. Saya pun kadang2 terfikir juga betulkah jalan yg saya pilih ni? Namun, bila direnungkan kembali, dalam keadaan negara yang bergelut dengan isu pengangguran siswazah, tidakkah kita berasa beruntung kerana ALLAH letakkan kita di jalan ini? Tak bersyukurkah kita kalau kawan2 kita di IPTA sana setiap bulan terpaksa bergantung dengan duit pinjaman sedangkan kita dibayar untuk belajar di IPG? Tak bersyukurkah lagi kalau kawan2 kita nanti terpaksa tunggu kekosongan tempat di sekolah sedangkan kita dah pasti akan mendapat tempat di sekolah? Dan kita nanti tidak perlu berfikir bagaimana mahu melangsaikan hutang pada kerajaan. Masih tak bersyukurkah kita? ALLAH pilih kita ke sini bukan untuk mensia-siakan hidup kita kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin hari ini kita rasa tak sanggup memikul tanggungjawab ini tetapi ingatlah, kedudukan seorang guru itu sangat mulia di sisi ALLAH. Jangan pernah rasa menyesal dengan pilihan yg telah kita lakukan. Apa yang perlu, ikhlaskan niat kita kerana ALLAH, insyaALLAH dipermudahkan jalannya. Wallahualam...
footnote: berkat doa ibu, abah dan rakan2, lima thn lg diri ini akn bergelar guru. InsyaALLAH...

0 BICARA ANDA: