BAYANGKAN APABILA RASULULLAH DENGAN IZIN ALLAH TIBA2 MUNCUL MENGETUK PINTU RUMAH KITA.BAGINDA DATANG DGN SENYUMAN DAN WAJAH YG BERSIH DI DEPAN PINTU RUMAH KITA.APA YG AKAN KITA LAKUKAN? PASTINYA KITA AMAT BERBAHAGIA,MEMELUK BAGINDA ERAT2 DAN TERUS MEMPERSILAKAN BAGINDA MASUK KE RUANG TAMU RUMAH KITA.KEMUDIAN KITA TENTUNYA MEMINTA AGAR RASULULLAH SUDI MENGINAP BEBERAPA HARI DI RUMAH KITA.BAGINDA TENTU TERSENYUM.....!
TAPI BARANGKALI KITA MEMINTA PULA RASULULLAH MENUNGGU SEBENTAR DI HADAPAN PINTU KERANA KITA TERINGAT VIDEO CD BOLLYWOOD DAN HOLLYWOOD YG ADA DI RUANG TENGAH DAN KITA TERGESA-GESA MEMINDAHKAN DULU VIDEO CD TERSEBUT KE DALAM RUANG DAPUR.BAGINDA TENTU TERSENYUM...!
ATAU BARANGKALI,KITA AKAN TERINGAT AKAN LUKISAN WANITA SEPARUH BOGEL YG KITA LETAKKAN DI RUANG TAMU KITA,SEHINGGA KITA TERPAKSA JUGA MEMINDAHKANNYA KE BELAKANG SECARA TERGESA-GESA.LALU KITA MENGGANTUNGKAN DI RUANG TAMU KITA KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD YG TERSIMPAN DI DALAM KOTAK. BAGINDA TENTU TERSENYUM....!
BAGAIMANA PULA JIKA RASULULLAH BERSEDIA MENGINAP DI RUMAH KITA? BARANGKALI KITA TERINGAT BAHAWA ANAK KITA LEBIH HAFAL LAGU HINDI DAN BARAT DRPD MENGHAFAL SELAWAT KPD RASULULLAH.BARANGKALI KITA MENJADI MALU BAHAWA ANAK2 KITA TIDAK MENGETAHUI SEDIKIT PUN SEJARAH RASULULLAH KERANA KITA LUPA DAN LALAI MENGAJARI ANAK2 KITA.BAGINDA TENTU TERSENYUM LAGI....!
BAGINDA BERTANYA SIAPA NAMA PENJAGA MASJID DI TEMPAT KITA.KEMUDIAN BAGINDA BERTANYA SIAPA NAMA TUKANG KUTIP SAMPAH YG SETIAP HARI LALU
DI DEPAN RUMAH KITA.BETAPA SENYUM BAGINDA MASIH DI SITU.BAYANGKAN RASULULLAH TIBA2 MUNCUL DI DEPAN PINTU RUMAH KITA APA YG AKAN KITA LAKUKAN?????
BARANGKALI KITA BERTAMBAH MALU KERANA ANAK2 KITA TIDAK MENGATAHUI SATU PUN NAMA AHLI KELUARGA RASULULLAH DAN SAHABAT BAGINDA BERBANDING NAMA2 ANGGOTA `POWER RANGERS’ ATAU `NINJA KURA2’.MUNGKIN KITA TERPAKSA MENGUBAH SATU BILIK MENJADI RUANG SOLAT.
BARANGKALI KITA TERINGAT BAHAWA WANITA2 YG ADA DI DLM RUMAH KITA TIDAK MEMILIKI KOLEKSI PAKAIAN YG MENGIKUT SYARIAT UNTUK BERHADAPAN DGN RASULULLAH.BAGINDA TENTU TERSENYUM...!
BELUM LAGI KOLEKSI BUKU2,KASET SERTA KARAOKE KITA DAN ANAK2.KE MANA KITA HARUS MENYINGKIRKAN KOLEKSI TERSEBUT DEMI MENGHORMATI JUNJUNGAN KITA?BARANGKALI KITA MENJADI MALU APABILA DIKETAHUI JUNJUNGAN BAHAWA KITA TIDAK PERNAH KE MASJID MESKIPUN AZAN DILAUNGKAN BAGINDA TENTU TERSENYUM...!
BARANGKALI KITA MENJADI MALU KERANA KITA TIDAK PERNAH SOLAT SUNAT BAHKAN JARANG MAMBACA AL-QURAN.KITA JUGA TIDAK MENGENAL SIAPA JIRAN2 KITA.BARANGKALI KITA JADI MALU JIKA RASULULLAH BERTANYA ALAMAT DAN NAMA MEREKA.
MASIHKAH KITA MEMELUK JUNJUNGAN DAN MEMPERSILAKAN BAGINDA MASUK DAN MENGINAP DI RUMAH KITA?ATAUKAH AKHIRNYA DENGAN BERAT HATI KITA BERKATA “MAAFKAN KAMI YA RASULULLAH ” ITU SAHAJA YG TERUCAP DI BIBIR...MASIHKAH BAGINDA RASULULLAH TERSENYUM DAN TERSENYUM LAGI?????SENYUM PILU,SENYUM SEDIH DAN SENYUM GETIR....!!!!OH BETAPA MEMALUKANNYA KEHIDUPAN KITA SAAT INI DI MATA JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH.....RENUNGKAN BERSAMA..
p/s: ~artikel ni aku cilok di mana entah
~ menusuk hati x???hehehe[aku pun terasa jgk]
Wednesday, September 30, 2009
Bila RASULULLAH menjenguk kita...
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 11:09 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2minda
Tuesday, September 29, 2009
ANTARA 9 SITI YANG PATUT DICONTOHI
1)Siti Khadijah
~ Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W. Yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantar makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira'.
2)Siti Fatimah
~ Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Ali Karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata,"Aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan kamu."
3)Siti 'Aishah
~ Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Rasulullah minum, di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4)Siti Hajar
~ Isteri nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan ALLAH. Sanggup ditinggalkan oleh nabi Ibrahim atas suruhan ALLAH untuk kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali)
5)Siti Mariam
~ Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh ALLAH utk mengandungkan nabi Isa.
6)Siti Asiah
~ Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tdk gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun.
7)Siti Aminah
~ Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan yg mulia.
8)Siti Muti'ah
~ Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan ALLAH syurga untuknya krn setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9)Siti Zubaidah
~ Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri khalifah Harun al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan orang ramai hanya niat kerana ALLAH.
p/s: walaupun nama aku takde siti kat depan, tapi alangkah bertuahnya kalo dapat mewarisi+memiliki peribadi2 mereka.
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 7:57 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2minda
Wanita lebih afdal solat di rumah???
Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha mengasihani...
Alkisahnya,
Dua sahabat baik sedang berjalan pulang(ke mana x tau). Tiba-tiba seorang sahabat yg dinamakan sebagai A bertanya,
Sahabat A: Aku dengar betul ke wanita lebih afdal solat di rumah? Lagi bagus kalo dlm bilik aje..
Sahabat B: Betul...
Sahabat A: Habis tu, x boleh solat kat masjid la...
Sahabat B: Sapa kata x boleh..
Sahabat A: x paham la. Explain...
...kemudian, si sahabat B tu telah menyerahkan tugas meng'explain' tu kat aku..hehe sebab, katanya ni blog aku, so aku la yg kena buat..hehe
[Dialog di atas x de kena mengena dgn yg masih hidup mahupun yg tlh meninggal dunia. Saje je nak sedapkan citer.]
Sebenar2nya, hukum wanita bersolat di rumah ialah sunat muakkad. Rasulullah pun menggalakkan wanita solat di rumah seperti sabda baginda yg bermaksud:
" Sebaik2 masjid(tmpt sujud)bg wanita adalah rumahnya sendiri"-riwayat Ahmad dan Tabrani
Tapi, adakah ini bermaksud kita tidak boleh bersolat jemaah di masjid? Tidak, bukan begitu. Kalau kita tengok zaman sekarang ni, wanita rajin ke masjid untuk solat berjemaah. Ada jugak yg pergi utk menghadiri kelas agama. Jadi dalam kes ni , wanita diberi keringanan utk keluar rumah bg hadir ke masjid@surau tetapi dgn syarat2 tertentu. Rasulullah pernah bersabda yg bermaksud,
"Sekiranya seorang isteri meminta izin untuk ke masjid, janganlah kamu menghalangnya."-riwayat Bukhari
Maksudnya, kalau seoorang isteri tu minta kebenaran drpd suaminya utk pergi ke masjid, maka si suami tak boleh halang. Tetapi si isteri haruslah mengikut syarat2 yg ditetapkan; bukan utk buat maksiat tp nak dekatkan diri kepada ALLAH. Berbalik kpd hadis yg first td tu, wanita digalakkan solat di rumah kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah jika diberi kebenaran ke masjid. Sebagai contoh, wanita yg berjalan ke masjid mungkin menjadi usikan lelaki2 yg bukan mahramnya.
Oleh itu, semua wanita perlu ada sifat malu dalam diri sendiri. Sebagai contoh, kalau nak ke masjid mesti ditemani mahramnya dan pelihara pandangan daripada perkara yg tak sepatutnya dilihat.
Antara adab yg perlu diikuti jika wanita ingin ke masjid ialah:
1)Mesti meminta izin daripada suami. Jika sudah meminta izin ttp tdk dibenarkan jg, maka hendaklah si isteri taat kpd perintah suami.
2) Wajib menutup aurat. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
3) Haram memakai wangi-wangian. Tidak digalakkan utk memakai wangian krn dibimbangi akan menimbulkan fitnah jika tercium oleh lelaki yg bukan mahram. Kalau bimbang akan bau badan, boleh memakai sekadar saja.
4) Selesai berjemaah, terus pulang ke rumah. Bagi mengelakkan bertembung dgn jemaah lelaki. Takut timbul fitnah.
5) Dilarang memandang antara lelaki dan wanita. Mengelakkan drpd pandangan yg tdk baik yg blh membawa kpd maksiat, memelihara diri drpd godaan nafsu, memelihara akhlak yg mulia.
6) Wanita perlu sedar niat sebenar ke masjid utk beribadah kepada ALLAH. Kadangkala ada yg terlupa niat sebenarnya mereka ke masjid. Ada jugak yg nak menunjuk-nunjuk.
*dipetik drpd buku Hadiah Buat Muslimah oleh Ustazah Siti Nor Bahyah*
Aku pernah bertanyakan soalan yg sama kpd ustazah aku dulu. Jawapannya sangat ringkas dan menusuk ke hati, yg membuatkan aku terfikir sampai sekarang,
"Kalau awak ni shopping complex pun pergi, bersiar2 pun pergi, jd rasanya sesuai tak kalo nak berpegang yg wanita lebih afdal solat di rumah?". Maksud ustazah aku ialah, ramai orang yg menggunakan alasan x nak solat jemaah di masjid sebab takut fitnah tapi lebih ramai juga yg tak pernah sedar, bila keluar jalan2, shopping, x ke lbh senang mengundang fitnah.
Manusia suka memberi alasan bila nak buat perkara baik tp bila perkara yg lagha, x pernah fikir byk kali. Sama la mcm bila org dtg minta derma, mesti teragak2 nak kasi walaupun seringgit, pastu siap tanya lg dr pertubuhan yg sah ke. Bila bab belanja awek ke, tengok wayang ke, x pernah pulak berkira padahal benda tu sikit pun x menyumbang saham utk akhirat. Jd muhasabah diri kita selalu, takut2 termasuk dlm golongan ni...
p/s: ~marilah sama2 mengimarahkan masjid kita
~sebelum ke masjid, betulkan niat kita dulu
-Wassalam-
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 9:04 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ambiltahu
Monday, September 28, 2009
PERCATURAN ALLAH...
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 12:59 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: seniituindah
Friday, September 18, 2009

selamat hari raya aidilfitri buat semua...maafku pohon andai ada terkasar bahasa dan tingkah laku. semoga Syawal ini membawa kebahagian dalam hidup anda...
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 10:19 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: sajasesuka
Wednesday, September 16, 2009
Aku yang masih mencari...
Salam buat semua yang masih sudi mengunjungi blogku. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian. Amin... Dan semoga ALLAH sentiasa mempermudahkan usaha jihadku mencari setitis ilmu di bumiNya. Sedar tak sedar, dah nak masuk dua bulan aku di sini. Aku sudah mula dapat menerima perubahan yang sedang berlaku dalam hidup aku kini walaupun pada mulanya rasa macam hidup aku dah berpusing totally 360 darjah semenjak datang sini . Mana taknya, hidup(jiwa sebenarnya)rasa kosong, dan paling menyedihkan adalah iman aku yang senipis kulit bawang ni semakin menipis dan terus menipis kesan kurangnya tarbiyah. Ini la perkara yang paling aku takutkan masa mula2 nak masuk sini dulu? Boleh ke nak cari kawan yang boleh tarbiyah kita, yang boleh sentiasa ingatkan kita bila kita lupa, dan sentiasa ajak kita dekatkan diri dengan ALLAH? Buat masa ni, aku masih mencari kawan itu, dan jikalau anda yang membaca post ini adalah kawan yang aku cari, sudilah untuk memimpin aku ke jalan ALLAH. Dan satu faktor lagi yang aku perasan adalah, aku susah nak lupakan kenangan lama aku yang menyeronokkan dengan kawan2 di matrik dulu sampaikan buat apa pun kat sini rasa macam tak best dan participate dalam aktiviti pun tak semangat aje. Teringat pulak kata-kata sahabat baik aku (dunia akhirat), " Kita rasa tak seronok sebab kita sendiri yang create suasana tu. Kalau nak suasana yang seronok, kita la yang kena buat benda tu jadi seronok.Jangan asyik set dalam minda kita yang semuanya tak seronok, sebab tu jadi tak seronok(banyak betul seronoknya)". Menyedari hakikat tu, aku mula untuk ubah mindset aku sikit2. Dan Alhamdulillah, keadaan aku dah semakin baik. Semalam, dengan tak semenanya-mena(takdir ALLAH sebenarnya), ada seorang akhwat tu merangkap senior aku ajak untuk join pengisian dia. Macam orang mengantuk disorongkan selimut dan bantal aku tersenyum sampai ke telinga dengar pelawaan tu. Memang berbunga aje rasa hati. Sekali lagi ALLAH mempermudahkan urusan aku dan apa yang terdetik kat hati aku waktu tu ialah, ALLAH masih nak pelihara aku dan imanku yang tak setebal mana ni. Alhamdulillah...
Tarbiyah sangat2 penting dalam hidup kita. Kadang2 kita rasa kita ni dah cukup baik, mungkin sebab kita ni tak mencuri, tak minum arak, tak bercouple, dan etc tapi kita sebenarnya tak pernah ambil kisah untuk siapakah hati dan cinta kita sebenarnya. Dan kadang2 tu kita tak fikir pun macam mana kita nak raih cinta ALLAH yang mahal nilainya. Kita rasa bila tak buat dosa, maka boleh masuk syurga tapi kita tak pulak tambah pahala kita. Jadi di darjat syurga yang manakah patut kita dicampakkan? Adakah cukup amal ibadah kita selama ni untuk menjamin kita masuk syurga atau tidak? Layakkah kita memasuki syurga ALLAH? Tentu kita tak pernah terfikir pasal tu kan? Kalau fikir pun, tak ada tindakan yang kita ambil. Fikir2 kejap, lepas tu tak ingat dah. Hidup kita ni sebenarnya dah banyak ditipu oleh perkara dunia yang melalaikan sehingga bawa kita jauh dari ALLAH. Melalui tarbiyah la kita belajar untuk mengenal ALLAH dan menanam rasa cinta untukNya sekaligus dekat denganNya. Jadi, jangan takut untuk belajar men'tarbiyah' diri kita sendiri. Dan jangan takut untuk buat suatu perubahan besar dalam hidup kita kerana tujuan kita hidup ni cuma satu; untuk mencapai mardhotillah(keredhaan ALLAH). ALLAH berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 11: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." Berdasarkan firman tersebut, sudah terang, jelas dan nyata bahawa segala keputusan terletak di tangan kita sendiri. ALLAH telah mengurniakan akal kepada kita, jika kita tahu bersyukur maka kita tahu bagaimana untuk menggunakannya. Wallahualam....
p/s: mohon maaf kerana isi topik ni baru mukadimah aje[masih mencari]
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 8:19 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani
Tuesday, September 15, 2009
Taatkah Kita Pada Ibu?
Salam buat pengunjung semua. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih lagi memberi peluang(yg sgt berharga)untuk diri ini menulis lagi di sini. Tak tahu kenapa, dua tiga hari ni semangat berkobar-kobar betul utk publish post. mungkin sebab internet connection sgt laju buat masa ni, dan mungkin jugak sebab skrg ni rasa teruja yang teramat sgt kerana dah dapat permission utk copy and paste artikel kt sini. Padahal minggu lepas otak punya la tepu sampai x tau nak tulis apa. Sebenarnya bukan macam tu, otak x la tepu sgt pun tp sebab x start tulis, then x tau la nk tulis apa(apa aku merepek ni..). Faizal Tehrani pernah cakap, kalau nak menulis, x boleh tunggu sampai idea tu dtg. Kita sendiri kena start menulis dulu, baru idea tu akan datang mencurah-curah ke ladang gandum.
Semangat untuk menulis post ni disuntik bila tiba2 je teringat mesej ibu minggu lepas yang berbunyi: "Along, boleh dak tolong muat turun resepi Kulinari Chef Liza dgn Minyak Daisy kt RTM tu utk ibu." Masa dapat mesej tu, rasa macam kena geletek pun ada. Tak pernah2 ibu suruh aku cari resepi kek dan kuih raya tiba-tiba siap hantar mesej pulak. Selama ni, ibu la jadi tukang beli buku resepi, kononnya nak suruh anak2 perempuan dia ni memasak tapi berkepuk la buku tu dalam almari sebab x ada siapa yang nak teringin nak buka tengok dan cuba rsepi dalam tu. Anak2 dia ni bukan malas, cuma jarang balik rumah dan tak ada masa. Boleh terima ke alasan tu??? Berbalik kepada cerita mesej tu, aku pun dengan rasa terujanya mulalah buat pencarian di segenap pelosok laman web RTM untuk cari resepi tu. Mula2 tu mmg tak jumpa tapi bila dah ikhlaskan hati untuk cari, jumpa la jugak akhirnya(mula2 tu bukan x ikhlas cuma x sungguh2 je). Alhamdulillah, resepi tu pun dah selamat di downoad, selamat di print, selamat di pos expreskan, dan selamat diterima oleh Pn. Zahtulnizah. Apa yang membuatkan aku sungguh2 nak cari resepi tu ialah bila tiba2 aje rasa macam nak buat something(nak bg sesuatu) untuk ibu. Dan ada macam satu semangat suruh jadi anak yang taat(poyo betul rasanya ayat ni). So, aku pun ikhlaskan hati, dan ALLAH permudahkan jalan. Cakap pasal taat, ni aku selalu terfikir, " Cukup taat ke aku ni kalau aku tak pernah bantah cakap abah dan ibu?" "Cukup taat ke aku kalau sentiasa ikut cakap ibu dan abah?" Hari ni, bila ustaz aku buka cerita tentang ketaatan Uwais al-Qarni, soalan tu bermain kembali dalam fikiran aku. yang membuatkan aku menyelongkar laman web untuk cari cerita Uwais al-Qarni yang akhirnya aku temukan di sebuah blog yang ceritanya sama dgn cerita ustaz aku(rasanya ustaz aku pun baca kt situ jugak kot..hehe)dan aku berjaya dapatkan keizinan drpd tuan empunya blog untuk copy cerita tu. Dan aku nak kongsi cerita tu dengan pengunjung semua,moga kita dapat muhasabah diri kita. Jom kita ikuti kisah Uwais al-Qarni....
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orangyang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.
Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.” , Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu….
Siapakah Uwais Al-Qarni
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais,apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”. Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya.
Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah.
Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
*Dipetik daripada Tazkirah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
p/s: ~jazakallahu khairan kasira kpd En. Suhairi yg mengizinkan aku utk copy cerita ni drpd blog beliau.
~ keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa, so jadilah anak yg taat
~saya sgt sayang ibu saya!!!
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 12:44 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2minda
J5's Masterpiece
ni la hasil kerjaku ngan kengkawan...
walaupun childish sket tp puas hati ar...
tukang lukis: che nizwan
tukang warna: budak2 J5
tukang touch up: aku la...hehehe...
Kecantikan & keasliannya mmg tak dpt dinafikan lg...nak2 pulak tgn yg memberi sumbangan ciptaan ALLAH. Sempurna, perfect....apa lagi yek??? (alhamdulillah)
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 12:20 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: sajasesuka
Sunday, September 13, 2009
"Kelebihan Solat Terawih"
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
p/s: ~ bahan ini dimuat turun dari laman web Darul Nu'man (mohon izin untuk siarkan di sini ye...)
~ mohon maaf sebab sepatutnya dah lama siarkan(tapi dah nak habis Ramadhan baru dapat laksanakan)
~ semoga semua beroleh manfaat
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 10:52 PM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ambiltahu
Thursday, September 3, 2009
Ramadhan, aku menantikanmu...
- Amalan yang dilakukan pada malam tersebut akan diberi ganjaran seperti beramal selama 1000 bulan bersamaan lebih 83 tahun.
- Malam tersebut antara waktu mustajab untuk memohon doa kepada ALLAH.
Pada malam 10 terakhir ini, menjadi pemandangan biasa kalau kita melihat di mana-mana masjid mahupun surau kembali dipenuhi dengan makmum untuk solat terawih(pertengahan Ramadhan boleh dikira berapa ramai yang konsisten mengerjakan solat terawih). Tak perlu lagi bertanya bagaimana itu boleh berlaku, jawapannya pasti cliche," Ni kan malam sepuluh terakhir. Nak cari malam lailatul qadar." Bila jawapan ini dikeluarkan oleh sesetengah pihak(mungkin juga kita) maka kita dapat membuat satu penilaian. Adakah malam lailatul qadar itu boleh dicapai dengan hanya mengerjakan solat terawih pada 10 malam terakhir saja? Jawapannya sudah tentu tidak. Mencapai malam lailatul qadar bukan semudah yang kita impikan dan kita hajatkan. Tanpa amal ibadah, maka impian itu tinggal impian saja, hajat itu tinggal hajat saja. Oleh itu, untuk menjadi hamba yang bertuah itu, perbanyakkanlah amal ibadah kepada ALLAH. Ambillah seberapa banyak masa dan peluang yang ada untuk menunaikan ibadah. Alangkah baiknya jika masa yang ada untuk berseronok dengan perkara dunia digunakan untuk melakukan qiyamullail, membaca al-quran dan amal ibadah lain. Jika kita boleh meluangkan masa untuk melawat blog2 dan facebook, apa kata luangkan sedikit untuk menyembah diri kepada ALLAH. Dan cuba renungkan bersama; apakah kita akan hidup sehingga usia 83 tahun untuk beribadah kepada ALLAH? Mungkin ada yang akan berkata ya, tetapi cuba fikirkan, berapa banyakkah masa yang telah kita sia-sia dalam hidup ini berbanding masa yang digunakan untuk beribadah kepada ALLAH? Apakah kita pasti segala amal ibadah kita selama ini diterima ALLAH? oleh itu, saya menyeru diri saya dan pengunjung2 sekalian, gunakanlah kesempatan yang berharga ini untuk mengejar malam lailatul qadar. Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana mungkin tahun hadapan kita tidak akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Sekian dahulu coretan saya untuk waktu ini. Doakan agar saya terus diberi kekuatan untuk menulis. Moga2 ALLAH sentiasa merahmati hidup kita di atas muka bumi ini. Amin...
WASSALAM...
DINUKIL SETULUS HATI OLEH: pencaricintailahi pada 10:40 AM 0 BICARA ANDA
SAYA CAKNA,ANDA BACA: ketuk2rohani






