Salam alaik...
Perghh.. setahun jgk la blog tak berupdate. Sebab lama sgt sampai tak jumpa jln nak masuk. haha.. Alhamdulillah, Allah bg jln juga akhirnya. Dlm masa setahun ni byk benda berlaku tp paling penting sekali, saya dah pun bergelar seorang GURU tanggal 29 Januari 2015 lepas. Alhamdulillah, hbs bulan November 2014, tak sampai tiga bulan dah dipanggil berkhidmat. Berkhidmat pulak di SARAWAK. ahha! Ok, bab posting lain entry, k.
Entry permulaan untuk tahun 2016 ni adalah tentang trip ke Korea Selatan pada November-Disember 2015 lepas. Jadi, nak share sikitlah trip dan
tips masa kami ke Seoul-Jeju-Busan baru2 ni. Okey, rasa macam malas nak
mukadimah bagai. Straight to the point je la ye.
Catatan:
Untuk trip ala2 backpackers ni
kami seramai 7 orang. Saya, Nisreen (housemate di Sarawak), Nad (ex-housemate
di maktab), Aina dan Mira (ex-classmate Nad) serta mak Aina dan adik Aina.
Konon2 ni trip muslimah backpackers la. Puiii… haha
So saya akan divide entry ikut
hari, k.. Sebenarnya travel di Korea ni takde la susah mana sb tu ramai memilih
untuk backpacking berbanding mnggunakan khidmat agent plus lg jimat. Yg penting
kena buat research. Saya pun byk buat research di blog2, seriously sgt3
membantu. Terima kasih ye. Muah ciked.. haha
Kami bertolak dr KLIA ke Incheon
dgn pesawat Air Asia pd 26 November, jam 8.00 pagi. Tiket pergi kami beli masa
promo hrga lebih kurang 267. Tiket balik KL-Busan dlm 300++. Flight lbh kurang
6 jam. Sampai di airport kena isi borang apa ntah, lps dah setel imegresen
semua terus ambil beg. So far, imegresen sana okey la, tak byk cekadak.
alhamdulillah... slmt sampai di Incheon International Airport. Time ni salji dah turun sikit2. Punyalah excited tgok salji bertenggek kat tingkap. Maklumlah sepanjang hayat baru first time jumpa salji. haha
kami geng cikgu cikgi.. ngee
Kemudian cari kedai 7E, beli
T-money, top up siap2. Then, keluar airport lintas jln ke stesen subway sebab
nak pergi ke Myeongdong (guesthouse). Myeongdong ni terletak di Seoul ye. Time
keluar airport ni mmg sejuk dia tak tertahan la. Kami siap2 pakai glove dh.
Tengok org Korea rileks je. Tak pakai glove okey lg, ni pakai skirt pendek
baqhang. Ya lah, mgkn sb dh biasakan. Org Malaysia mcm kamek orang ni ofkos la
terkejut tiba2 jak berubah suhu. Eh, dah kau cakap Sarawak ni kenapa pulak?
Kami naik subway ke Myeongdong.
Perjalanan lbh kurang sejam. Tapi sebab dh pukul 5 time tu mmg dh gelap. So tak
dpt nak menikmati sgt la panorama along the way tu. Hujung2 autumn nak masuk
winter ni siang dia lg pendek.
Cabaran pertama bermula masa sampai
di stesen Myeongdong tu. Sesat nak cari guesthouse kami yg bernama KW Hostel tu.
Nasib baik terjumpa sorg ahjussi yg baik hati ni, tunjuk dia alamat guesthoue,
dia siap tlg telefon guesthouse tnya kat mana lokasi. Disebabkan dia tak blh
ckp English, mmg agk tak paham jgk la direction yg dia bg. Tp satu je la yg
paham, kena keluar ikut exit 10. Masa kami jumpa dia tu kami keluar ikut exit
mana ntah. Jadi lepas tu baru paham sikit mcm mna cara nak baca alamat.
Jadi, tipnya, kalau tulis exit
kat alamat tu bacalah betul2. Jgn sebarang je keluar ikut suka hati. Mmg lah di
stesen yg sama, tp exit tu sebenarnya akn menentukan jauh ke dekat tmpt yg kita
nak pegi tu. Kalau tak kisah nak jln jauh silakan.
So, kami pun masuk balik ke
stesen dan cari exit yg betul. Dah keluar exit yg betul tu, tak jumpa jgk
guesthouse yg dicari. Tp masa keluar exit tu mmg cun2 la area Myeongdong Market
yg femes tu. Tp sb mmg dh tak tahan sejuk, kaki pun dh rasa nak tercabut, tak
rasa langsung nak tgok kosmetik ke apa. Bibir ni mmg dah tak rasa bibir dah. Jadi,
saya dgn Nisreen suruh geng2 tgu dpn kedai, kitaorg pegi cari guesthouse.
Kesian sb ada ibu seorang. Anak2 dara muda belia lg remaja ni takpela, kudrat
byk lg tp tu pun dh nyawa2 ikan sb tak tahan sejuk. Jd, nk mengelakkan kesesatan
lg, kami tnya lg ahjussi pemilik kedai hiasan rumah pulak. Best kedai dia sb
ada heater. Sumpah, rangka mcm sis ni mmg tak mampu nak tahan suhu bwh 0 ni. Tanpa
melengahkan masa lg ahjussi tersebut terus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk
mencari lokasi guesthouse kami. Sungguh gentleman ahjussi itu. Hahaha… berkat
pertolongan ahjussi tu, berjumpa kami akhirnya dgn guesthouse yg dicari. Mmg
agak tersorok sikit la. Lps dh byar untuk bilik saya dan Nisreen, kami patah
balik kat tmpt geng2 tgh tgu tdi. Sblm tu singgah jap kedai ahjussi gentlemen
lg kacak bergaya tu ucapkan terima ksh. Berbudi bahasa tak anak2 dara ni?
Kann.. dgn harapan ahjussi nak buat menantu. Tp mmg takla…
Kami mengangkut la beg2 yg berat
bukan kepalang tu menyusuri jln2 yg meriah dgn suara lemah gemalai unnie
mempromote bhn kosmetik tanpa mempedulikan mereka. Dlm kepala nmpk katil je.
Letih oiii…
Lps check in semua, masuk bilik,
the rest is history. Oh ya, bilik kitaorang ni bukan dorm ye sb mmg sengaja nak
yg private bathroom, tak nak kongsi2. So, search punya search dpt la yg ni
paling murah untuk private bathroom. Satu bilik dua orang, kecuali Aina and
family. Bilik pun kecik je la tp okeylah untuk backpakcers. Asalkan bersih,
toilet ada air. Haha… toilet tanpa air akan membantutkan proses penyahtinjaan
tau tak? Haha
Jadi, sekianlah untuk first day di Seoul.
ni guesthouse we ols.. tersorok sikit la, kalau nak cari keluar exit 10 go straight smpi jumpa traffic light, lintas jln, jumpa bangunan, jln sikit jumpa parking lot, belok kiri.
agak sempit la. so pandai2 la korang imaginasikan mcm mana kitaorg solat.. haha
Jadi, sekianlah untuk first day di Seoul.
Catatan:
Subway= Incheon International
Airport Station > Myeongdong Station (Exit 10)
*Tukar di Seoul Station Line 4
=KRW 4150
T-money= KRW 2500 (exclude top
up)
Guesthouse = KRW 90 000/person
(6D5N)
p/s: punyalah kelam kabut time ni sampai tak amik langsung gambar Myeongdong Market time ni. Tunggu next entry ye...
p/s: punyalah kelam kabut time ni sampai tak amik langsung gambar Myeongdong Market time ni. Tunggu next entry ye...
0 BICARA ANDA:
Post a Comment