BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 18, 2011

Carbonara macaroni~

Salam alaik....

Alhamdulillah. Hasrat untuk menyediakan macaroni carbonara tercapai jugak akhirnya hari ni. Dah berangan-angan sejak sebelum cuti lagi sebenarnya, barang pun beli dah berkurun sampai berkepuk kat dalam almari. Nampak sangat la pemalasnya tu. Disebabkan petang ni tak lah begitu busy jadi ambil masa sekejap untuk masak macaroni ni. Tak lama mana pun plus senang je nak sediakan...heee


Macam mana nak buat? Meh nak share. Sharing kan is caring. Tak gitu???

Bahan-bahan:
macaroni (tak kisah bentuk apa pun, saya pakai jenama San Remo)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 tin Prego carbonara
1 cawan susu (saya pilih susu HL sebab ada rasa lemak2 gitu)
daging kisar (terpulang la nak guna chicken atau beef, janji halal)
sosej (nak letak atau tak, ikut suka hati)
sedikit lada (serbuk atau yg biji, terpulang)
oregano (kalau tak letak pun tak pe)
cheese (saya pakai cheddar sbb ni aje yg ada kt rumah)
garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Rebus macaroni dalam air. Letak garam sikit dan minyak supaya tak melekat. Angkat, tos dan asingkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dalam kuali.
3. Bila bawang dah naik bau, masukkan sosej dan daging kisar. Goreng sekejap.
4. Kemudian, masukkan carbonara sauce. Gaul dan biarkan sekejap sampai mendidih.
5. Tuang susu dan gaul lagi. (kacau selalu takut melekat)
6. Masukkan lada dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, taburkan serbuk oregano dan cheese yang diparut halus.
Sedia untuk dihidang!

#boleh tambah cili kalau nak lebih pedas, sayur pun boleh letak...lagi satu blh pilih sama ada nak makan berasingan atau goreng terus.
Tips mudah: campak je, asal ada rasa..tak gitu??

Selamat mencuba!

* * *
Actually, family saya jarang sebenarnya makan western food ni. Saya sendiri pun sebelum ni susah lidah nak terima makanan2 macam ni. Sejak2 duk Perak ni, kawan2 banyak ajar makan makanan2 yg luar dari kebiasaan. Kena cuba sebab kalau pergi hotel biasanya dia akan jamu juga makanan ni, jd membazir bayar kalau tak makan. Not bad la sebenarnya, tak ada la teruk sgt pun rasanya, janji halal dan mengenyangkan. Walaubagaimanapun, masakan kampung tetap pilihan no. 1. >_<

Dan saya bersyukur sebab ibu rajin memasak. She loves cooking and baking so much!! Stok brg masak dan buat kek sentiasa ada di rumah. Kalau lupa nak beli, rembat je. Ni la antara sebab saya suka balik rumah, tak buat pun tolong tengok pun jadilah. Dan ofkos la sebagai anak perempuan, kena tahu memasak. Tolong la setuju. Malas tu lain cerita, yg penting tahu. Kalau tahu saja pun tapi tak apply pun tak expert2 juga kan. Tolong setuju sekali lagi di situ.

Ibu selalu pesan, "sehari dua boleh la tak masak. setahun dua, larat ke laki tu nak makan kat kedai? jangan laki pi cari 'orang' lain suruh masak kat dia sudah." Betul juga kan. Sebab tu la org cakap kan, "nak ikat suami melalui perutnya." Sejauh mana kebenaran statement ni, wallahua'lam. Orang yg dah berkahwin mungkin boleh jawab.

Saya pun bukanlah pandai sangat masak, sekarang pun tengah belajar, dan banyak lagi nak belajar. Tell u what, tak perlu rasa benci pun nak masak. Part yg paling best ialah bilamana kita tengok betapa bahagianya muka org kekenyangan makan masakan kita. Yang penting IKHLASSS (buat gaya izzul haziq di situ). Sebab tu la, mostly kita takkan compare masakan mak kita dgn masakan mak orang lain. For us, our mum's cooking is always the best in the world. Betul tak? Semua ni sebab mak kita masak dgn hati yg ikhlas dan air tangan dia tu berkat.

So, cik adik manis di luar sinun, jom kita belajar masak jom!

Thursday, December 15, 2011

teman dan Perak...


Salam alaik...
Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan redhaNya...

Mood ber'facebooking' dan ber'blogging' datang bersilih ganti..Bila dtg mood nk update status kt fb, berceretet la post, yg semenggah ada yg tak semenggah pn byk, menambah lg dosa2 yg sedia ada...sob3..insaf meta...bila mood nak update blog dtg, berjela2 la menulis smpai tak ingt lg dunia dan seisinya ni...

Alhamdulillah, masuk hari ni, dh hampir 3 minggu kat rumah. Cuti pun berbaki tak byk lagi. Seronok memang seronok ada kt umah bila dpt spend time dgn family, jd surirumah-bibik-babysitter tak bergaji, masa rasa terisi juga dgn perkara2 yg berfaedah tp bila ada time senggang mula la rasa gelisah. Serius ada satu perasaan yg pelik sejak kebelakangan ni. Entah kenapa asyik teringatkan Ipoh je. Kadang-kadang rasa macam nak balik kejap Ipoh, jenguk-jenguk lepaskan rindu then balik Kedah semula...Citt, ingat Kedah-Ipoh tu macam Jitra-Kodiang ke?

Ke ada apa-apa kat Ipoh tu? Mustahil nak rindu tak pasal-pasal padahal rumah lagi best kan? Mengaku la, ada perkara lain yg dirindukan kt Ipoh tu. Yes, memang rindu pun. Rindukan 'mereka-mereka' kat Ipoh tu (walaupun mereka pun ada kg masing2 sekarang ni). Rindu yg sungguh-sungguh. Tak tipu. Tak sabar nak jumpa 'mereka'. hik3..Malu la pulak..

* * *
Masuk tahun depan, cukup 2 tahun setengah saya di Ipoh, kira-kira dah hampir 8 tahun kat bumi Perak ni. Hampir separuh daripada hidup ni dihabiskan di Perak. Sebab tu agaknya rasa macam Perak ni selalu dekat di hati. Dulu hampir-hampir nak merantau ke Kelantan lps matriks, tp jodoh dgn Perak ni kuat sangat agaknya, last2 balik ke sini juga. Pernah satu hari Mak Su berkata dlm loghat Kuale Kangsornye, "aihh, entah2 kamu ni si Patin kawen dgn oghang Perak gamoknye". Waktu tu dalam hati, berdoa-doa sungguh2, janganlah teman dpt oghang Perak. Takmau, takmau!

Saya ber'mastautin' di Perak seawal usia 13 tahun, bermula di Kampung Gajah. Ipoh dengan Kampung Gajah memang banyak bezanya, Kampung Gajah udahle jauh bebenor ke dalam, nak masuk pun brapa kali naek basnye, Ipoh tu brenti teruih aje di Medan Gopeng nek teksi balik ke ghomah sewa, Kampung Gajah nu, kome transit di Medan Gopeng, hambik bas pule ke Medan Kid, dr Medan Kid baru le dpt nek bas ke Kampung Gajah (eh, apekah tetibe teman cakap Bote pule ni)...hehe...

Kampung Gajah tak macam Ipoh, Ipoh ada macam2, nak shopping boleh pilih je nak pegi mana, JJ, Ipoh Parade, janji duit ada dalam poket maa...Kampung Gajah tu paling high standard waktu tu pun Pasaraya Halida je, nak up sikit gi Teluk Intan naik bas dalam setengah jam, dapatla merasa gi Billion, Fajar... Nak outing Ipoh memang jrg2 sekali la, itupun kalo ada event2 penting dptlah jejakkan kaki kat Ipoh. Jauh pn boleh tahan juga, kalau naik bas dalam 45 minit, tu tak masuk kes bas penuh kena berdiri lagi. Pernah terjadi sekali nak ke Medan Kid, kena berdiri sepanjang jalan dalam bas yg bersesak-sesak dgn manusia segala ragam dan bau, dengan penat lepas habis kelas tambah mengantuk lagi, memang menguji keimanan sungguh. Bila difikirkan balik macam mana la boleh survive selama 5 tahun di sana yg serba serbi kekurangan-penuh rintangan. Tapi itulah, Allah mempermudahkan jihad, sampai 5 tahun tu rasa dah lali dgn segala macam yg menduga.

Alhamdulillah, Allah bagi banyak tarbiyah semasa di Kampung Gajah. Kenal erti hidup berdikari, kenal budaya orang Perak dan di situlah mula kenal apa itu usrah; melihat betapa tingginya pengorbanan kakak2 usrah yang sanggup bermotor dr kampus mereka ke Kampung Gajah semata-mata nak bagi pengisian. Dan di Kampung Gajah juga la saya bertemu 'turning point' untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah. Terima kasih Allah...

Hmm, rindu sungguh pd Kampung Gajah...goreng pisang mak cik dekat stesen bas, Pasaraya Halida, kedai Rafflesia (entah ada ke tidak lg semua ni...),rindu segala2nya tentang Kampung Gajah...huhuhu

gambar: credit to Tok Senawi a.k.a Sarjan Misai..hahaha..jgn mare...

ni trademark Kg Gajah,"durian besar" kitaorang panggil

punya la banyak durian sampai sekolah boleh buat Pesta Durian lg...

pemandangan arah depan sekolah saya, ni je yg inche Google mampu bg...

yg ni view dr atas, Meen ambil masa melintas kt atas...

zaman persekolahan yg sgt menggumbirakan...hohoho

Pesanan dariku buat adik2 yg masih bersekolah:
Ramai antara adik2 yg dapat result bagus mahupun tak seberapa nak masuk sekolah berasrama dengan alasan nak belajar berdikari. Jika adik2 diberi peluang untuk sambung belajar di sekolah yang jauhnya beratus-ratus kilometer, maka ambillah peluang tersebut. Lagi jauh lagi mencabar sebenarnya. "Jauh perjalanan, luas pemandangan"; ungkapan yg tepat sebenarnya, nak tambah sikit lagi, "...banyak pengalaman". Pengalaman adalah guru yg tidak boleh dibeli. Salah satu nk dapat pengalaman ni adalah dengan travel, lg jauh travel lg byk pengalaman. Bestttt...

Bagi akak, tak sama konsep berdikari tinggal di sekolah asrama dekat-dekat rumah dengan tinggal di sekolah asrama jauh dr rumah. Akak bercakap berdasarkan pengalaman setahun duduk di Matriks Changlun. Bila duduk dekat dgn rumah, walaupun asrama sikit2 mesti nak telefon mak ayah minta hantar itu ini, kalau boleh weekend mesti nak suruh mak ayah dtg melawat. Berbanding bila duduk di asrama yg jauh dr rumah, masa untuk berjumpa keluarga mungkin waktu cuti semester shj. Jd, bila jarang berjumpa kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yg tersayang. Bila nak telefon suruh pos itu ini pun fikir banyak kali kerana tak mahu menyusahkan mak ayah.

Bila nak belajar pula, semangat tu berlebih2...Sungguh, sebab kita rasa ada satu amanah dr mak ayah yg dibawa jauh2 untuk tengok kita berjaya. Kita akan lebih menghargai pengorbanan mak ayah menghantar kita jauh-jauh untuk menuntut ilmu. InsyaAllah, kita tidak akan mensia-siakan harapan mereka.

Tapi adik2 kena ingat, tujuan asal kita nak tinggal di asrama ni, bukan sebab nak lari dari pandangan mak ayah supaya kita boleh buat benda2 terlarang di belakang mereka. Ingatlah, sejauh mana pun kita lari dari pandangan manusia, kita tetap takkan terlepas dr pemerhatian Allah. Kena sematkan azam di hati bahawa kita hendak mencari ilmu kerana Allah, kerana kita mahu ditarbiyah oleh Allah...

Bagi yg tinggal di asrama, selalulah hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, selalu turun solat berjemaah di surau, bergerak aktif dalam badan dakwah dan gunakan segala kesempatan yg ada untuk memantapkan tarbiyah diri. Sesungguhnya, tak sama tarbiyah di sekolah asrama dgn tarbiyah di rumah bila mana kita bukan lahir dr keluarga yg berlatarbelakangkan agama. Percayalah, adik2 pasti merindui saat2 itu bila keluar nanti.

Oh Tuhan, betapa aku merindui tarbiyahMu!

Wah3x, Kak Fatin sudah masuk aura2 Ustazah Bahiyah. Tudiaa aih...Boleh ke? Kalau lama lg, tentu byk lg yg nak ditulis ni..Insyaallah, setakat ini dulu. Sekadar perkongsian dr hamba Allah yg tak punya apa2, yg hidup di muka bumi atas ihsan Allah...Semoga yg ditulis ada manfaatnya untuk pembaca biarpun sedikit, supaya menjadi modal saham di akhirat nanti...InsyaAllah...

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless us! >_<


p/s: plez don't claim me as Kedahan murtad b'coz I rarely speak Kedahan...what to do, lidah teman udah brtahun2 mkn tempoyak..kikiki..sometimes, it's necessary for us to be flexible...tak gitu??? jgn marah no oghang Kedah...

Tuesday, December 6, 2011

imej baru izzul haziq

Salam alaik...

Sejak Izzul Haziq berimej baru ni, rasanya blm lg 'tayang' gambar dia kat sini. Rambut panjang yg mencomelkan wajahnya tu dah tak ada, diganti dgn rambut yg lebih pendek menambah kehenseman diri..hehe..apekah???


ni ada beberapa gambar masa raya haji hari tu...moh le nengok...

dengan abang


pak su dgn anak sedaranya, Danial


si kasut biru yang suka menyibuk...


ada yang suka, ada yang tak berapa suka (lbh suka dgn rambut lama yg comel) dengan imej baru ni tp ramai yg puji hensem..hehe..kakak dia pula yang kembang tak pasal-pasal...


tak kisah la org nak kata apa pun, chik2 tetap paling comel di hati Along, sebaik-baik anugerah yang Allah beri...Alhamdulillah...




footnote: sungguh2 teruja nak spend cuti ni dgn izzul haziq sb dia makin pandai.. wink3 >_<

::pisang dan hati::

Salam alaik..
Suatu ketika di matriks dulu, ada sahabat yang rajin berkongsi artikel2 islamik yg diperolehnya dr website2 islamik, antaranya kisah yg ingin saya kongsi dgn anda di sini, kisah yg saya ingat hingga kini, yg memberi kesan pada diri, terimalah KISAH PISANG DAN HATI...

Maryam, guru kelas Taman Kanak-Kanak menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa kantong plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa kantong plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak delapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana saja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Bu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam kantong.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mulai berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Anak-anak itu mulai merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi karena selain kantong berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam kantong ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Bu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih buruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak bisa tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, coba bayangkan apa akan terjadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Bu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Memaafkan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.
Sumber: iluvislam.com
*   *   *
Kisah ini sering mengingatkan saya untuk berlapang dada dgn ragam manusia. Kadang-kadang bila timbul rasa tak senang dengan orang di dalam hati, cepat saya tersedar betapa ruginya ada perasaan buruk2 mcm tu dalam hati. Hati kita punya la rasa tak senang dan sakit setiap masa walhal orang yang kita ada masalah hatinya dgnnya tu langsung tak terkesan dgn apa yg kita rasa, malah mungkin dia tak tahu pun kita sedang membenci, iri hati atau dengki dgn dia. Rugikan...
Jagalah hati, memang hati ni organ yg paling susah nak jaga, bukan macam tangan atau kaki, kalau ada masalah boleh detect dan InsyaAllah boleh dibetulkan segera namun bukan bermakna hati yg bermasalah tak ada penawarnya. Ingat lagi tak lagu nyanyian Opick berjudul Obat Hati tu?
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga gusti Allah mencukupi
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah 
Moga-moga Allah Taala mencukupi
Moga-moga Allah Taala mencukupi



Sunday, December 4, 2011

my first felt craft project...

Salam alaik...
Lama sungguh tak update...Terasa sungguh2 nak menulis tp idea kering kontang lagi kosong minda... Dan masa banyak dihabiskan di fb saja, update status dan comment sana sini...

Hari ni jari jemari yg tak begitu runcing ni berupaya juga bergerak sb ada sesuatu yg nak dikongsikan bersama. Mungkin tak begitu berilmiah dan bermanfaat, sekadar suka-suka.

Selepas sekian lama kain felt yang dibeli tersimpan kemas dalam kotak, hari ni dikeluarkan bila tiba-tiba datang idea nak buat case untuk handphone. Sementara nak beli case baru yg lebih tahan lasak dan cantik, terfikir nak buat guna kain felt dulu la...

Tengok la bagaimana hasilnya...

 
mulakan dgn design yg simple2 je, tu pun jenuh jg nak gunting part2 yg halus tu...

sama tak?? hehe...mcm kebetulan plak, ada kain yg warna biru turquoise sama mcm button kt tgh phone tu...

Case ni blm siap sepenuhnya lagi, nak kena tambah tali supaya blh sangkut kat leher. Tetiba rasa teruja pulak nak pakai..wink3 >_<

InsyaAllah lepas ni blh start utk order drpd Zati, Kak Zura dan Zura. Harap2 sempat siap sblm hujung tahun ni. Tp buat masa ni blm ada idea nak buat design apa. Adik punya order pun tak sentuh lagi, dia dah siap perli2 tadi...hehe

Terima kasih kerana sudi membaca. May Allah bless u!