BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 11, 2011

SANAH HELWAH, RATU HATIKU!


Alhamdulillah...
Hari ini 11 Ogos 2011. Hari ini lahir lahir ibu. Genap usia ibu 43 tahun. Muda lagi kan? Seakan tak percaya sudah 21 tahun saya bergelar anak kepada ibu. Membesar dari asuhan seorang ibu selama 21 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Kadang kala saya terfikir, tak jemukah ibu? Kalau saya diberi sebuah kereta untuk dijaga selama 21 tahun belum tentu saya mampu melakukan seperti mana ibu membesarkan saya sepanjang 21 tahun ini. Terima kasih, ibu. Semoga jasa dan pengorbanan ibu mampu saya balas. Alangkah baiknya kalau saya bisa menjadi seperti Uwais al-Qarni. Dan tentunya saya ingin sekali jadi seperti Uwais.

Teringat kata-kata Uwais ketika ditanya ibunya, “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Memang sayalah anak yang paling bahagia di dunia dan akhirat kalau ibu pun redha kepada saya sebagaimana redhanya ibu Uwais kepadanya.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

IBU,
Sempena ulangtahun kelahiran ibu ni, Along doakan semoga hidup ibu sentiasa dilimpahi rahmat Allah
Semoga Allah memberi kekuatan untuk ibu terus mendidik Along dan adik-adik menjadi hamba Allah yang bertakwa
Doakan Along menjadi seorang mujahidah solehah yang teguh di medan juang, yang sentiasa merindui syahid di jalan Allah.

Saaaayangggg ibu....





BELAIAN IBU by Hijjaz

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

footnote: terima kasih kerana memahami kesibukan anakmu ini. Harapannya, agar terus memahami diri ini...

0 BICARA ANDA: