BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 30, 2011

Raya tahun ini...

Salam alaik
Ramadhan berlalu begitu pantasnya sehingga diri tak sedar Syawal mengintai malu-malu. Kesedihan pastinya dirasai saat mahu meninggalkan Ramadhan. Hati tertanya-tanya apakah akan bertemu lagi dengan Ramadhan? Walau apapun Syawal yg tiba disambut penuh kesyukuran, bersama-sama berdoa agar amalan dan ibadah diterima oleh Allah.

~HAPPY EID MUBARAK~

Raya tahun ini pasti tidak sama lagi. Kalau selama ini setiap pagi raya, pasti saya mencium tangan Tok, memohon ampun, tahun ini tiada lagi tangan Tok untuk saya cium. Tahun ini tiada lagi ketupat dan rendang Tok untuk saya cicip. Tahun ini tahun pertama beraya tanpa Tok. Sukar dibayangkan rasa yang bertandang di pagi raya, tambah saat menziarahi pusara Tok.
Seakan bermimpi, Tok sudah meninggalkan kami hampir sembilan bulan. Seakan tidak percaya saya hanya sempat mengecap kasih sayang Tok hanya selama 21 tahun. Terlalu singkat dan pastinya saya belum sempat untuk berbakti pada Tok, membalas jasa-jasa Tok membelai saya sedari kecil. Setiap kali melewati tempat tidur Tok, rasa sebak bertandang. Terbayang-bayang seolah-olah Tok masih di situ, tidur sambil tangannya mengulit biji-biji tasbih. Tok, rindu sungguh Along pada Tok. Rindu nak tidur dalam kelambu dengan Tok macam masa kecil dulu. Rindu nak makan dari tangan Tok. Rindu kuih qasidah, kuih loyang dan peknga Tok. Rindu segalanya tentang Tok.

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Tok dan Wan. Terima kasih atas curahan kasih sayang yang tidak terhingga, mengasuh dan mendidik cucu-cucumu menjadi 'manusia'. Sayangggg Tok...

sewaktu majlis tunang Kakak, beberapa bulan sebelum Tok meninggalkan kami.. :(


p/s: sebak saat tahlil dibaca di hadapan pusara pagi tadi, air mata Kakak dah bergenang-genang

0 BICARA ANDA: