Salam alaik
Rumput berwarna hijau ada sebabnya...
Rumput berwarna hijau kerana Allah menjadikannya begitu. Bukan kerana rumput itu sendiri meminta untuk diwarnakan sedemikian rupa. Siapa tahu rumput mungkin pernah meminta pada sang pencipta agar diciptakannya dengan warna biru. Tetapi mengapa rumput tetap hijau warnanya. Kerana Allah tahu apa yg diberikannya kepada rumput. Allah tahu apa yg terbaik untuk rumput. Rupa-rupanya di sebalik hijau rumput itu mempunyai signifikasinya tersendiri. Hijau; warna klorofil yg menjadi sumber penghasilan makanan untuk si rumput untuk terus hidup kemudian memberi bakti pula pada lembu dan kambing. Kadangkala pabila kemarau melanda, rumput menjadi layu. Adakah saja2 Allah mendatangkan kemarau untuk menjadikan rumput layu. Tentulah Allah menjadikannya atas pertimbangan yg cukup wajar. Kemarau mungkin satu ujian buat si rumput, mungkin juga ibrah untuk rumput. Siapa tahu, rumput yg Allah bagi akarnya kuat mencengkam bumi itu seringkali lupa mensyukuri nikmat Allah apatah lagi berzikir mengingati Allah. Lalu sebagai ibrahnya, Allah mendatangkan kemarau kepada rumput untuk mengujinya. Manusia juga kadangkala berada di dalam situasi rumput. Larut dalam kealpaan hingga lupa bersyukur kepada Allah, lalu Allah turunkan ujian supaya manusia kembali kepada Allah.
Melihat ke dalam cermin...

Cermin sentiasa menonjolkan imej tepat dan benar. Cermin biasanya tidak menipu akan imej yg direfleks olehnya melainkan cermin itu sudah retak atau pecah. Jika wajah si pemerhati cerah, maka cerahlah wajahnya di hadapan cermin, jika licin kulitnya, licinlah di hadapan cermin, begitulah sebaliknya. Seseorang individu juga seharusnya begitu, sentiasa melihat akan diri sendiri dengan sedalam-dalamnya. Sepertimana cermin memantulkan imej cermin begitulah juga seorang manusia harus merefleks dirinya sendiri. Sikap manusia yang jarang meletakkan diri di hadapan cermin (istilahnya merefleks diri) menjadi mereka sentiasa merasakan diri adalah yang terbaik dan sempurna lalu selalu melihat diri sendiri sentiasa betul dan orang lain semuanya tidak kena. Apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka-jangka, maka orang lain yang akan dituding jarinya walhal tanpa sedar empat jari lagi masih menuding ke arahnya dirinya sendiri. Melihat ke dalam diri sendiri bukan untuk kita membina rasa ujub dan takbur atas kelebihan yg kita miliki akan tetapi melihat kekurangan pada diri yang harus diperbaiki bilamana kekurangan itu mampu memberi kesan negatif kepada diri dan orang di sekeliling.
Pejuang bukan kereta biasa...
Hidup bagaikan sebuah kereta yg bergerak di landasan yg akan membawa ke suatu destinasi. Hidup seorang pejuang juga ibarat kereta yg bergerak di atas landasan dakwah untuk menuju destinasi redha Allah. Seorang pejuang bukanlah sebuah kereta yg kehabisan minyak di tengah jalan lalu berpatah balik tetapi pejuang yg sebenar-benarnya pejuang itu adalah mereka yg akan terus mengisi minyak bilamana kereta kehabisan minyak dan tanpa jemu meneruskan perjalanan hingga ke destinasi. Tatkala ada halangan di pertengahan jalan, sang pejuang akan berhenti lalu membuang halangan tersebut; bukan berhenti untuk berpatah balik. Walau apapun yg berlaku, perjalanan tetap harus diteruskan selagi mana sang pejuang meyakini bahawa jalan yg dirintis ialah jalan yg diredhai Allah.
Wallahu'alam.
~saya menulis atas pandangan peribadi, di dalam usaha memperbaiki kelemahan diri
semoga Allah meredhai..amin
Wallahu'alam.
~saya menulis atas pandangan peribadi, di dalam usaha memperbaiki kelemahan diri
semoga Allah meredhai..amin
0 BICARA ANDA:
Post a Comment