Salam alaik
Alhamdulillah, hari ni selesai satu lagi paper (Linguistics) menjadikan setakat ni tiga papers (plural kan sebab tu kena letak 's'..haha) semuanya. Tinggal satu saja lagi, esok, paper Literature. Kemudian boleh la mengucapkan selamat bercuti kepada semua. :)
Apa yg boleh saya katakan tentang ketiga-tiga paper ini ialah: tersangat lah senang (tangan ke dada mata pandang ke atas). Kalau ada yg kata senang rasa nak cepuk aje, next time nk pergi bertapa dengan org tu la...Bila saya mengadu kat ibu tentang Philosophy and Education in Malaysia (dalam BMnya FPK ok!) yg saya goreng jawapannya sampai nak hangit, boleh pula ibu kata, "Awat jadi lagu tu, ni pasai dok pi jalan merata la ni." Tetttt....nak menjawab apalagi melainkan, "Dak la, memang semua org kata susah (alasan ja tu)."
* * *
Situasi ni selalu berlaku kpd saya dan kawan2 dlm aliran yg sama:
Orang yg bertanya: Kamu ni amik kos apa di maktab?
Orang yg menjawab: Bahasa Inggeris. (tersipu-sipu malu)
Orang yg bertanya: Uih..TESL la ni? Hebat la. Mesti speaking laju macam ayaq ni..
Orang yg menjawab: @#$%^&*
Hebat apanya? Jadi student TESL sehari dua, tahulah hebat tak hebatnya. Kadang2 saya sendiri pun tak berapa paham tentang persepsi orang terhadap kami ni. Ramai orang expect yg student TESL ni begini dan begini. Mereka selalu ingat yg student TESL ni adalah mereka yg genius tahap giga dalam BI sampai cakap pun macam mat salleh celup. Then, mereka juga meng'claim' kami (dgn sesuka hatinya) ni adalah mereka yg langsung tak peka akan kepentingan memartabatkan BM. Oh, come on, kami bukan terbit2 dari rahim ibu dah pandai speaking ok.. Kami pun tak panggil mak ayah dgn panggilan mummy dan daddy. Belajar basic BI pun masa masuk tadika. So, bezanya, kami ni ada peluang lebih sikit ja untuk dalami ilmu BI. Fardu kifayah ni. Itu ja, selebihnya tak ada apapun. Pada pandangan Allah, sama saja kita semua.
Orang tak faham sebenarnya melainkan mereka berjalan di dalam kasut kami (walking in our shoes)..haha..baik punya direct translation. Frankly speaking (tulus dr hati yg tak brapa besar), sgt susah sebenarnya menjadi student TESL ni bilamana diri ini orang Melayu asli yg kaya dengan loghat negeri yg pekat, baca novel BI setahun sekali pun susah, tulis blog pn guna Melayu baku memanjang(reflect diri sendiri, ok)...memang susah... Sebabkan perkara2 beginilah menyebabkan diri sentiasa berada di tahap yg tak pernah maju2 dalam pencapaian BI. So, tak boleh jugak la kan nak salahkan mereka2 yg letak high expentation kat kita kan? Sebab mereka tak tahu...
Jadi, solusi untuk diri sendiri:
1) start posting entry in English (mungkinkah? blog ni tmpt asah kemahiran menulis dlm BM tau.. T_T)
2) paksa diri untuk habiskan juga novel BI yg tak sebanyak mana tu..
3) balik cuti ni, dah blh bawak aura speaking tu dlm rumah (haha..mau digelaknya org kg seberang tu)
Doakan agar misi baru saya ini tercapai. Lagi satu, minta tolong sgt2 jgn expect lebih2 dari saya yg tak pandai ni. Saya pun masih bertatih kata orang. Jatuh bangun, jatuh bangun.
Ok la, mungkin saya dah patut start analisis novel2 yg tak habis2 baca tu. Esok nak jawab apa? Nak goreng lagi? Sumpah saya tak pandai...
jgn salah faham, ni bukan nota student Medic ye...
PKK
dua butir novel untuk 1 Sem. Satu pun tak habis baca. Kalau tahu dek Mdm Suguna, harus kena smash ni...
0 BICARA ANDA:
Post a Comment