Seminggu berpbs meninggalkan rasa yang berbaur dalam diri, gembira, sedih, gementar. Satu pengalaman yang tak terceritakan apatahlagi bila memilih untuk tidak melaksanakannya di kampung sendiri.
Saya bertolak ke Terengganu bersendirian dengan diri kali pertama menaiki bas ke sana. Perasaan takut hanya Allah yang tahu, memohon perjalanan saya pagi itu dipermudahkan dan Alhamdulillah saya selamat sampai di Jerteh.
Saya rakamkan pengalaman seminggu berpbs di SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JERTEH dengan foto2 ini.
hari terakhir penuh kenangan...
hari pertama melawat ke prasekolah
hari pertama sudah bergambar..tp yg penting tengok senyuman anak2 murid tu bila gambar disnap... :)
cikgu2 tengah dengar anak murid praktis storytelling
tengok teacher Shuhada tgh mengajar tu...
anak2 murid di prasekolah...aktifnya mak aih....
bila cikgu2 kena jd mcm anak murid...
bersama bonda GB tercinta...
Antara perkara yang tak boleh saya lupakan tentang sekolah ini ialah:
Guru besarnya yang kecil tapi besar hatinya. Kata-kata Pn. Engku Hjh Naimah yang masih terngiang-ngiang di telinga saya, “Just be yourself” dan “Kamu tak akan jumpa profesion yang paling menyeronokkan melainkan guru”. Ya, Pn. Betul tentang itu!
b) Muqarrobin; anak murid saya kelas 1.4. Dia datang kepada saya dan berkata, “Cikgu, tolong tulis nama saya.” Sweet dan comel sgt muka dia waktu tu. Innocent pula tu. Sungguh saya terharu apabila saya bertanya kepadanya: “Kamu tak pergi rehat ke?” Dia menjawab: “Saya tak bawa duit.” Saya menghulurkan not berwarna biru kemudiannya. Selepas diselidiki rupa2 anak murid saya ini penerima RMT. Kalau saya dulu pergi sekolah hanya berbekalkan RM1.50 pun rasa dah tak cukup, inikan pula kalau tak ada duit langsung. Syukur Alhamdulillah,ya Allah! Juga terima kasih abah!
c) Fries dengan kuah lada hitam dan mayonis. Menunjukkan betapa modennya zaman, menu pelajar pun dah jadi western food.
d) Cicak2 di dinding…diam2 merangkak…Lagu anak2 dari prsasekolah dendangkan untuk kami dengan penuh semangat.
e) Pertama kali tengok pelajar makan bihun tomyam dalam cup plastic yg kita beli air singgit tu.
f) Tandas guru yang ada karpet dan air cond di dalamnya.
g) Sekumpulan guru praktikum yang tak habis2 mengajuk dialek Kedah saya, NO! kalo hangpa pi Aloq staq kepala hangpa aku putaq. Huh!
h) Menggantikan kelas 1.4 dan 1.5 seorang diri. Kena mengajar pula tu. Moga anak2 didik hadam la ilmu yang cikgu bagi tu.
i) Ikmal Hakim; yang asyik mengadu kepada saya bila diusik temannya. “Cikgu, dio cubit tange kito, cikgu dio nok pukol kito nge kayu.” Bila fikir balik kelakar pun ada dengan loghat Jertehnya tu..
Kalau nak diceritakan keletah anak2 murid ni memang boleh buat hikayat 1001 malam, ragamnya berbeda-beda tapi cukup menggembirakan hati seorang guru.
Satu perkara yang berlegar-legar di minda saya setiap kali masuk ke kelas, “Mampukah aku nanti mendidik dan mentarbiah anak murid aku dengan baik? Adakah cukup nanti hanya ajar mereka silibus dalam buku kemudian mereka jawab exam dan kemudian mereka tak dapat apa-apa? Mampukah saya untuk mengeluarkan diri dari menjadi sebahagian daripada sekularism ini? Mampukah saya?”
Doa saya kepada Dia, supaya Dia tetapkan hati saya di jalan yang saya pilih ini. Saya tahu tak salah lagi dan takkan sesekali berpaling ke belakang. Allah memilih saya untuk berada di sini kerana ada 'hikmah'Nya. Ya, insyaAllah dan alhamdulillah saya sedang merasai 'hikmah' itu. Terima kasih ya Allah.
Sekian dulu coretan saya setelah sekian lama berhibernasi. Bukan sengaja mahu memencilkan diri, tetapi masa yang ada cukup menghimpit diri. Inipun kerana pertanyaan Pahana semalam yang menyuntik diri akhirnya untuk menulis. Doakan saya terus diberikan kekuatan olehNya untuk menulis.
Pembaca yang dikasihi, saya hargai anda!
0 BICARA ANDA:
Post a Comment