BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 20, 2011

Dialog antara blogger dan blog

Blogger: Apa khabar, blog ku? (gembira kerana dah lama tak bersua)
Blog: (silent mode)
Blogger: Monyok je. Ada apa2 ke?
Blog: Memang pun... :(
Blogger: Hah?! Kenapa? Blog ku tak sihat ke?
Blog: Humm..lebih kurang macam tu la. Dah nak dekat 4 minggu dah asyik bersin je.
Blogger: Kenapa? Ada pencemaran udara ke?
Blog: (geleng) Tak lah. (nada sedih tak sudah2)
Blogger: Habis tu?
Blog: Banyak sangat habuk dan sawang.
Blogger: ???????????????

***
Buat bw hari baru tersedar dah lama tak update blog. 4 minggu= sebulan. Lama tu. Mana tak berhabuk lagi bersawang kan... Dapat tuan yg pemalas macam ni memang malang la nasib kamu blog. Sungguh saya minta maaf, lately kurang perhatian utk blog. Rasa banyak lagi tanggungjawab nak disettlekan tapi lupa pulak blog ni pun satu tanggungjawab juga. Tengok kawan2 ramai yg dah ada blog (cam adik Wanie kita; tahniah ye) dan ada yg mengupdate tak mau2, tersedar diri pulak nak menulis post walaupun tak akademik langsung. Ni dah lama tak panas enjin, cenggini la jadiknya. Nak menulis semula bukan senang, otak nak kena jemur dulu tengah panas biar cair sket. Baru idea melimpah ruah ke ladang gandum. Tak gitu? Apa2 pun post yang tak seberapa ni sebagai bukti empunya blog masih di sini, masih ingin menulis dan masih ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Mohon maaf kpd yang menyinggah dgn harapan akan dapat sesuatu dari sini tapi hampa bila melihatkan post yg tak berubah-ubah. Maaf juga pada blog, yang selalu dilupakan haknya. Blog ini adalah pemula segala2 dalam hidup saya hari ini. Tak mungkin saya akan meninggalkan anda begitu saja. Percayalah sayangku! hihihi...



Kalau masih mampu bersabar, bersabarlah...InsyaAllah, entry seterusnya akan menyusul. Lama mana, ha ini yang kita tak tahu(ala2 khir rahman dlm citer Los & Faun).

1 BICARA ANDA:

Anonymous said...

tang dialog tu yg buat saya gelak gila2 tu hahahaha...tq sbb support saya...huhu