BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

BUKAN LAGI ALASAN

Apa yang anda lihat sekarang bukan iklan tudung Arini atau promosi melancong ke Iran.
Tapi ini ialah sebahagian daripada wajah-wajah pemain ragbi wanita Iran.



Fatemeh Moolai (mengangkat tangan)-jurulatih pasukan memberi arahan kpd anak buah ketika perlawanan ragbi. Ini merupakan kemunculan kali pertama mereka di Eropah.


Nazanin Ammanyan (kiri) bergelut dengan Michela Este (kanan)

Pemain Iran, Zohre Eyni (kiri)

Farzaneh Navab Rad (Iran)  diasak Federica Carlet (Itali)

Errr... Sebelum tu, boleh bagitau saya ada nampak mana2 pemain Iran ni tidak bertudung????

Captain Zohre Eyni, 22, said: 'First I played football but I now play rugby as I really enjoy it but my family are not so sure it is the right thing for a woman.
'The whole team has learnt how to keep the veil in place so that it doesn't interfere with play and I think we have shown that even a physical game like rugby can be played in a veil.
'There are no risks playing in a veil, as I said what is important is that you arrange it safe and well, what you have to be careful with is losing your tracksuit bottoms in a tackle or scrum.'

Temubual bersama Alireza Iraj, jurulatih pasukan ragbi wanita Tehran, beliau mengatakan sbg lelaki dia perlu mengikut hukum Islam yang telah ditetapkan iaitu jantina yang berbeza tidak boleh bersentuhan melainkan mereka berkahwin atau ahli keluarga.
Ketika melatih anak buahnya tackle, Iraj menjaga jaraknya dengan mereka dan memberi arahan kepada salah seorang daripada mereka cara merampas bola daripada melakukannya sendiri.
Di Iran, ragbi wanita telah diperkenalkan sejak 10 tahun yg lalu dan semakin popular.

Kemunculan mereka ini (terutama dgn penampilan bertudung dan menutup aurat) menimbulkan perdebatan dlm kalangan beberapa pihak. Ada yg bersetuju dan ada yang membangkang. Masing2 dengan alasan dan pandangan tersendiri. Saya tak ingin menimbulkan polemik di sini, sekadar menjentik fikiran anda. Mungkin boleh kongsikan pandangan bersama!
* * *
Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Islam untuk semua, baik lelaki mahupun wanita. Islam itu agama yang syumul, merangkupi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Sukan juga merangkumi aspek kehidupan kan? Menjadi seorang muslimah tidak bererti kita tidak dibolehkan bersukan. Namun haruslah mengikut syariat. Menutup aurat, menjaga batasan pergaulan dan maruah diri. Saya tak nampak di mana perlunya membuka aurat setiap kali ingin bersukan. Muslimah-muslimah Iran ini telah membuktikan biarpun menutup aurat, masih saja boleh bersukan. 
Ruqaya al-Ghasara telah membuktikan, dengan menutup aurat pun mampu meraih pingat emas di sukan Asia.

Untuk menutup aurat...hmm...
Apa kata anda?

Kata saya: bukan lagi alasan...




sumber: gizmodiva.com

ANTARA BOLA BULAT DAN BOLA LONJONG

setuju tak???


Kawan bukan ibarat BOLA SEPAK, bila dah dapat disepak ditendang ke sana ke mari 
TAPI
kawan ibarat BOLA RAGBI, bila dah dapat dipeluk erat dekat di hati... :)




DAN sebenarnya CARTER (pandangan anda???)






pesanan penaja: tengok abang kita di atas tu jangan pula anda gadis2 comel sekalian terbayangkan andalah bola ragbi itu...ahaks

kami kata PBS depa kata ROS...

Seminggu berpbs meninggalkan rasa yang berbaur dalam diri, gembira, sedih, gementar. Satu pengalaman yang tak terceritakan apatahlagi bila memilih untuk tidak melaksanakannya di kampung sendiri.

Saya bertolak ke Terengganu bersendirian dengan diri kali pertama menaiki bas ke sana. Perasaan takut hanya Allah yang tahu, memohon perjalanan saya pagi itu dipermudahkan dan Alhamdulillah saya selamat sampai di Jerteh.

Saya rakamkan pengalaman seminggu berpbs di SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JERTEH dengan foto2 ini.




hari terakhir penuh kenangan...


hari pertama melawat ke prasekolah

hari pertama sudah bergambar..tp yg penting tengok senyuman anak2 murid tu bila gambar disnap... :)

cikgu2 tengah dengar anak murid praktis storytelling

tengok teacher Shuhada tgh mengajar tu...

anak2 murid di prasekolah...aktifnya mak aih....

bila cikgu2 kena jd mcm anak murid...

bersama bonda GB tercinta...

Antara perkara yang tak boleh saya lupakan tentang sekolah ini ialah:

Guru besarnya yang kecil tapi besar hatinya. Kata-kata Pn. Engku Hjh Naimah yang masih terngiang-ngiang di telinga saya, “Just be yourself” dan “Kamu tak akan jumpa profesion yang paling menyeronokkan melainkan guru”. Ya, Pn. Betul tentang itu!


b)      Muqarrobin; anak murid saya kelas 1.4. Dia datang kepada saya dan berkata, “Cikgu, tolong tulis nama saya.” Sweet dan comel sgt muka dia waktu tu. Innocent pula tu. Sungguh saya terharu apabila saya bertanya kepadanya: “Kamu tak pergi rehat ke?” Dia menjawab: “Saya tak bawa duit.” Saya menghulurkan not berwarna biru kemudiannya. Selepas diselidiki rupa2 anak murid saya ini penerima RMT. Kalau saya dulu pergi sekolah hanya berbekalkan RM1.50 pun rasa dah tak cukup, inikan pula kalau tak ada duit langsung. Syukur Alhamdulillah,ya Allah! Juga terima kasih abah!

c)       Fries dengan kuah lada hitam dan mayonis. Menunjukkan betapa modennya zaman, menu pelajar pun dah jadi western food.

d)      Cicak2 di dinding…diam2 merangkak…Lagu anak2 dari prsasekolah dendangkan untuk kami dengan penuh semangat.

e)      Pertama kali tengok pelajar makan bihun tomyam dalam cup plastic yg kita beli air singgit tu.

f)       Tandas guru yang ada karpet dan air cond di dalamnya.

g)      Sekumpulan guru praktikum yang tak habis2 mengajuk dialek Kedah saya, NO! kalo hangpa pi Aloq staq kepala hangpa aku putaq. Huh!

h)      Menggantikan kelas 1.4 dan 1.5 seorang diri. Kena mengajar pula tu. Moga anak2 didik hadam la ilmu yang cikgu bagi tu.

i)        Ikmal Hakim; yang asyik mengadu kepada saya bila diusik temannya. “Cikgu, dio cubit tange kito, cikgu dio nok pukol kito nge kayu.” Bila fikir balik kelakar pun ada dengan loghat Jertehnya tu..

Kalau nak diceritakan keletah anak2 murid ni memang boleh buat hikayat 1001 malam, ragamnya berbeda-beda tapi cukup menggembirakan hati seorang guru.
Satu perkara yang berlegar-legar di minda saya setiap kali masuk ke kelas, “Mampukah aku nanti mendidik dan mentarbiah anak murid aku dengan baik? Adakah cukup nanti hanya ajar mereka silibus dalam buku kemudian mereka jawab exam dan kemudian mereka tak dapat apa-apa? Mampukah saya untuk mengeluarkan diri dari menjadi sebahagian daripada sekularism ini? Mampukah saya?”

Doa saya kepada Dia, supaya Dia tetapkan hati saya di jalan yang saya pilih ini. Saya tahu tak salah lagi dan takkan sesekali berpaling ke belakang. Allah memilih saya untuk berada di sini kerana ada 'hikmah'Nya. Ya, insyaAllah dan alhamdulillah saya sedang merasai 'hikmah' itu. Terima kasih ya Allah.

Sekian dulu coretan saya setelah sekian lama berhibernasi. Bukan sengaja mahu memencilkan diri, tetapi masa yang ada cukup menghimpit diri. Inipun kerana pertanyaan Pahana semalam yang menyuntik diri akhirnya untuk menulis. Doakan saya terus diberikan kekuatan olehNya untuk menulis.

Pembaca yang dikasihi, saya hargai anda!