BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 28, 2010

MENGIKAT JANJI

Salam kembali dan selamat datang..
Selamat kembali utk semua warga IPG Kampus Ipoh, selamat datang utk pelajar2 baru yg mendaftar hari ni..selamat menjadi warga IPG yg terchenta ini...empunya blog pun dh kembali memeriahkan blog yg tiga minggu suram dan kusam ni...


Sesi membalas dendam sdh tiba utk tiga minggu tdk menulis. Nah terimalah entry yg panjang lg berjela utk dibaca..


17 Jun 2010

Walimah Inche Anwar(my kazen) dan Pn Housematenya, Kak Ton. Ha, seronok daku dan sepupu-sepapat dpt membuli Tn & Pn raja sehari ni berposing..Tapi sygnya, gmbr tak dapat nk transfer lgk..Tak sabar nak edit ni...
Tahniah ye utk kamu berdua ni. Cepat2 bertiga..hahaha..Ops lupa plak ada org nk kena tinggal dua tahun, kesiannya.. sabar ye..tak pe weekend pun boleh jmpa..jitra dgn penang tak jauh mana pun..ahaks...

18 Jun 2010
Ha, ni kezutan maha besar dalam hidup. Buat org yg menulis entry ni mahupun tuan punya badan. Apa reaksi anda agaknya bila satu hari ada seorang mak cik yg tidak anda kenali berkata lebih kurang begini, "Esok kami nak pi merisik. Siap sedia ya?"
A) jatuh pengsan di situ jugak
B) buat-buat sengih sambil mengiayakn tp tak tau utk apa
C) buat muka terkejut habis
D) menegahnya dr dtg sbb anda mmg tak ready

Apa jwpn anda agknya? Kalau tanya saya pun, saya tak tau nk bg jwpn apa? Satu sbbnya blom prnh berdepan dgn situasi ni. Tapi kalau tanya orang ni tentu jawapannya salah satu drpd di ats. Siapa orgnya? Tak lain tak bukan, kakak terchenta daku. Sudah dirisik rupanya. Lebih tepat lg sudah dicop..Hakhakhak.Maknanya, borang dh hbs utk diisi..Rugi siapa yg lmbt tu..Tahniah la Uncle Bang Jan, anda pemenang yg kami cari. Ingat! Yang kami cari..haha
Org lain yg dirisik, org lain pulak yg excited lebih ni apa citer? Tak salahkn gembira utk org lain?

Tahniah utk my kakak krn kamu sudh dipunyai oleh pilihanmu sendiri. Tangan halus yang mendukung saya waktu kecil dulu dah tersarung cincin di jari manisnya. Semoga lebih byk perkara baik berlaku spls ini, saya selalu doakan itu. Kamu bahagia saya pun rasa jugak. Pedulikan kata org selama mana kita yakin apa yg kita lakukan itu terbaik utk diri kita tp pd masa yg sama jangan sampai mengabaikan hati org lain. Kita takkan mampu hidup kalau nak puaskan hati semua orang.
Macam Din pernah kata pada Jaja : Bahagia tu bukan apa yg org lihat tapi apa yg kita rasa

Cuti baru2 ni ramai betul yg kahwin, save duit dapur kalo tak miss mkn kenduri..tp kan memenuhi undangan kn slh satu dr seorang muslim kpd muslim yg lain..bkn sbb nk save duit tp melaksanakan tuntutan agama, macam kahwin jugak..dh sampai masa utk berkahwin, maka kahwinlah.tak perlu bertangguh-tangguh lama2 terutamanya yg hangat bercinta krn lg lama tempoh perhubungan tanpa ikatan yg sah tu, makin banyak peluang utk syaitan menggoda.Biarlah jln yg dirintis ke alam perkahwinan itu penuh redha Allah pasti bahagia sampai bila2..haha..gaya ckp mcm dh sepuluh tahun kahwin..ni gara2 penangan 'AKU TERIMA NIKAHNYA' la ni...

apa2 pun, masing2 punya pandangan dan pendirian la kan. Kalo saya, kalo yg dtg tu tak cukup tiga kunci(kunci rumah, pejabat& kereta), sila pulang dulu dan datang kemudian..hehe..terdemand la pulak...tp bukankah sebaik-baik lelaki yg layak diangkat menjadi suami itu yg baik agamanya?..yg ni mmg ditunggu-tunggu..

Ha..cukup2 la kot..Kalau dibiarkan merepek mmg takkan habis budak sorang ni..nanti bertambah2 kegelenyaran tu..
lg sekali, tahniah buat mereka yg sudah menyempurnakan separuh drpd agama..semoga brbahagia hingga ke syurga mcm judul buku Ustaz Harizal, 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA!'

0 BICARA ANDA: