BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 28, 2010

~MAWAR PUTIH UNTUK KAMI~

APA ITU MAWAR PUTIH?
Mawar adalah tanaman semak dari genus Rosa sekaligus nama bunga yang dihasilkan tanaman ini. Mawar putih adalah simbolik kpd kesucian, kerendahan hati dan penghormatan. Sumber penghasilan pewangi tentunya jg mawar. Semua tentu suka kan bila dpt bunga mawar terutama dr seseorg yg dkat di hati?

SIGNIFIKASI MAWAR PUTIH
Kami mula2 bertemu pada tahun 2000 di kelas 4 Mawar Putih (4MP).Ketika itu, apalah yg difahami oleh budak2 berusia 10 tahun tentang erti persahabatan melainkan utk berseronok dan bermain. Tanpa sebarang pengertian pun, tak bermakna persahabatan itu berlangsung hanya dlm waktu yg singkat. Siapa sangka setelah 8 tahun pun, persahabatan itu masih teguh di situ, mungkin sekarang lebih terisi dengan pelbagai makna.



MAWAR PUTIH MENGHARUM KEMBALI
Baru-baru ni, penulis dan rakan2 buat reunion di rumah dua org rakan(si kembar An & In). Walaupun tak semua yg dtg tapi cukup meriah. Ya la, 8 tahun tak jumpa cerita2 basi pun blh jd segar semula. Seronok kembali mengusik dan bergelak ketawa macam dulu walaupun kdg2 rasa awkward jugak bila tak tahu apa yg nak diceritakan. Tapi disebabkan kenangan dulu tu masih ada, yg itulah yg dibualkan. Sambil2 tu tanya jg perkembangan masing2. Muka masing2 dah mature tp perangai tak payah cakap. Seronok tau bila dpt jd mcm dulu2 lagi, mcm kanak2 masa darjah 4 sampai darjah 6 dulu yg main je hari2, kejar sana lari sini, mengejek orang tu mengusik orang ni..Pendek kata, zaman sekolah mmg best pd sesiapa pun. Zaman sekolah mendewasakan kita! Yg tu saya setuju. Kita belajar byk perkara dr cikgu dan kawan2. Bekalan itulah yg kita bawa ke mana-manapun kita dicampak utk meneruskan perjuangan dlm menuntut ilmu.















Untuk itu, teman2, terima kasih utk segala-galanya. Persahabatan yg sungguh indah, seindah mawar putih, yg harum baunya tercium dari hati yg suci, sesuci warna mawar putih. Semoga apa yg kita ada ini kita hargainya sebagai pemberian Allah kerana seperti mawar putih yg tak bisa tumbuh di semua tempat begitu jua persahabatan indah itu, tak dikecapi oleh semua orang.

footnote: terima kasih utk:
~semua yg dtg dn meriahkn mjlis dn jg yg x dpt dtg espclly Che Am yg bg sokongan dr Tanjung Rambutan nuh...
~Sir Syafwan & Sir Amir yg jd escort kpd ank2 dara ni pd mlm kejadian...
~cik teletubbies yg jd potographer tak bertauliah
~tuan rumah bsrta parents mrka yg bg pnjm rumah
~Cik Amalina Non si tukang pengurusan makanan
~Sir Syafwan, tima kasih utk buku2 tu..jasamu kukenang...

MENGIKAT JANJI

Salam kembali dan selamat datang..
Selamat kembali utk semua warga IPG Kampus Ipoh, selamat datang utk pelajar2 baru yg mendaftar hari ni..selamat menjadi warga IPG yg terchenta ini...empunya blog pun dh kembali memeriahkan blog yg tiga minggu suram dan kusam ni...


Sesi membalas dendam sdh tiba utk tiga minggu tdk menulis. Nah terimalah entry yg panjang lg berjela utk dibaca..


17 Jun 2010

Walimah Inche Anwar(my kazen) dan Pn Housematenya, Kak Ton. Ha, seronok daku dan sepupu-sepapat dpt membuli Tn & Pn raja sehari ni berposing..Tapi sygnya, gmbr tak dapat nk transfer lgk..Tak sabar nak edit ni...
Tahniah ye utk kamu berdua ni. Cepat2 bertiga..hahaha..Ops lupa plak ada org nk kena tinggal dua tahun, kesiannya.. sabar ye..tak pe weekend pun boleh jmpa..jitra dgn penang tak jauh mana pun..ahaks...

18 Jun 2010
Ha, ni kezutan maha besar dalam hidup. Buat org yg menulis entry ni mahupun tuan punya badan. Apa reaksi anda agaknya bila satu hari ada seorang mak cik yg tidak anda kenali berkata lebih kurang begini, "Esok kami nak pi merisik. Siap sedia ya?"
A) jatuh pengsan di situ jugak
B) buat-buat sengih sambil mengiayakn tp tak tau utk apa
C) buat muka terkejut habis
D) menegahnya dr dtg sbb anda mmg tak ready

Apa jwpn anda agknya? Kalau tanya saya pun, saya tak tau nk bg jwpn apa? Satu sbbnya blom prnh berdepan dgn situasi ni. Tapi kalau tanya orang ni tentu jawapannya salah satu drpd di ats. Siapa orgnya? Tak lain tak bukan, kakak terchenta daku. Sudah dirisik rupanya. Lebih tepat lg sudah dicop..Hakhakhak.Maknanya, borang dh hbs utk diisi..Rugi siapa yg lmbt tu..Tahniah la Uncle Bang Jan, anda pemenang yg kami cari. Ingat! Yang kami cari..haha
Org lain yg dirisik, org lain pulak yg excited lebih ni apa citer? Tak salahkn gembira utk org lain?

Tahniah utk my kakak krn kamu sudh dipunyai oleh pilihanmu sendiri. Tangan halus yang mendukung saya waktu kecil dulu dah tersarung cincin di jari manisnya. Semoga lebih byk perkara baik berlaku spls ini, saya selalu doakan itu. Kamu bahagia saya pun rasa jugak. Pedulikan kata org selama mana kita yakin apa yg kita lakukan itu terbaik utk diri kita tp pd masa yg sama jangan sampai mengabaikan hati org lain. Kita takkan mampu hidup kalau nak puaskan hati semua orang.
Macam Din pernah kata pada Jaja : Bahagia tu bukan apa yg org lihat tapi apa yg kita rasa

Cuti baru2 ni ramai betul yg kahwin, save duit dapur kalo tak miss mkn kenduri..tp kan memenuhi undangan kn slh satu dr seorang muslim kpd muslim yg lain..bkn sbb nk save duit tp melaksanakan tuntutan agama, macam kahwin jugak..dh sampai masa utk berkahwin, maka kahwinlah.tak perlu bertangguh-tangguh lama2 terutamanya yg hangat bercinta krn lg lama tempoh perhubungan tanpa ikatan yg sah tu, makin banyak peluang utk syaitan menggoda.Biarlah jln yg dirintis ke alam perkahwinan itu penuh redha Allah pasti bahagia sampai bila2..haha..gaya ckp mcm dh sepuluh tahun kahwin..ni gara2 penangan 'AKU TERIMA NIKAHNYA' la ni...

apa2 pun, masing2 punya pandangan dan pendirian la kan. Kalo saya, kalo yg dtg tu tak cukup tiga kunci(kunci rumah, pejabat& kereta), sila pulang dulu dan datang kemudian..hehe..terdemand la pulak...tp bukankah sebaik-baik lelaki yg layak diangkat menjadi suami itu yg baik agamanya?..yg ni mmg ditunggu-tunggu..

Ha..cukup2 la kot..Kalau dibiarkan merepek mmg takkan habis budak sorang ni..nanti bertambah2 kegelenyaran tu..
lg sekali, tahniah buat mereka yg sudah menyempurnakan separuh drpd agama..semoga brbahagia hingga ke syurga mcm judul buku Ustaz Harizal, 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA!'

Thursday, June 3, 2010

JOM DEMO!!!

Yang dihormati,



Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan


JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.


Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:


Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum


Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.


Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)


Tarikh: 4 Jun, 2010


Untuk penyelarasan, sila SMS setiausaha Crisis Management Team (CMT-LL4G) di talian 019-5511-600 untuk penyelarasan SENARAI ORGANISASI/NGO YANG AKAN MENYERTAI DEMONSTRASI MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS MISI KEMANUSIAAN GAZA selewat-lewatnya pada hari Khamis 3/6/2010 jam 6 petang.

dipetik drpd: http://www.lifeline4gaza.org/

Wednesday, June 2, 2010

12 RAKYAT MALAYSIA SELAMAT

2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.

Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.

Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.

“Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.

Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.

CMT-LL4G telah berjaya menghubungi Noorazman sekitar jam 5 petang tadi. Semua relawan berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berehat. Namun mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Amman itu tinggal sehelai sepinggang dan tanpa paspot.

Mereka akan ke udara secara langsung di TV1 malam nanti.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan kepulangan mereka.

CMT-LL4G sedang membuat persediaan untuk majlis sambutan secara besar-besaran meraikan kepulangan wira-wira negara di lapangan terbang apabila mereka pulang kelak. Majlis ini akan menggantikan majlis meraikan isteri dan keluarga anggota konvoi yang dirancang oleh CMT-LL4G sebelum konvoi LL4G dibebaskan.

Astro AWANI (Saluran 501 Astro) akan mengadakan siaran lintas langsung pada jam jam 8:15 malam ini bersama Noorazman dan Ashwat dari Jordan dan setiausaha CMT-LL4G Solehuddin Shuib di studio.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org.

dipetik drpd LIFELINE 4 GAZA

Tuesday, June 1, 2010

Wisma Putra Sahkan Aktivis LL4G Malaysia Selamat

1 Jun 2010
 
Wisma Putra melalui Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka kini masih di bawah tahanan Israel di Haifa. Menurut Datuk Anipah Aman, kerajaan sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia ke tanahir. Malaysia telah mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Turki dan Ireland bagi mendapatkan maklumat keadaan rakyat Malaysia tersebut. (aw)
 
 
 
dipetik drpd HALUAN PALESTIN