BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 19, 2010

Salam alaik...


Dua hari masih belum lewat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN YG PERTAMA bt permata hati saya, MUHAMMAD IZZUL HAZIQ yg hari lahirnya jatuh pd 17 Mei yg lalu. Maaf la Bang Chik, Along tak dapat nak nyanyi kat Bang Chik, tentu saja Bang Chik takkan paham. Apa2pun doa Along sentiasa mengiringi Bang Chik di mana jua dan ingatlah kasih sayang tu takkan pernah pudar.



Cepatnya masa berlalu, Bang Chik dah setahun dah. Tahun depan dah dua tahun, kemudian tiga tahun. Tengok2 dah besar dah adik Along. Kadang2 rasa nk sgt tgok Bang Chik besar cepat2 sbb Along x larat la nk dukung Bg Chik yg berat (hehe) tp kadang2 nk Bg Chik jd baby je sampai bila2 supaya maintain je kiut miut, bila org tengok geram je rasa.



Mengimbau kenangan setahun yg lalu....



Saya masih di matriks bila abah memaklumkan bahawa ada ahli keluarga akan tiba tak lama lg. Perasaan saya waktu tu? Macam2, semua bercampur sekali macam buah2 campur dgn kuah rojak Mak Bee..hehe. Gembira sbb nk dpt adik baru, sape tak happy kan...Tak percaya..ye la, setelah 15 tahun saya hidup dengan Angah dan Adik, tiba2 ada sorang lg pulak menyempit dan umur saya dah 19 tahun pun. Jadi kakak pd usia 19 tahun? Mcm jd mak je layaknya... Risau?..tu mesti, ibu mengandung pd usia 41 tahun, mcm2 cerita yg saya dgr ttg kehamilan melewati usia 40-an, anak cacat la, tak sempurna la, mcm2 lagi la..rasa cuak pun ada tp saya pujuk hati saya dgn doa supaya Allah permudahkan segala2nya.



Sepanjang kehamilan ibu...
Ibu demam seminggu sebelum tu tp alhamdulillah, takde morning sickness rasanya, biasala org dah ada pengalaman kan..Ibu tak mengidam nk mkn apa2 sgt pun kecuali udang karak yg smpi skng tak dpt2...hehe Tp Alhamdulillah, air liur Bang Chik tak de la meleleh2 pun..haha. Tp yg pasti ibu jd rajin terlampau; rajin masak, jahit langsir raya, dan rajin berleter dan marah(mujur waktu ni sy kt matriks, angah dgn adik la yg kena..hehe) smpi mak2 sedara pun ckp yg kami akn dpt adik perempuan. Ibu pun berharap nk dpt adik perempuan sbnrnya sbb dia dh berangan2 nk beli gown kembang2, bg pakai lawa2...Saya tak kisah pun, laki ke perempuan tp kalau boleh laki la, baru cukup korum, adik pun ada geng la. Bila scan, sah2 kelelakiannya..Seronoknya...



17 Mei 2010
Due date ibu sepatutnya seminggu lebih awal tp Bg Chik tak mnunjukkan tanda2 nk tengok dunia lg. Bila 17 hrbln tu, doktor bgtau, kalau tak jd jgk, terpaksala memaksa..haha..Jadi ibu pun bersantai-santai la kat rumah. Dan abah pulak waktu tu la pun nak pi tengok bola kt Alor Setar sana tu(jarak dr rumah lbh kurang 30 minit). Tamat separuh masa pertama, ibu call abah bgtau tanda2 tu dh ada. Saya, Angah dgn Adik tak de la menggelabah pun sbb tengok ibu pn relaks je(tak la mcm citer dlm tv tu..over sgt kdg2). Kami pun menunggu di rumah sementara abah dng ibu dh ke MAHSURI. Sepanjang malam tu, berdoa la kami semoga Allah selamatkan ibu dan Bang Chik. Lebih kurang pukul 2 pg, abah call bgtau yg Bang Chik dh selamat dilahirkan dgn berat 3.4kg(x blh lwn sy lg..hehe). Alhamdulillah..



Sabda Rasulullah S.A.W.,
Rasulullah saw. bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.

Dan esoknya, bermula episod baru dalam hidup kami...

sejurus keluar dr labour room


hari pertama



semasa majlis potong jambul, mentahnik, marhaban

kepala botak dicukur abah



di usia 6 bulan



di usia 7 bulan


teman abah di hospital baru2 ni


ni Paksu HAZIQ  dgn AKHIL DARWISY





si lesung pipit



Kehadiran Bang Chik banyak merubah hidup kami sekeluarga. Awal2 dulu, pukul 2 pg mesti bersiap sedia utk brjaga sbb Bg Chik akan start menangis sampai la subuh. Kdg2, bergilir2 saya, ibu, abah dgn angah.Mmg keja Bg Chik menangis je. Penat sungguh waktu tu. Ibu la paling kesian, sampai menangis sekali tgok Bg Chik. Mcm2 dh kitaorg buat nk kurangkan nangis tu. Ada org kata nama tak sesuai la, tak de chemistry dgn abah la..Ape2 je la, mcm la saya percaya sgt benda2 mcm tu. Alhamdulillah selepas 3 bulan reda la sikit dan sekarang nangis2 pun sbb manja yg terlebih pulak.



Sebab Bang Chik ada, saya belajar banyak perkara. Ala, belajar nk jg budak..haha..ni kira preparation la ni...hehe. Tengok ibu dgn abah, rasa tersentuh sgt hati saya, mcm ni agaknya waktu diorg jaga saya dulu. Penat, susah dn mcm2 lagi la. Terima kasih atas pengorbanan yg tdk terhingga, menjaga, mengasuh, mndidik, membesarkan dgn penuh kesungguhan dan kesabaran.

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."


Harapan seorang kakak
Saya tak mengharapkan sepenuh kesempurnaan dr Bang Chik. Cukuplah dia menjadi hamba yg soleh kpd Allah, menjadi anak yg soleh kpd ibu dan abah. Cukuplah menjadi penawar hati dan penyejuk mata kami.Kalaupun saya tak mampu menjadi kakak yg sempurna utk Bg Chik tp kalau org tanya sapa saya dn dia menjawab, "ni la kakak saya" tu pun dh buat saya gembira. Along doakan Bg Chik membesar mnjadi anak yg soleh, yg taat pd perintah Allah dn spt yg selalu Along harapkan, Bg Chik dpt memimpin tgn kami ke syurga!


footnote:
~nama Izzul-KEMULIAAN tu saya punya suggestion la..sesukasuki je org ckp tak sesuai.Ada maksud what.Lg satu, nama adik saya IZZUL HAZIQ bknnya ADAM MUKHRIZ(w'pun asalnya nk letk nama ni)..
~post ni pjg sket, biasala nk crite pengalaman..hehe.agk kepoyoan jgk la (msti la ada yg kata, "mcm dia sorg je ade adik", saya kta "suka hati la, ni blog saya..haha")
~apa2pun, sayangi adik2 anda, mereka bukan hak milik tp anugerah.. >_<

0 BICARA ANDA: