BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 22, 2010

Untuk orang gila saja!

Untuk orang gila saja! Sapa yang rasanya dirinya masih sihat pemikiran lagi waras, jauhi entry ni. Haha...Ada ke orang gila nak baca post ni? Tak kisah la, sebab yang tulis pun tengah gila ni plus kurang waras sikit. Nak buat pengakuan berani mati la kat sini, tadi saya merajinkan diri buat blog walking. Biasala, seminggu tak bukak, rindu tu tahap tak ingat la kat blog ni. Saya pun jalan-jalan la kat blog 'sedara mara' kat IPG ni. Pastu, ada la hamba-hamba Allah ni buat saya jeles (kononnya..haha). Ni nak bocorkan nama mereka; Tuan Nurul Atikah dan Abang Rafiq. Sebabnya? Tanya mereka sendiri... Haha. Mehh nak bagitau. Tuan Atikah hari tu pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC, abang Rafiq pulak pergi kedai buku kat dgn Masjid India. Kedua-dua mereka ni pergi kedai yang ada buku. Saya memang pantang betul tengok orang pergi sale buku ni bila saya tak dapat pergi. Haha...Dan tiba-tiba saya menjadi kurang waras sedikit hari ni bila tengok ramai sangat yang pergi PBAKL 2010. Adrenaline saya pun meningkat berganda-ganda la excited sangat nak pergi Pesta Buku hujung minggu ni.





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010



Ni saya nak promote la sikit pasal PBAKL 2010, mana tau ada yang berkenan nak pergi sana!


TEMPAT: PWTC(PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA)


TARIKH: 19-28 MAC 2010


TEMA: BUKU; LAKARAN MASA DEPAN


Kalau dulu saya mampu baca dalam paper je iklan pesta buku dan memasang angan2, "bila la aku nak pergi sana"...Maklumla, waktu tu kan dok asrama, mana boleh keluar weekend sesuka hati..Tapi sejak dok maktab ni, nak bergerak pun tak terbatas sangat dan kalau nak berbelanja pun tak payah minta duit ibu abah dah. Dan hujung minggu ni Insyaallah saya dan kawan2 akan sampai di pesta buku bt pertama kalinya. Bagi membuktikan ke'excited'kan saya, saya dah buat list buku apa nak beli tau dan bajet nya sekali.



Saya dan majalah


Saya start suka baca majalah waktu saya form 1. Waktu tu majalah yang menjadi kegilaan student asrama macam saya ialah Utopia, Hyppe...Biasa la kan, tengok kawan2 baca, teringin jugak kan...Seronok la baca citer2 kartun, pasal artis luar negara. Dan citer paling saya suker skali dalam tu of course la 1001 emotion. Bila naik form 2, saya dah tak baca dah majalah macam tu. Masa form 3, sekolah saya kenalkan Majalah Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan Dewan Bahasa sebagai majalah dalam kelas. Start dari situ la saya jatuh cinta dengan majalah2 akademik ni. Saya paling suka Dewan Siswa la sbb sesuai la dgn umur saya waktu tu. Dan paling best dalam tu ada macam2 peraduan. Saya memang taksub habis dgn peraduan teka silang kata. Boleh kata tiap-tiap bulan saya hantar, dan kamus dewan tu stp masa la dgn saya. Setakat ni baru menang dua kali. Ok la tu kan...Yang jadi mangsa tukang beli majalah saya tiap-tiap bulan adalah cikgu BM saya, Cikgu Halim..Memang cayalah, kalau tak de, saya tumpang baca yang beliau.Haha...Kat meja beliau tu, penuh la dgn majalah dan kaum kerabat novel ni. Saya kadang2 jd tukang balut novel beliau. Dan saya rasa banyak gunanya majalah akademik ni walaupun saya tau tak ramai kawan2 saya minat baca benda2 macam ni...Bila nak exam BM, ramai la yang terhegeh-hegeh nak pinjam, kononnya nak cari isi penting, tp saya bg je, ilmu buat pe nak kedekut kan..Jadi saya belajar BM dr dua cikgu, cikgu Halim dengan cikgu Dewan Siswa. Waktu nak debate pun berguna jugk majalah mcm ni. Biar la orang nak kata saya ni skema sbb baca bhn2 mcm ni tapi kisah apa asalkan saya bahagia. Tak rugi pun baca bhn2 mcm ni walaupun ilmiah sikit tp bagus tau untuk pengetahuan am. Jadi, (dulu)setiap bulan mesti peruntukkan RM10 utk majalah Dewan Siswa ngan Dewan Kosmik. Ibu dgn abah pun dh faham, jd kalau diorang pergi kedai buku, diorg pun akn tanya sama ada sya nk beli atau tak..Caya la...Tp tu tak bermakna saya ni tak baca majalah picisan, saya baca jugk cuma pinjam yg orang je la..hehe


Saya dan novel


Saya akui saya bukan la kaki novel tapi hantu novel barangkali..Haha..masa sekolah dulu, saya memang pantang baca novel..Saya tak sentuh novel sampai la habis SPM walau pun kadang2 tersesat jugak pinjam kawan punya. Saya boleh kawal diri saya waktu tu sbb priority saya adalah study. Study pun baca novel jugak kan, novel Biology, novel Fizik..ha novel Julia..haha...Jujurnya, dulu saya tak begitu menggemari novel cintan-cintun ni. Bagi saya heee...geli geleman dengan babak yg klise dan adegen bercinta yg entahapapa..Nasib baik la saya ni bukan jenis yg suka mengoya bila baca novel. Dan novel cinta pertama yg saya try baca adalah OMBAK RINDU karya Fauziah Ashaari...not bad la..eh, sedap...Bila masuk matriks, saya pun berjinak2 la beli novel guna duit elaun sendiri. Novel thriller pertama yg saya beli adalah BAGAIKAN PUTERI karya Ramlee Awang Murshid. Saya memang layan novel2 mcm ni sbb dia bt kita berfikir bukan berangan! Dan RAM ni pula suka bt novel yg ada sequences, so saya kna beli...Sekali beli, mula la nak beli lagi sampai la saya jatuh hati kat penulisan RAM dan hingga kini 2 sj novel beliau yg masih belum sya bca. Yg lain dh slmt baca dan mostly jd koleksi saya.Wuahaha...Oh, ya! Saya bukan tak baca novel cinta langsung tapi yg kena dgn jiwa saya la. Saya suka novel Habiburrahman al-Shirazi ngan Faisal Tehrani. Fuhh..novel mereka memang membangun jiwa. Kalau ada part cinta tu, tak keterlaluan sangat..Memang bagus la...


Saya dan Jemari Seni


Kenal tak Jemari Seni? Kalau hantu novel tu confirm kenal. JS(nama singkatan) ni adlh publisher buku. Baru lg la nk banding dgn Alaf21 tu. Saya kenal JS ni masa jumpa iklan buku JS dalam Dewan Siswa. Dan novel JS yg pertama sya baca ialah Aa+Bb karya Hlovate. Perghhh...penangan Hlovate mmg class...Lepas tu, saya start beli novel JS sbb saya tertarik dgn content novel2 dia. Novel cinta yg bg saya tak keterlaluan, ayat pulak mmg sesuai dgn jiwa remaja saya dan yg penting Islamik la..Tu yang special..Adegan bercintan-cintun yg pegang2 tangan tu tak ada ya...Dan sekarang saya dlm proses utk bt koleksi novel JS dan kebanyakan saya ada la...Sesuai la utk manusia yg macam saya ni yang tak berapa suka novel jiwang karat ni. Walaupun saya tak dibayar oleh Kak Su utk promote JS di sini (haha) tp nak promote kt anda jgk la..Beli la, confirm tak menyesal. Bg saya penulis JS ada gaya mereka sendiri dlm menulis dan kita boleh bezakan identiti mereka melalui penulisan mereka. Mereka tak de resemble mana2 penulis dan sure punya hadis2 pun ada...Jd, saya tak la rasa baca novel buat kalau kita lagha asalkan kita tau pilih yg mana baik.

Haha..cukup2la saya merepek malam ni, dek kerana kemaruk sangat nak tulis blog, nah kesian anda kena baca post yg panjang berjela lagi skema ayatnya dan boring mungkin..Tapi kisah apa saya, ni kan blog saya..Haha..Keji punya olang...

footnote: doakan dipermudahkan jalan saya ke KL...
~motif saya post benda ni semua? Haha..x de...cuma nk bgtau anda yg saya hampir nak gila skrg...sbb tu merepek ntahapapa..tp jgn risau, kalau dh serius nanti saya pergi la tanjung rambutan tu..dekat je dkt ngan maktab saya ni..huahaha...

1 BICARA ANDA:

sofia mazlan said...

yeehaaa. tak sabaunya kak ten nk gihh. hahah