BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 3, 2010

~Sakit dan Solat~

Salam alaik...


Saya ke library dengan kawan2 tadi. Bukan nak tunjuk rajin ye..Kalau tak disebabkan assignment yang masih belum cukup bahan rujukan tentu saya tak akan menyusahkan diri berjalan begitu jauh ke library memandangkan kaki dan seluruh badan hampir kehilangan kudrat dan upaya. Mana taknya, dua hari saya 'didera' untuk Ujian Kecergasan Jasmani dan Kesihatan yang sudah saya tinggalkan hampir 2 tahun. Hari ni adalah hari kemuncak di mana hari untuk larian 2.4 km. Dengar 2.4km pun dah terasa ketar lutut, itu belum lari lagi..Dah lari tu, rasa nak tercabut pula lutut. Apa2 pun, alhamdulillah, saya berjaya lah menghabiskan 3 pusingan dengan catatan masa yang boleh kira ada markah la...Tapi consequence yang saya terima selepas aktiviti selama 2 hari tu adalah, seluruh tubuh badan saya sakit yang teramat sangat sampai bila tidur saya tak boleh angkat kaki dan sebagainya. Sampaikan pagi tadi, tangan saya kejang sebelah. Alhamdulillah, dah ok dah. Pergerakan saya sangat terbatas sekarang untuk buat semua kerja. Sakit tu, Allah saja yang tahu. Sakit yang tak nampak lukanya di mana. Nak pergi library pun saya gagahkan kaki juga. Mujur artikel saya untuk assignment disahkan oleh Puan Zalilah boleh diterima pakai. Tapi,yang paling buat saya bengang adalah, betapa seksanya nak solat bila seluruh urat sendi rasa kejang, kaki dan tangan rasa nak tercabut...Saya rasa macam nak solat sambil duduk saja...

Dan waktu tu buat saya sedar:

1) gunakanlah masa sihat untuk solat dengan sebaiknya. Bila sakit, betapa susahnya nak solat. Betapa susahnya nak khusyuk solat ketika sakit sebab bayangkan, nak sujud pun kita rasa kaki kita sakit sangat. Kita jadi lebih tumpukan rasa sakit berbanding hayati bacaan solat kita. Kalau waktu sihat kita solat tak tinggal pun, adakah semua solat kita diterima Allah?

2) walau sakit macam mana pun kita, tetap kena menunaikan solat. Sebab itu dalam Islam, kita ada tatacara menunaikan solat ketika sakit. Macam sabda Rasulullah:

Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari

Ini menunjukkan betapa pentingnya solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Solat adalah cara mudah untuk minta Allah sembuhkan penyakit kita. Solat tu kan doa.

3) bila kita sakit, Allah semakin dekat dengan kita. Allah ingin lihat sama ada kita ingin mencari Dia di waktu susah atau tidak. Adakah kita akan meminta pertolongan Dia atau terus hidup dalam kesombongan biarpun sakit. Ingatlah, Allah sentiasa ada di mana2 untuk kita asalkan kita mencari Dia, Dia pasti 'datang'.

4) kalau hari2 turun bersenam, berjogging, tentu takkan jadi macam ni...Urat pun boleh terkejut tau kalau tiba2 dia dipaksa buat kerja berat sedangkan dia tak ada tenaga langsung. Malangnya, kita yang menerima natijahnya.

5) solat pun satu bentuk senaman juga. Banyak kajian saintifik dah membuktikan yg solat pun beri kesihatan kepada tubuh badan. Tapi bergantung juga cara penyempurnaan solat tu. Macam warming up, kalau warming up salah kaki tangan boleh kejang juga...

Jadi, kesimpulannya yg saya dapat hari ni adalah, hargai apa yg kita ada sebelum ianya diambil dari kita.

p/s: tolong doakan saya cepat sembuh...

0 BICARA ANDA: