BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 23, 2010

Kembara ke KL-part 1

Salam alaik..moga rahmat Dia melimpahi kita sebanyak-banyaknya...

Ini adalah cerita saya dan rakan-rakan. Sesiapa yang tdk berminat untuk membaca, sila jangan baca. Takut nanti tambah dosa saja mengutuk saya. haha..
Cerita ini adalah cerita kembara kami di bumi Dia. Kembara kami mencari dan membina diri kami. Acheche..hari ni hari falsampah sedunia...Maaflah, mood merepek saya sejak akhir2 ni semakin kritikal...

Naik bas
Nak jimat kos punya pasal kami sanggup lenguhkan kaki berjalan tunggu bas kat traffic light sana tu. Mujur bas ke stesen KTMB ada. Berbunga-bunga harapan nak beli tiket train dari Ipoh ke KL sentral. Semua ni adalah sebab nak jimat kos. Semalam lagi dah survey harga tiket dan hotel. Hari ni dgn semangat yg berkobar lagi membara dan membakar, kami merantau mencari tiket train.

Alkisahnya tiket kereta api
Niat hati ku nak beli tiket, apakan daya tiket tiada...
Dengan muka penuh bahagia lagi gembira(budak2 yg first time beli tiket train)kami ke kaunter, "Kak ada tak tiket dari Ipoh ke KL sentral, 26 haribulan, Jumaat pukul 1.25 petang?" "Ooo..dah habis la, yg ada second class, RM22"

Haha..bolehkah anda bayangkan muka kami waktu tu? Semua jatuh rahang bawah. How come tiket train boleh habis? Ingat tak laku...Haha...Hajat nak beli tiket dengan harga paling murah, RM 12 mati macam tu saja. Baik naik bas, 20 ringgit pun tak sampai...Lagi satu, tiket balik dengan train pun habis juga..Tak tau la nak kata apa, muka waktu tu memang tak boleh nak senyum dah. Kami punya la berangan habis nak adventure naik train, sekali terbantut da...Sedih betul...Penghabisannya, tiket bas juga terpaksa menjadi pilihan. "Berjumpa lagi" medan gopeng seakan-akan melaung kpd kami. Lepas tu jalan2 pergi cari ATM. Aiseymen, camne la ATM boleh tak de kat situ pulak..Seingat saya, dulu2 masa saya dtg wujud lagi benda tu.Kesian kawan2 saya kena jalan jauh. Maaf la ya...


[ni la tiket train kami..haha..tiket bas la]

Medan Kidd
Medan Kidd bukan playground utk kanak2 ye tapi stesen bas ..Mujur la wujud Medan Kidd dekat dgn stesen KTMB, kalau tak melayang tiga ringgit naik teksi. Naik bas ke Giant sbb nak cucuk duit. Lepas tu, tahan bas lagi nak balik maktab. Bas berhenti betul2 depan kedai vespa...



[sambil tunggu bas, snap la apa yg patut]

Kami @ masjid
Sampai2, baru ingat nak makan kat kedai traffic light kegemaran kami tu, sekali tak buka lagi. Dan2 waktu tu azan. Jadi kami pun singgah solat dulu di masjid An-Nur batu 8 buat pertama kali. Not bad, toilet luas, bersih juga... Selesai solat jalan semula ke kedai makan tadi tapi nasib memang malang, kedai tak buka pula..

Selera baru
Syazi kemudiannya cadangkan kedai yg bumbung Minangkabau utk kami makan. Order la apa yg patut. Perut pun bukan main lagi bertarannum, keluar habis tujuh lagu. Ingat masalah dah settle, hahha, muncul pulak masalah besar yang dibawa oleh binatang kecil yang nama dan keturunannya kami pun tak tau. Terpaksa la suruh tauke kedai tutup lampu. Mujur la makanan sedap dan binatang kecil tu tak terjun dalam nasi, kalau tak memang kenyang sungguh malam ni.

Saya coretkan cerita ni bukan apa. Sekadar pengalaman saya nak kongsikan pd mereka yang sudi membaca. Seperti yg saya kata pada awal2 tadi, ini adalah kembara saya dan rakan-rakan. Kembara ini hanyalah sebahagian permulaan kisah hidup kami. Hidup dalam membina ukhwah. Hidup dalam mencari apa itu erti persahabatan.

Banyak dugaan yang kami tempuhi hari ni memberi keyakinan bahawa perjalanan kami ke Kuala Lumpur nanti pastinya manis. Kembara tanpa ujian hanyalah kembara kosong tapi kembara dengan ujian pastinya kembara penuh terisi dengan pengajaran dan pengalaman. Secara jujurnya, saya masih tertunggu-tunggu dugaan dan ujian apa lagi yang akan kami tempuhi sepanjang kembara kami ke Kuala Lumpur...Moga Dia mempermudahkan segalanya buat kami...


Ya Allah, ya tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisiMu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan segala yang susah adalah kerana Engkau yang maha memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu, ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.



1 BICARA ANDA:

Sofia Mazlan said...

wuaaa. penatnye teringat semalam