BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 5, 2009

INGATKAH KEPADA PERINGATAN ALLAH?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua.

Hari ni aku tak berniat nak post apa2 pun sebenarnya. Aku baru balik dr klinik dan mndpt MC utk satu hari. Aku sangat sakit+penat+ x de mood.


[ubat2 free]

Tgh menimati hidangan makan tengah hari lbh kurang pkul 1.30 camtu, hp aku bergetar(sbb aku silentkn). 1 message received! Aku pun cpt2 bukak.Dtgnya drpd x-roomate aku yg paling aku sayangi. yg membuatkan aku tiba2 menggerakkan jari utk taip post ni ialah slps aku baca msj tersebut yg berbunyi begini:

Gempa bumi di Padang terjadi pd pukul 17:16 & 17:58, Jambi dan 08:52 hari berikutnya. Cuba perhatikan terjemahan al-Quran surah:ayat> 17:16, 17:58 & 8.52. ALLAHUAKBAR!(info from website) p/s: MasyaALLAH...Shbt2 tolong lah rujuk surah di atas...lihatlah segala2nya yg diaturkan. adakah kita mahu tergolong dlm golongan2 yg ingkar pd perintah ALLAH? Nauzubillah...yok, sama2 kita muhasabah serta berazamlah sekarang utk kembali mentaati segala perintah ALLAH agar kita terlepas drpd azab dahsyat ALLAH di dunia mahupun di akhirat..Sedarlah dan kembalilah selagi kita punyai masa dan masih belum terlambat...Sebelum Izrail dtg memanggil..(ingatan bersama khususnya kpd diri penulis)

Demikianlah, bunyi nya ayat yg dihantar kpd aku. di sini, aku kemukakan maksud ayat dalam surah yg dinyatakan td.

17:16

Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (agar mentaati ALLAH), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dlm (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman Kami), kemudian kami binasakan sama sekali (negeri itu).

17:58

Dan tidak ada suatu negeri pun(yg durjaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami seksa (penduduknya) dgn seksa yg sgt keras. Yang demikian itu tlh tertulis di Luh Mahfuz

8:52

(Keadaan mrk) serupa dgn keadaan pengikut Firaun dan org2 yg sblm mereka. Mereka mengingkari ayat2 ALLAH, maka ALLAH menyeksa mrk disebabkan dosa2nya. Sungguh, ALLAH maha kuat lg sgt keras seksanya.



Aku pun tak pasti sejauh mana kebenaran mesej tersebut sbb dh berapa lama tak baca paper. Tapi, ada pengajaran yg boleh kita ambil sebenarnya.

ALLAH telah memberikan kita terlalu byk peringatan di dlm al-Quran. Ttp ramai juga antara umat Islam skrg kurang mengambil peduli ttp hanya mengambil lewa peringatan tersebut. apabila ALLAH menjanjikan sesuatu termasuklah azab seksanya, maka Dia pasti akan mengotakannya krn ALLAH tdk memungkiri janji. ALLAH dah tunjuk pd kita mcm2 peristiwa akibat drpd dosa manusia ttp adakah kita berasa insaf? Aakah kita bertaubat dan kembali ke jalan ALLAH? Kita ambil contoh mudah, bila kita rasa sakit pernahkah kita rasa takut? Takut ALLAH tiba2 cabut nyawa kita tanpa sebarang amaran. Takut kerana kita belum bertaubat atas dosa2 kita yg terlalu byk. Takut krn amal ibadah belum mencukupi untuk layak memasuki syurga ALLAH? Namun, apa yg berlaku pd kita dlm keadaan yg sihat walafiat? Lebih takutkan hantu, dan perkara yg ntahapapa daripada takut kpd ALLAH. Dan kemudian kita terus bergelumang dgn dosa2 kita yg sebelum ini kita telah berjanji utk tdk mengulanginya lg. Maka timbullah penyakit wahan dlm diri kita yakni cintakan dunia dan takutkan mati.


Macam kondisi aku skrg yg tak berapa nak sihat ni, mungkin satu amaran drpd ALLAH bhw mungkin umur aku akan berhenti setakat ini saja dan mungkin saja esok lusa atau barangkali selepas menulis blog ini ALLAH akan mengambil aku kembali padaNya. Siapa tahu? Akan tetapi aku sentiasa percaya sakit itu kurniaan ALLAH sebagai salah satu hukuman akibat dosa2 yg telah aku lakukan. Ya ALLAH, ampunilah dosa2 yg hambaMu ini telah lakukan sama ada sedar ataupun tidak.


Setuju atau tidak jika aku katakan yg manusia jarang merasa serik atas kesalahan mereka? Dalam bahasa yg mudah, ada yg melakukan dosa dan kemudiannya ALLAH memberi balasan kepada mereka. Mereka pun insaf dan bertaubat bersungguh2 kpd ALLAH. ALLAH yg maha pengampun dan maha menerima taubat pun mengampunkan dosa mereka dan ALLAH terus kurniakan nikmat kpd mereka. Namun, semakin lama mereka kembali lalai dan mengulangi semula dosa2 lampau mereka. Mereka tidak mensyukuri nikmat ALLAH dan tidak menghargai peluang kedua yg telah ALLAH berikan. ALLAH menurunkan lg bala kepada mereka sebagai hukuman dan mereka bertaubat lg. Dan begitulah seterusnya...Peribahasa sudah terhantuk baru tengadah agaknya dh tak sesuai utk dipakai lg dlm konteks zaman sekarang. Yg lebih sesuai rasanya terhantuk berkali2 tapi tak pernah nak tengadah.


Justeru, aku ingin menyeru diri aku sendiri dan muslimin muslimat supaya kita kembali ke jalan ALLAH. Tunaikan segala perintah ALLAH dan tinggalkan segala bentuk kemaksiatan yg boleh mengundang murka ALLAH. Sedarlah bahawa kita ini banyak dosa kpd ALLAH yg kita sendiri belum tahu sebanyak mana kah telah ALLAH ampunkan. Dan mungkinkah usia kita yg masih tersisa ini cukup untuk bertaubat sesungguh-sungguhnya kpd ALLAH...


Bayangkan jika saat ini ALLAH mencabut nyawa kita, adakah sempat untuk mengungkap kata taubat kpd ALLAH sedangkan kita sedar diri kita di saat ini disaluti lumpur2 dosa yg tidak pernah kita bersihkan.


Ya ALLAH kau ampunilah dosa2 kami...

Mari kita sama2 hayati lirik di bawah...

Ampunkan Kami Tuhan
Album : Love and CareMunsyid : Qathrunnadahttp://liriknasyid.com

Ampunkan dosa kami
TuhanKami selalu membuat dosa
Maafkan kami Tuhan
Agar kami selamat dari neraka

Anugerahkan kami taubat Tuhan
Engkau adalah penerima taubat
Kami tidak mampu masuk neraka-Mu
Krena azabnya gerun dan dahsyat
Tidak terperikan

Dengan rahmatmu ampunkanlah kami
Dengan maafmu ampunkanlah kami
Kalau engkau azab kami
Kami kan hambamu jua Tuhan

Engkau ampunkan kami
Kebesaranmu tidak jejas
Engkau ampunkan kami
Keagunganmu tetap tidak tergugat
Karena tiada siapa yang boleh menggugat

Karena itu siapa adalah ciptaanmu
Kami sentiasa mengharap dan meminta
Tidak putus asa denganmu selamanya
Kami tidak jemu-jemu memintaHinggalah dengan rahmatmu
Dosa kami engkau ampunkan

feetnote: kita sama2 doakan agar saudara2 kita Indonesia dan jg seluruh dunia mendapat hidayah drpd ALLAH dan sentiasa dilindungi drpd azab ALLAH yg amat pedih...

0 BICARA ANDA: