BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 13, 2013

::rezeki::

Salam alaik....
Rindu pada blog, rindu untuk menulis... saya selalu shj mmbuka dashboard ttp idea jarang2 kunjung tiba menyebabkan saya sign out kembali tanpa menulis apa2.... untuk entry yg kesekian kali ini, saya tertarik untk berkongsi dgn anda sekalian yg masih sudi dan tak jemu membaca tntg sesuatu yg amat dekat dgn kita iaitu R.E.Z.E.K.I.

Apa yg kita faham tentang rezeki???
~Kita selalu beranggapan bahawa rezeki itu adalah duit walhal duit hanyalah secebis drpd rezeki Allah yg maha banyak. Rezeki itu pd saya hanyalah umbrella termnya shj dan blh diperincikan kpd apa shj pemberian baik2 drpd Allah kpd hambaNya spt jodoh, anak, keputusan yg bagus dlm peperiksaan dn mcm2 lg. 
Walau dari mana sumber pun kesemua itu dtg, rezeki tetap dtg drpd Allah, Tuhan yg memiliki sifat ar-Razaq. Boleh jatuh kufur nikmat sekiranya kita beranggapan rezeki ini dtg drpd manusia. Manusia hanyalah wasilah yg menyampaikan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Allah telah menetapkan rezeki kita masing2 dengan sempurnanya. Rezeki yg kita dpt (sedikit atau byk pada tanggapan kita) adalah sebaik2 kurniaan Allah kpd kita. Sifat pemurah Allah pastinya tidak dpt ditandingi oleh manusia walau pemurah mana sekalipun seseorang itu. Cumanya sbg hamba yg kerdil, wajarlah kita menerapkan sifat mahmudah ini dalam diri kita. 

Cebisan rezeki
Alhamdulillah, elaun juga sebahagian drpd rezeki Allah kpd saya. Dgn rezeki Allah inilah saya meneruskan kelangsungan hidup sbg mujahidah di bumi IPG Ipoh ini. W'pun jumlahnya untk satu semester hampir menyamai jumlah gaji sebulan seorang pensyarah, alhamdulillah mencukupi untuk kehidupan seorang pelajar sekiranya digunakan dgn seoptimum mgkn tanpa sebarang pembaziran kpd perkara2 yg tdk sepatutnya. 

KEPERLUAN vs KEHENDAK
~Perkara ini perlu difahami dgn jelas oleh smua org. Perdebatan antara isu keperluan dan kehendak bila berbelanja ini menjadi dilema kpd sesetengah org. Namun dlm hal spt ini, saya berpendapat, memutuskan bhw sesuatu itu perlu mnjd keperluan atau kehendak trgantung kpd tuan empunya badan sendiri. Keputusan ini hendaklah dilakukan secara bijak dan rasional dgn mengambil kira pelbagai aspek. Boleh jadi sesuatu itu mnjd kehendak kpd org lain tetapi merupakan keperluan bg kita. Timbanglah dgn sewajarnya tanpa melibatkan nafsu yg mungkin menyalurkan wang ke tmpt yg tdk sepatutnya jika terlalu dirajakan.

Bersyukurlah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

Surah Ibrahim 14: 7


Bagaimana rasa syukur ini dimanifestasikan? Sudah semestinya kita ada pelbagai cara menzahirkan rasa syukur itu. Ada yg berkongsi rezeki dgn org lain, ada juga yg berhati2 memelihara rezekinya krn bimbangkan pembaziran, ada jg yg menyalurkan rezeki itu untk gerak kerja Islam dan berbagai2 lg. Apa jua caranya, moga kita ikhlas dan teruskan bersyukur krn Allah pastinya menambahkan lg nikmat.


Torch 3 utk diri sendiri... smoga memudahkan gerak kerja slps ini :)
tab untuk Chik2 :)

CSL untk abah menggunakan rebate

novel yg ditunggu2 tahun ini dibeli dgn BB1M :D

footnote: smua ni w'pun kita beli dgn wang ringgit sendiri, tetap pinjaman drpd Allah, bila kata pinjam, kena redhalah kalau tuan dia 'mintak' balik kan... hew3

0 BICARA ANDA: