Kakak selamat dinikahkan pada pagi Jumaat, 30 September 2011 di Masjid al-'Ala dengan pasangannya, Bang Jan. Pada 2 Oktober, majlis di sebelah kami, dan semalam, 3 Oktober, di sebelah lelaki. Penat memang penat dengan tak cukup tidurnya tapi lega dan puas sebab semuanya dah selesai.
Alhamdulillah, Kakak dah jadi isteri Bang Jan. Sampai saat ni pun saya masih tak percaya yang jodoh Kakak rupa2nya Bang Jan. Suka duka, masam manis perhubungan yang ditempuhi membawa mereka ke gerbang perkahwinan juga. Itulah, jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka. Alhamdulillah. I'm happy for them. Memang itu yang saya harapkan, Kakak hidup bahagia dengan lelaki yg dia cintai. InsyaAllah, saya yakin Bang Jan dapat jaga Kakak dengan baik, dapat didik dia jadi isteri yg solehah. Amin.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan Kakak dan Abang saya. Terima kasih kepada kawan2; Biha, Pia, Ainul, dan Wanie yg sudi turun dari Ipoh semata-mata nak menyinsing lengan baju, membantu keluarga kami. Syukran jazilan...
picture: credit to bro Aki picturesyndicate.net
semoga Kakak dan Bang Jan berbahagia dunia dan akhirat di bawah keredhaan Allah... May Allah bless both of you...Sayang kamu berdua!!!
footnote: kalau kat Kakak panggil Kakak, kat Bang Jan nak kena panggil Abang ke? >_<
0 BICARA ANDA:
Post a Comment