BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 9, 2011

Antara DR dan CKG

Dulu saya ada satu cita-cita, yang saya kira ramai lagi insan2 di luar sana yg juga punya cita-cita yang sama dengan saya terutama pelajar2 di dalam aliran sains, bersekolah di sekolah sains. Cita-cita untuk menjadi seorang DOKTOR. Bukan pelik kalau ramai yang cakap "Nanti dah besar saya nak jadi doktor, saya nak rawat ibu ayah saya, saya nak berbakti kepada masyarakat." Memang tak pelik pun. Ini kerjaya yang mulia!

Environment sekolah itu sendiri memainkan peranan sebenarnya melahirkan keinginan ini ditambah dengan minat terhadap subjek Sains terutama Biologi. Saya dibesarkan di dalam suasana sekolah sains di mana minda pelajar2nya telah didoktrin bahawa 'apabila awak keluar dari sini kerjaya awak hanyalah engineer atau doktor'. Ada seorang guru pernah memberitahu kami, kalau awak datang ke sini bukan untuk menjadi doktor dan engineer, maka di sini bukan tempat awak'. Tapi ibu dan abah tak pula mendoktrin begitu kepada saya cuma ibu selalu mengatakan, "Kalau boleh ibu nak Along sambung belajar lagi dan jadi PENSYARAH."(dan InsyaAllah doa ibu yg ini akan menjadi kenyataan tak lama lagi, doa-doakan)

Tapi bukan stigma itu sebenarnya yang menjadi pendorong, ianya lebih kepada minat sendiri. Memang minat saya waktu itu hanyalah untuk menjadi doktor (sampai sekarang pun naluri itu masih ada). Waktu itu saya merasakan saya layak untuk menjadi doktor atas beberapa indikator yg saya cipta sendiri. Itu persepsi saya penuh yakin kepada diri saya sendiri. Kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ini.

Tanpa sedar, saya melakukan kesilapan yang agak besar dalam membuat percaturan hidup dan masa depan. Saya lupa bahawa apa yang saya mahukan bukan saya sendiri yang akan berikan. Di atas sanalah yang menentukan masa depan saya, di atas sana jugalah yang mencaturkan hidup saya. Keghairahan terhadap minat dan cita-cita membuatkan saya lupa bahawa Allah berhak atas segala-galanya. Saya lupa bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk saya, dan apa yang tidak.

Saya memasuki Matrikulasi dengan harapan impian masih terbuka untuk saya setelah gagal mendapatkan biasiswa dari MARA. Sekali lagi saya terlupa akan satu perkara, "Innamal a'malu binniat". Saya akui saya memasuki Matrikulasi dalam keadaan tidak rela, tidak reda, tidak ikhlas dan berbagai perasaan negatif lagi. Masuk pun kerana tiada tempat untuk dituju lagi untuk meneruskan pengajian. Saya rasa sungguh terpaksa untuk menghabiskan pengajian di Matrikulasi yang ternyata sungguh2 mencabar. Hasilnya, keputusan yang dimiliki tidak melayakkan saya untuk bergelar seorang siswazah bidang kedoktoran di universiti tempatan. Tawaran dari agensi swasta untuk menyambung pengajian dalam bidang medik ke Mesir terpaksa saya tolak memandangkan masalah kewangan yang dihadapi.

Entah kenapa hati saya terbuka untuk mengisi borang kemasukan ke IPG. Perjalanan selepas itu terasa mudah buat saya(tanpa saya sedar sebenarnya). Saya akhirnya tercampak di dalam profesion ini, jauh menyimpang dari apa yang saya pelajari di sekolah dulu (aliran sains tulen). Memilih profesion ini kerana kerjaya ini kerjaya yang dijamin. Saya cuba membenihkan minat terhadap kerjaya ini walau dalam hati masih ada sedikit keinginan untuk bergelar doktor setiap kali melihat surat tawaran yang masih saya simpan hingga ke hari ini(motifnya saya pun tak tahu kenapa). Alhamdulillah, Allah telah menumbuhkan rasa cinta terhadap profesion ini sedikit demi sedikit. Dan rasa ini kian bercambah dari sehari ke sehari tatkala melihat wajah anak2 murid yang terlalu dahagakan ilmu dari guru, tatkala lagu "Kami Guru Malaysia" sayup2 kedengaran di telinga, tatkala teringatkan sampai bilakah sistem pendidikan kita harus dibaluti sekularisme dan sayalah yang bertanggungjawab membetulkannya...

Saya yakin ada hikmahnya mengapa Allah mengatur perjalanan hidup saya begini. Saya yakin ada hikmahnya mengapa Allah memilih saya untuk menjadi seorang guru dan bukannya seorang doktor. Saya selalu memujuk diri bahawa kerjaya saya ini kerjaya yang mulia, mendidik anak bangsa, mendidik seorang bakal doktor juga! Guru juga doktor sebenarnya. Besar tanggungjawabnya bukan sekadar merawat jiwa tapi membentuk jiwa. Andai tersalah langkah, guru bisa 'membunuh' anak bangsanya sendiri.




Pesanan saya buat anda dan diri sendiri, kita seringkali membuat keputusan tanpa menyerahkannya kepada Allah. Kita sering menyangka bahawa pilihan kita adalah yang terbaik walhal Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan kita jarang meletakkan pergantungan kita kepada Allah sedangkan Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Jangan sesekali meninggalkan Allah dalam urusan kita, kalau sekejap pun Allah meninggalkan kita, nescaya merana hidup.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)


Bohong kalau saya katakan saya tak cemburu melihat kawan2 yang tak lama lg akan bergelar doktor. Tapi bila terdengar ada merungut kerana bebanan kerja dan belajar yang mendesak, saya rasa saya cukup bertuah. Cukup2 bertuah untuk bergelar seorang guru. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, saya yakin dengan janjiNya kerana Dia tidak pernah memungkiri janji.




Alhamdulillah, dalam keluarga sudah ada seorang doktor, insyaAllah bakal menyusul seorang lagi...
~buat kawan2, anak sedara di Mesir nun, semoga berjaya merealisasikan cita-cita menjadi doktor ummah...
memetik kata2 seorang sahabat, walau apapun profesion kita, majikan kita yg sebenar2nya adalah Allah, setiap dari kita ni dituntut bekerja untuk membela agama Allah...wallahu'alam..

4 BICARA ANDA:

iamtain said...

like2...tp ntah knpa hti ni blm terbuka nk terima bnda ni :( still trying & learning very hard to accept the fate..........doakan sy jd guru terbaik bt anak2 bangsa walau bkn mnat sy tp sy xsmpai hti nk rosakkan bgsa dan ngra sy

Aisyah Mawarddah said...

Kerjaya sebagai seorang guru adalah mulia...Insyaallah tenno pun bleh jadi doktor (PhD) kelak..

muhammad mahadhir said...

Salam,
x tahu nak cakap ape biler baca pasal bende2 nie.
insyaallah ader sesuatu yg lebeh berhikmah dan bermakna menunggu hari esok..
semoga berjaya!!

pencintaAllah said...

assalamualaikum...
alhamdulillah, takdir Allah memang indah, mungkin yang dilalui itu agak sukar pada pandangan mata, namun di sebaliknya tersemat sejuta hikmah yang membuatkan hati tersenyum, dan lidah tiada henti mengukir "alhamdulillah"

tahniah... selamat menjadi seorang pendidik

alhamdulillah...