Salam alaik...
Maaf terlebih dahulu kerana post ini lebih panjang dari biasa. Bacalah andainya sudi...
Minggu lepas saya berpeluang untuk pulang bercuti ke kampung halaman, JITRA, tempat saya dibesarkan, dididik, diasuh.
Hampir dua bulan tidak menjenguk keluarga tercinta menjadikan cuti kali ini sangat2 dinantikan. Ditambah dengan kerinduan tak terhingga pd si kecil Izzul Haziq yang memanggil 'Along' lewat perbualan di telefon. Hasrat untuk pulang ke kampung dimakbulkan akhirnya setelah banyak halangan mendatangi sepanjang hujung minggu. Lebih menggembirakan, cuti ini agak panjang.
Sebelum pulang, saya diberitahu ibu bahawa Kedah sudah dilanda BANJIR, termasuk juga Jitra. Sampai di kaunter tiket, penjaga kaunter memaklumkan bas tidak boleh memasuki Jitra kerana air sudah menenggelamkan jalan2 utama. Jadi terpaksa pula saya transit di Alor Setar yang jaraknya hampir 30km dari Jitra. Sampai di Shahab Perdana, abah menjemput saya menaiki lori. Hanya lori yang mampu meredah air banjir untuk ke Jitra. Ditemani Angah dan Chik2 (Izzul Haziq), kami meredah air banjir yang sudah naik ke paras tingkap rumah, melalui jalan jauh untuk pulang ke rumah. Perjalanan yang sangat mencabar tapi sungguh menyeronokkan bila mana dapat mengharungi banjir dengan jayanya.
Keadaan di sepanjang jalan pulang juga agak teruk. Jalan di hadapan Lapangan terbang Sultan Abdul Halim sudah ditenggelami air. Kereta2 penduduk kampung sudah diparkir di bahu-bahu jalan. Chik2 sepanjang perjalanan melihat2 ke luar tingkap setiap kali tayar lori membelah air banjir. Inilah pertama kali seorang kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa melihat banjir. Entah apa yang difikirkannya.
Saya mula membayangkan cuti ini mungkin membosankan buat saya bilamana diberitahu seluruh Pekan Jitra II sudah ditenggelami air. Hasrat untuk keluar membeli belah terpaksa dibatalkan memandangkan kedai2 semuanya ditutup. Pekan Jitra seolah-olah telah menjadi lumpuh! Dengan ketiadaan elektrik dan bekalan air bersih terpaksa dipotong buat sementara waktu. Namun, ALHAMDULILLAH, kawasan rumah saya tidak dilanda banjir cuma ketiadaan elektrik untuk semalaman sahaja.
Keesokan paginya, sesudah Subuh, saya dan ibu keluar meninjau kawasan sekitar Jitra. Banjir masih belum surut sepenuhnya. Kami turut melawat ke rumah kawan ibu yang kawasan rumahnya dilanda banjir teruk. Walaupun banjir, tidak menghalang penduduk2 Jitra di kawasan yang tidak terjejas untuk meneruskan kegiatan harian. Gerai2 makan lebih penuh dari biasa. Mungkin kebanyakannya mangsa banjir yang tinggal di penempatan sementara.
Selama beberapa hari banjir, Wan (datuk sebelah mak) yg tinggal di TUNJANG datang untuk tinggal bersama kami kerana ketiadaan bekalan elektrik di rumahnya. Jalan ke rumah Wan yg turut ditenggelami banjir menyebabkan Wan terpaksa melalui jalan jauh untuk ke rumah kami dan saya tidak berpeluang untuk pulang ke kampung Wan. Walau bagaimanapun, menghabiskan masa cuti bersama Wan turut menyeronokkan bila dapat bersama2 bergotong-royong membersihkan 'kebun' orkid ibu yg berwajah baru. Terima kasih Wan kerana memberi peluang untuk saya membuat jasa!
Sehari sebelum pulang ke maktab, saya dan keluarga sempat mengunjungi Pekan Jitra II yg sudah pulih dr banjir. Kedai2 melakukan lelongan bg barang2 yg terkena air banjir termasuk tudung (dijual dgn harga RM2 sehelai), tracksuit(RM5 sehelai), kain langsir (RM50 sekayu). Ibu tidak melepaskan peluang membeli bunga2 plastik utk dapur barunya dan kain langsir. Natijahnya, kami yang kepenatan dek terpaksa bergilir2 mengendong Chik2 yg berat. Yang bagusnya, saya dapat upah kasut sepasang (bukan kasut banjir tau..hihi)
7 November. Saya selamat pulang ke maktab semula walaupun keadaan banjir di Kedah dikatakan semakin teruk.
Sepanjang berlakunya banjir, banyak perkara yg saya pelajari:
a) banjir adalah musibah yg ditimpakan oleh Allah, banjir adalah ujian lalu ia juga tarbiah
b) ada orang kata banjir itu juga rezeki, dapat banyak air jika nak dibandingkan dgn orang2 kat Somalia sana tu
c) hikmah banjir; barang2 pun jadi murah
d) kebanyakan penduduk sudah bersiap sedia menghadapi banjir kali ini krn setiap tahun dilanda banjir
e) masa berlaku bencana inilah kita dapat lihat sama ada pemimpin buat kerja atau tak, waktu inilah parti2 politik mula nak mencucuk jarumnya, menghasut rakyat dan menuding jari menyalahkan sesama sendiri
walau apapun yg berlaku
saya mendoakan agar semuanya pulih seperti sediakala
semoga mangsa2 banjir tabah menghadapi ujian ini
ni adalah gambar yang disumbangkan oleh kamera X6 Ainul. Terima kasih, dik!
maaflah, ayat2 berbaur novel, almaklumlah cik2 novel sudah dijemput tadi
0 BICARA ANDA:
Post a Comment