BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

Kembara ke KL-part 4

Salam alaik
Alhamdulillah, syukur buat Dia yang masih memberi kesempatan kepada kita menghirup udara, menikmati hidup seadanya dan mengembara di bumi Dia dengan segenap rasa suka dan duka.
Saya tertarik untuk terus berkongsi pengalaman bersama anda yang sudi membaca. Berkongsi sisipan kembara kami...
 Hari pertama
Disebabkan tiket train dah habis, terpaksa la ambik inisiatif naik bas. Kami naik bas dr Ipoh ke KL. On the spot ambik tiket Plusliner pukul 1.30. Awal sikit sebab nanti boleh jamak kat KL. Mujur seat kosong ada utk 5 orang. Bas punya la sejuk, tak de tmpat nk adjust air-cond plak tu. Mujur tak mati kejung. Duk pulak blakang driver, haru betul nak tido. Kena la control, kut2 driver bas usha kami tido ternganga mulut ke, ngigau ke..Kantoi...
 [Tiket bas macam kad jemputan kahwin]
 [posing dulu...]


Kami sampai di stesen KTMB lbh kurang pkul 4.30. Dari situ naik train ke Putra. Nak naik train pun masalah jgak. First time naik train, beli tiket pun tatau. Haha..Pak cik kaunter tiket dok usha2 sambil gelak. Mana taknya, kami ni asyik dok baca papan peta tu je, pahamnya idak..Nak tanya malu. Last2 pak cik tu gitau kena tgu kat mana. Hahha..Nampak sangat la bukan org KL..Kuikuikui...
Selamat sampai di Putra. Jalan terus ke PWTC. Sempat rasanya nak jumpa dengan Kak Su(penulis faveret saya), so kami pun rushing la. Disebabkan hari dah petang dan Jumaat pulak, tak la ramai sangat orang.
Booth mula2 yg kami jumpa, Karangkraf. Kat Dewan Tun Hussien Onn. Fuhh, memang besar la sebesar Karangkraf. Ye la, Karangkraf kan banyak product dia. ILuvislam pun bukak booth diorang jgk. Tp tak sempat nak pergi semua booth Karangkraf sebab kami kejar masa. Dalam tak sempat tu, tangan ni dan lagi rembat benda ni...
[novel terbaru Ramlee Awang Murshid; Cinta Sufi]

 [ni dia sequence keempat Bagaikan Puteri]


[antara aktiviti kat booth Karangkraf]

Lepas bayar, kami pun keluar. Keluar2, tak sangka plak nak jd mangsa tadah telinga dengar ceramah taklimat ttg linguaphone. Kononnya lima minit je. Kami dgn baik hati pun pergi la dgr. Lepas tu, kena la pot pet tu, pot pet ni. Lama yg amat. Mata asyik tengok jam aje. Dalam hati duk kalut dah, "Habis, balik la Kak Su aku." Segala sumpah seranah keluar dah dalam hati waktu tu. Bakpo la lama sgt pok cik ni kecek. Mujur la last2 tu Sofia keluar ayat, "Sorry sir, we are running out of time." Fuhh, lega gila la...Terlepas jugak akhirnya. Bukan nya tak nak dengar pak cik, tp masa tak de la. Lagipun kalau kami beli pun, kalau tak de inisiatif nak dengar dgn belajar pun tak de guna jgk. Blaja la dr mat salleh sampai mati sekali pun kalau dah malas+tak minat, sia2 jugak..Haha...jangan marah ye pak cik...

[muka lakonan penuh khusyuk kononnye..]
Lepas berjaya melarikan diri dr pak cik tersebut, kami cepat2 bergerak ke Hall 3. Nak ke situ pulak bukan dekat, saie macam kat Safa dan Marwah pulak. Sungguh! Macam ntahapapa pulak buat jalan macam tu padahal ada je pintu yg lagi dekat. Tu saja je nak bagi pengunjung masuk Hall 2 sekali. Baik punya taktik. Sampai hall 3, terus kami serbu booth Jemari Seni. Macam naik gila saya waktu, tak bleh pikir dah, capai je novel yg mmg dh masuk list. Teruja habis. Sumpah macam orang gila, diorang kata. Lagi best, Kak Su pulak ada. Memang nasib baik la. Wow, seronok giler saya sampai speecless depan Kak Su. Tangan ni shaking habis nk buka pembalut buku waktu nak ambik autograf.

[ni la booth Jemari Seni]

[terketar-ketar tu tulis nama]


[stok buku JS]


[saya dgn Kak Su~Noor Suraya]


[ait, tudung biru tu mcm kenal je..terserempak dgn Kak Long kt sana]


[tengok2!]


[buku2 JS yg sempat diborong]


[stok utk setahun kononnye]

Selesai membeli belah, kami terus blah. Hujan pulak turun. Lebat pulak tu. Kesian kat buku, nasib baik tak basah kuyup. Nanti demam dia.
Kemudian, kami naik train ke KL sentral. Dari KL sentral, kena pulak jalan kaki cari monorail sbb nak pegi Chow Kit. Mujur la monorail malam tak ramai orang naik, kalau tak bersesak2 la...Naik monorail macam la naik roller coaster. Punya la laju...

Kami check in kat Hotel SAHARA kat Chow Kit, dekat sgt dgn stesen monorail. Harga berpatutan la. Bilik pun selesa. Hmm...
[ni la gurun  SAHARA yg kami pergi tu]


Lepas check in, kami bersiar-siar makan angin kat Chow Kit road.
[apekah???]

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Lepas makan, jalan2 lagi. Kali ni beli barang pula. Barang murah tapi tak begitu tertarik nak beli. Saya cuma beli tudung dgn beg. Cukupla utk kenang-kenangan.


[tak la mahal macam beg anda]

Bila dah tatau nak usha apa lagi, kami pun balik hotel. Bersihkan diri dan TIDO!


1 BICARA ANDA:

Mcjust said...

bestnyee!! =DD