Comel tak? Comel tak? Comel kan? Geremmmm sgt. Tau tak apa namanya? Ni lah patung matryoshka. Saya pun baru-baru ni je tau nama patung ni. Sebelum ni kitaorg asyik panggil patung mak cik Rusia. haha... Kenapakah mak cik Rusia? Firstly, patung ni kebanyakannya kita akan jumpa dlm bentuk perempuan wanita yg gemok. Kat dalamnya ada anak2 dia (bersusun berderet dr saiz besaq sampai kecik.. so cuteee). Secondly, patung ni adlh sejenis anak patung tradisional Rusia. Kat Rusia byk boleh jumpa benda ni.
patung mak cik Rusia yg tlh dievolusikan mnjd pak cik Rusia.. hehe (ni gambar ahli2 politik Rusia.. kreatif kan?)
Alkisahnya mcm mana mak cik Rusia ni boleh ada kat umah, sbb ada sorg hamba Allah ni bg. Waktu tu dia bljr kat Rusia lg. Jd haruslah org kat Malaysia ni teruja kan kalau org Rusia bwk balik buah tangan. Mak cik Rusia pun mak cik Rusia la, janji ingat kat kita di sini kan...hehe p/s: terima kasih byk2 Dr Adib ;)
ni la patung matryoshka kt umah... anak dia yg bongsu tu sooo small... :) [abaikan bckground blkg tuh..hehe]
Matryoshka lambang KASIH SAYANG
Bila tgok mak cik Rusia ni kan ada satu perkataan je saya ada untuk describe tntg patung ni iaitu "KASIH SAYANG". Tengoklah mak cik Rusia dan anak2nya ni. Mcm seorang ibu yg sentiasa protect anak2nya. Si ibu tak kisah biarpun dirinya terkena habuk, jatuh ke, asalkan anak2nya selamat kat dalam tu. Macam tulah ibu kita jugak kan? Kepentingan dirinya sentiasa dia letak kat belakang, anak2 mesti didahulukan dalam apa2 perkara pun, asalkan anak2 aman bahagia. :) Lagi satu, biasanya org jadikan patung ni sbg sourvenir atau hadiah untuk org2 yg sentiasa mereka ingati. Bukankah tu pun lambang kasih sayang jgk? Ada juga org letak cincin dlm patung ni time nak propose sb nak bagi suprise. Bukak satu takde, buka satu lagi pun takde, last2 ada kt anak yg paling kecik tu. Sweet kn? >_< Hidup ni pun macam patung matryoshka juga. Penuh dgn kejutan2 yg tak dijangka. Allah datangkan pelbagai perkara dlm hidup kita sama ada baik ataupun tak, sama ada kita suka ataupun pun tak. Baik atau buruk yg Allah bg, kedua-duanya untuk menguji kita. Bukankah bila Allah uji tu tanda Dia ingat dan sayang pada kita? Soooooo sweeeeetttt....
moga2 dgn kasih sayang nanti ada la org nak bawak terbang ke Rusia, dptla beli mak cik Rusia byk2.. hehe
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Sedikit perkongsian.
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, dan Uthman r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha, puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut tertinggal di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut.
(Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a berkata,
“iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.
Umar r.a berkata,
“kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Uthman r.a berkata,
“ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Ali r.a berkata,
“tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Fatimah r.ha. berkata,
“seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW berkata,
“seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Malaikat Jibril AS berkata,
“menegakkan tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Allah SWT berfirman,
“Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syuga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Suatu ketika di matriks dulu, ada sahabat yang rajin berkongsi artikel2 islamik yg diperolehnya dr website2 islamik, antaranya kisah yg ingin saya kongsi dgn anda di sini, kisah yg saya ingat hingga kini, yg memberi kesan pada diri, terimalah KISAH PISANG DAN HATI...
Maryam, guru kelas Taman Kanak-Kanak menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa kantong plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa kantong plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak delapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana saja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Bu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam kantong.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mulai berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Anak-anak itu mulai merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi karena selain kantong berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam kantong ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Bu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih buruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak bisa tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, coba bayangkan apa akan terjadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Bu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Memaafkan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.
Sumber: iluvislam.com
* * *
Kisah ini sering mengingatkan saya untuk berlapang dada dgn ragam manusia. Kadang-kadang bila timbul rasa tak senang dengan orang di dalam hati, cepat saya tersedar betapa ruginya ada perasaan buruk2 mcm tu dalam hati. Hati kita punya la rasa tak senang dan sakit setiap masa walhal orang yang kita ada masalah hatinya dgnnya tu langsung tak terkesan dgn apa yg kita rasa, malah mungkin dia tak tahu pun kita sedang membenci, iri hati atau dengki dgn dia. Rugikan...
Jagalah hati, memang hati ni organ yg paling susah nak jaga, bukan macam tangan atau kaki, kalau ada masalah boleh detect dan InsyaAllah boleh dibetulkan segera namun bukan bermakna hati yg bermasalah tak ada penawarnya. Ingat lagi tak lagu nyanyian Opick berjudul Obat Hati tu?
Suatu ketika, saya pernah bercerita kepada sahabat tentang impian-impian yang saya pasang untuk dicapai dalam hidup ini. Antaranya saya ingin menjadi seorang penulis buku. Biarpun sekadar sebuah buku tetapi saya tetap ingin menghasilkan sebuah buku yang tercetus dari buah fikiran saya sendiri. Sebabnya menulis sudah menjadi keghairahan sekian lamanya. Keduanya, saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD. Kalau boleh biarlah di luar negara sebab teringin nak merasa merantau di negara orang. Kemudian, nak berkhidmat sebagai pensyarah pula semoga dapat memberi bakti kepada bakal-bakal guru yang akan mencorakkan masa depan umat kelak. InsyaAllah. Dan satu lagi golden dream terbesar dalam hidup yang saya, yang mungkin tidak dapat dibayangkan oleh ramai orang, yang saya kira biarlah dirahsiakan buat masa ini. Hehe…
Begitulah antara impian yang saya ada untuk hidup ini yang saya gelarkankannya sebagai “golden dream”. Saya pernah ditempelak oleh beberapa orang tentang hal ini, “Gila ambitious kau ni. Bilanya kau nak kahwin?” Saya hanya mampu tersenyum. Kahwin pun sebahagian daripada golden dream juga kan! >_<
Mungkin ada yang akan berkata, “Tak payah nak berangan lebih-lebih. Angan-angan ni tak ada yang jadi kenyataan.” Itu stigma mereka yang menganggap ini sebagai anganan. Harus diingat, anganan dan impian adalah dua perkara yang berbeza!
Memasang impian itu sunnah nabi!
Lepas membaca kenyataan ini tentu ramai yang akan mula memasang impian. Mengapa saya katakan memasang impian itu juga sunnah nabi? Mari saya bawa anda menyoroti sirah Perang Khandak. Ramai yang rajin membaca sirah sedia maklum apa itu Perang Khandak. Sekadar ‘revision’, saya ceritakan secara ringkas tentang perang ini.
Perang Khandak atau dikenali juga sebagai Perang Ahzab berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Sebelum mencapai kejayaan, tentera Muslimin diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat. Dan paling sinonim dengan Perang Khandak tentulah strategi menggali parit yang digunakan oleh tentera Muslimin.
Satu perkara yang menarik ialah ketika seorang sahabat bertanya kepada baginda nabi, “Ya Rasulullah, antara Rom Timur dan Rom Barat, yang mana satukah akan dibuka dahulu?”
Nabi menjawab soalan sahabat dengan penuh keazaman dan semangat yang berkobar-kobar, “"Rom Timur (yakni Istanbul, Konstantinopel). Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ketika itu, dan sebaik-baik tentera adalah tentera ketika itu."
Ketika perang Khandak berlaku, baginda nabi sentiasa memberikan motivasi kepada sahabat-sahabat untuk berjuang biarpun ketika itu jumlah tentera Islam sangat sedikit dan kalau diikutkan logik akal, tak terlawan dengan tentera Yahudi. Pernah satu ketika, seketul batu yang besar menghalangi parit yang sedang digali baginda nabi. Baginda mengetuk batu tersebut lalu bertakbir. Apabila ditanya oleh sahabat baginda menjawab, “Aku melihat Rom akan dibuka.” Pada takbir yang kedua baginda menyebut, “Aku melihat Parsi akan dibuka.” Dan begitulah kali ketika baginda berkata, “Aku melihat Konstantinopel akan dibuka.”
Ibrah dari peristiwa ini
1)Pemikiran dan imginasi sahabat-sahabat yang jauh ke hadapan. Kalau diikutkan secara realistiknya pada ketika itu, Makkah belum pun menerima Islam sepenuhnya inikan pula pertanyaan sahabat tentang kemenangan Rom yang masih jauh lagi untuk dicapai. Namun begitu harus dilihat pada pandangan mereka yang ‘advanced’ dan ‘ambitious’ dalam matlamat perjuangan Islam dan keyakinan mereka terhadap kemenangan Islam pada akhirnya.
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (48:4)
Dan Rasulullah sendiri menjawab dengan penuh semangat tanpa sedikitpun memperlekehkan pertanyaan sahabat.
2) Rasulullah turut mempunyai impian dan imaginasi yang besar untuk melihat kemenangan Islam. Rasulullah begitu positif bahawa Islam akan menakluki Rom Timur walhal Islam di Makkah belumpun menang pada ketika itu. Sikap Rasulullah ini turut mempengaruhi semangat juang yang ditunjukkan oleh para sahabat. Nah, akhirnya tentera Islam berjaya dalam Perang Khandak!
Kesimpulannya…
Tidak salah untuk memasang impian. Impian akan menjadi ‘catalyst’ untuk kita bersungguh-sungguh mencapai apa yang diingini. Tapi ingat, jangan sampai impian menjadi anganan. Beza impian dan anganan itu terletak pada USAHA yang diberikan terhadap keinginan itu.
Rasulullah juga memasang impian dan punya golden dream. Terbukti kan memasang impian juga sunnah nabi? Jadi, jangan takut untuk memasang impian dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Jangan sesekali berputus asa bilamana ada suara-suara yang memperlekehkan cita-cita kita. Ya cita-cita kita tak sama!
Footnote: semoga Allah mempermudahkan usaha untuk saya mencapai impian. :)
p/s: gambar di atas sekadar hiasan...rumah idamanku...
Agak lama juga tak mengupdate blog. Alhamdulillah, cuti yg ada ini memberi sedikit ruang untuk menunaikan hak kepada blog.
Semalam sahabat2 usrah datang ziarah ke rumah. Jamu mereka hidangan tengah hari yg tak seberapa. Then, berjaulah ke Padang Besar sebelum hantar Kak Zura pulang ke rumah di Arau bersama2 Zu yg akan menghabiskan cutinya di Perlis. Walaupun sekejap, alhamdulillah tetap rasa gembira. Ukhwah yg terjalin atas dasar akidah sentiasa manis!
Hari ini, anak-anak dara dan anak-anak teruna 'dikerah' berkebun bersama ibu terchenta mereka. Saya akui, saya bukanlah seorang yg rajin bersenam, exercise sana sini dan sukan pun tak berapa minat. Tarbiyyah jasadiah ni memang saya kurang laksanakan kecuali terpaksa atau dipaksa. Alhamdulillah, hari ni terlaksana juga tarbiyyah jasadiah biarpun sekadar berkebun, tolong cabut rumput-angkat pasu je. Keluar juga peluh sikit-sikit. Seronok berganda bila si kecik pun sibuk juga nak menolong. Sambil-sambil berkebun tu, sempat juga ditarbiyah oleh ibu. Hehehe. Biasalah, namanya saja anak dara tapi bila bab-bab tanam pokok bunga ni siapa pun tak nak ambik kisah. Haih, buat malu je...
InsyaAllah, projek 'kebun baru ibu' akan bersambung lagi. Harap2, banyak lagi yg blh belajar. Chaiyok2!!!
orang nak menyapu, dia pun sibuk nak menyapu...
yg penting tgok kasut Phua Chu Kang dia tu...
anak soleh sedang membantu ibunya...
cuba teka ni pokok apa?
jangan la cakap ni pokok kelapa sawit...
percaya atau tak, ni adalah pohon kurma yg dah berusia 19 tahun! Subhanallah!
Rasulullah Saw. bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Swt. daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Kerana sesungguhnya ungkapan kata 'law' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syaitan.’” (HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)
footnote: tersalah beli pokok kt ibu di Padang Besar semalam...kikiki >_<
Saya tidak ingat bila kali terakhir saya menulis di blog ini. Yang pasti sudah lama. Terlalu lama. Alhamdulillah, di bulan penuh barakah, penuh mulia ini Allah beri kekuatan untuk kembali menulis. Belum terlambat kiranya mahu mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua biarpun Ramadhan sudah menggantikan Syaaban hampir seminggu.
Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kebaikan. Di sini saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian mengenai salah satu amalan yang sangat dituntut ketika bulan Ramadhan iaitu BERDOA.
“Tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah);
Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka Imam (pemimpin) yang adil Doa orang yang dizalimi”. (Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As)
Doa yang makthur dari Rasulullah s.a.w. untuk dibaca ketika berbuka puasa akan kita nyatakan di depan nanti. Adapun doa lailatul-Qadar, maka diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’. Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa;
“Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hambaMu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku)”. (Riwayat Imam at-Turmuzi)
Doa lailatul-Qadar ini ada baiknya kita membacanya pada setiap malam di bulan Ramadhan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya. Jika kita membacanya secara berselang, ada kemungkinan malam yang kita tidak membaca doa itu, malam tersebut merupakan malam al-Qadar. Maka akhirnya kita terluput dari mendapat kelebihan yang besar ini, walhal ia amat mudah diperolehi.
Menurut ulama’, kita digalakkan supaya berdoa pada setiap ketika dan lebih digalakkan lagi berdoa pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhir darinya (terutama yang ganjil). (rujuk; al-Asas fi at-Tafsir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar).
Di bulan Ramadhan inilah sebaik-baiknya kita berdoa memohon keampunan daripada Allah kerana sebagai hamba apalagi yang kita harapkan melainkan untuk bertemu Allah dalam keadaan yang suci bersih. Ambillah sedikit dari masa yang kita ada untuk menadah tangan kepadanya semoga diampunkan dosa-dosa kita yang lalu, kini dan akan datang.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!! PEACE! >_<
Rumput berwarna hijau ada sebabnya... Rumput berwarna hijau kerana Allah menjadikannya begitu. Bukan kerana rumput itu sendiri meminta untuk diwarnakan sedemikian rupa. Siapa tahu rumput mungkin pernah meminta pada sang pencipta agar diciptakannya dengan warna biru. Tetapi mengapa rumput tetap hijau warnanya. Kerana Allah tahu apa yg diberikannya kepada rumput. Allah tahu apa yg terbaik untuk rumput. Rupa-rupanya di sebalik hijau rumput itu mempunyai signifikasinya tersendiri. Hijau; warna klorofil yg menjadi sumber penghasilan makanan untuk si rumput untuk terus hidup kemudian memberi bakti pula pada lembu dan kambing. Kadangkala pabila kemarau melanda, rumput menjadi layu. Adakah saja2 Allah mendatangkan kemarau untuk menjadikan rumput layu. Tentulah Allah menjadikannya atas pertimbangan yg cukup wajar. Kemarau mungkin satu ujian buat si rumput, mungkin juga ibrah untuk rumput. Siapa tahu, rumput yg Allah bagi akarnya kuat mencengkam bumi itu seringkali lupa mensyukuri nikmat Allah apatah lagi berzikir mengingati Allah. Lalu sebagai ibrahnya, Allah mendatangkan kemarau kepada rumput untuk mengujinya. Manusia juga kadangkala berada di dalam situasi rumput. Larut dalam kealpaan hingga lupa bersyukur kepada Allah, lalu Allah turunkan ujian supaya manusia kembali kepada Allah.
Melihat ke dalam cermin...
Cermin sentiasa menonjolkan imej tepat dan benar. Cermin biasanya tidak menipu akan imej yg direfleks olehnya melainkan cermin itu sudah retak atau pecah. Jika wajah si pemerhati cerah, maka cerahlah wajahnya di hadapan cermin, jika licin kulitnya, licinlah di hadapan cermin, begitulah sebaliknya. Seseorang individu juga seharusnya begitu, sentiasa melihat akan diri sendiri dengan sedalam-dalamnya. Sepertimana cermin memantulkan imej cermin begitulah juga seorang manusia harus merefleks dirinya sendiri. Sikap manusia yang jarang meletakkan diri di hadapan cermin (istilahnya merefleks diri) menjadi mereka sentiasa merasakan diri adalah yang terbaik dan sempurna lalu selalu melihat diri sendiri sentiasa betul dan orang lain semuanya tidak kena. Apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka-jangka, maka orang lain yang akan dituding jarinya walhal tanpa sedar empat jari lagi masih menuding ke arahnya dirinya sendiri. Melihat ke dalam diri sendiri bukan untuk kita membina rasa ujub dan takbur atas kelebihan yg kita miliki akan tetapi melihat kekurangan pada diri yang harus diperbaiki bilamana kekurangan itu mampu memberi kesan negatif kepada diri dan orang di sekeliling.
Pejuang bukan kereta biasa...
Hidup bagaikan sebuah kereta yg bergerak di landasan yg akan membawa ke suatu destinasi. Hidup seorang pejuang juga ibarat kereta yg bergerak di atas landasan dakwah untuk menuju destinasi redha Allah. Seorang pejuang bukanlah sebuah kereta yg kehabisan minyak di tengah jalan lalu berpatah balik tetapi pejuang yg sebenar-benarnya pejuang itu adalah mereka yg akan terus mengisi minyak bilamana kereta kehabisan minyak dan tanpa jemu meneruskan perjalanan hingga ke destinasi. Tatkala ada halangan di pertengahan jalan, sang pejuang akan berhenti lalu membuang halangan tersebut; bukan berhenti untuk berpatah balik. Walau apapun yg berlaku, perjalanan tetap harus diteruskan selagi mana sang pejuang meyakini bahawa jalan yg dirintis ialah jalan yg diredhai Allah. Wallahu'alam.
~saya menulis atas pandangan peribadi, di dalam usaha memperbaiki kelemahan diri semoga Allah meredhai..amin
Apa yang anda lihat sekarang bukan iklan tudung Arini atau promosi melancong ke Iran.
Tapi ini ialah sebahagian daripada wajah-wajah pemain ragbi wanita Iran.
Fatemeh Moolai (mengangkat tangan)-jurulatih pasukan memberi arahan kpd anak buah ketika perlawanan ragbi. Ini merupakan kemunculan kali pertama mereka di Eropah.
Nazanin Ammanyan (kiri) bergelut dengan Michela Este (kanan)
Pemain Iran, Zohre Eyni (kiri)
Farzaneh Navab Rad (Iran) diasak Federica Carlet (Itali)
Errr... Sebelum tu, boleh bagitau saya ada nampak mana2 pemain Iran ni tidak bertudung????
Captain Zohre Eyni, 22, said: 'First I played football but I now play rugby as I really enjoy it but my family are not so sure it is the right thing for a woman.
'The whole team has learnt how to keep the veil in place so that it doesn't interfere with play and I think we have shown that even a physical game like rugby can be played in a veil.
'There are no risks playing in a veil, as I said what is important is that you arrange it safe and well, what you have to be careful with is losing your tracksuit bottoms in a tackle or scrum.'
Temubual bersama Alireza Iraj, jurulatih pasukan ragbi wanita Tehran, beliau mengatakan sbg lelaki dia perlu mengikut hukum Islam yang telah ditetapkan iaitu jantina yang berbeza tidak boleh bersentuhan melainkan mereka berkahwin atau ahli keluarga.
Ketika melatih anak buahnya tackle, Iraj menjaga jaraknya dengan mereka dan memberi arahan kepada salah seorang daripada mereka cara merampas bola daripada melakukannya sendiri.
Di Iran, ragbi wanita telah diperkenalkan sejak 10 tahun yg lalu dan semakin popular.
Kemunculan mereka ini (terutama dgn penampilan bertudung dan menutup aurat) menimbulkan perdebatan dlm kalangan beberapa pihak. Ada yg bersetuju dan ada yang membangkang. Masing2 dengan alasan dan pandangan tersendiri. Saya tak ingin menimbulkan polemik di sini, sekadar menjentik fikiran anda. Mungkin boleh kongsikan pandangan bersama!
* * *
Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Islam untuk semua, baik lelaki mahupun wanita. Islam itu agama yang syumul, merangkupi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Sukan juga merangkumi aspek kehidupan kan? Menjadi seorang muslimah tidak bererti kita tidak dibolehkan bersukan. Namun haruslah mengikut syariat. Menutup aurat, menjaga batasan pergaulan dan maruah diri. Saya tak nampak di mana perlunya membuka aurat setiap kali ingin bersukan. Muslimah-muslimah Iran ini telah membuktikan biarpun menutup aurat, masih saja boleh bersukan.
Ruqaya al-Ghasara telah membuktikan, dengan menutup aurat pun mampu meraih pingat emas di sukan Asia.
Jangan baca artikel ini. Artikel ini tidak mengandungi sebarang formula math mahupun fakta-fakta sains. Jadi, hentikan bacaan anda kalau anda masih membaca artikel ini. Arahan saya cukup mudah. Anda hanya membuang masa anda. Jika maklumat penting dan menarik yang anda cari, di sini bukan tempatnya. Berhenti membaca sekarang. Jangan baca artikel ini. Saya ulangi kali kedua jika anda masih belum mencerna arahannya. Jangan degil. Untuk pengetahuan anda, anda masih membaca artikel ini. Sudah saya katakan, jangan baca artikel ini. Susahkah untuk menuruti sebuah arahan mudah? Seperti saya katakan tadi, anda hanya membuang masa anda. Tiada apa yang anda cari di sini. Sedar atau tidak anda sebenarnya masih membaca artikel ini. Kali terakhir saya mohon, agar jangan baca artikel ini. Nampaknya arahan saya ternyata sia-sia. Sudah dapat apa yang anda cari?
Artikel di atas sengaja saya nukil untuk menguji sejauh mana anda mampu mengikut arahan. Bagi sesiapa yang berjaya menghentikan bacaan dengan hanya membaca ayat pertama, tahniah diucapkan. Bagi yang tidak, fikir2 kan...
***
Allah suruh tutup aurat, jangan pakai ketat2
Allah suruh jauhi maksiat, jangan duduk rapat2
Allah larang kita buat jahat, jangan suka khianat
tapi apa kita buat?
Susahkah nak ikut arahan Allah?
Nak tunggu matahari terbit di baratkah baru nak berubah?
Hari ini saya sajikan sebuah lagi kisah utk kita sama fikir2kan dan renung2kan dan selamat beramal!
Atikah bakal menyambut ulangtahun ke-15nya tidak lama lg. Ibunya berura-ura utk mengadakan majlis hari lahir yg sgt meriah lg hebat. Pendek kata yg grand lah. Bermacam2 agenda yg difikirkan oleh ibunya utk menjadikan sambutan hr lahir tersebut sbg sebuah sambutan yg tidak dapat dilupakan seumur hidup. Sebagai anak, tentunya Atikah gembira krn ibunya bertungkus lumus utk mengadakan majlis hari lahirnya. Tambahan pula, dia boleh menjemput kawan2 sekolahnya utk turut sama meraikan sambutan setahun sekali ini. Atikah tdk dapat membayangkan betapa meriahnya majlis itu nanti apabila ibu mengkhabarkan sebuah kumpulan nyanyian akan dijemput.
Masalah mula timbul bila ibu Atikah mengatakan bahawa kos perbelanjaan utk mengadakan majlis tersebut sgt besar dan mereka tentunya tidak mampu utk mengadakan majlis itu tanpa wang yg mencukupi. Keluarga Atikah bukanlah keluarga yg berada, ibunya ibu tunggal, ayah Atikah pula telah lama meninggal dunia. Memahami masalah yg menimpa ibunya, Atikah mencadangkan agar majlis itu dibuat secara kecil-kecilan saja. Sekadar membeli kek dan tidak perlu menjemput kumpulan nyanyian. Atikah tidak kisah akan semua itu asalkan ibunya tidak perlu menanggung hutang di kemudian hari. Lagipun, mereka bukan orang kaya. Tidak perlu melakukan sesuatu yg melebihi kemampuan mereka. Namun, si ibu tetap berkeras utk mengadakan majlis hari lahir mengikut perancangan yg ditetapkan. Biar apa caranya pun, majlis itu mesti meriah!
Satu hari, si ibu mendapat idea bagaimana boleh mendapatkan wang bg menampung kos majlis tersebut. Atikah diminta ibunya supaya mendapatkan sedikit derma@bantuan drpd kawann2nya di sekolah sebanyak RM 2 seorang. Atikah yg terkejut nyata tdk berpuas hati dgn permintaan ibu. Atikah sedar kawan2nya bukanlah anak org berada juga, kebanyakan drpd mereka ayah bekerja sebagai petani dan buruh kasar. Permintaan ibu dirasakan tidak wajar kerana sepatutnya Atikahlah yg perlu menanggung kos perbelanjaan majlis hari lahirnya sendiri. Bukannya meminta derma drpd kawannya sendiri. Apa kata mereka nanti andai mereka tahu bhw Atikah ingin mengadakan majlis yg hebat tp perlu sampai meminta sumbangan. Atikah meluahkan rasa tidak puas hatinya kpd ibu. Ibu lantas membalas, "Nanti kawan2 Atikah pun akan melalui perkara yg sama. Mereka tentu nak adakan majlis yg meriah juga. Lagipun, apalah sgt duit derma RM 2 yg mereka sumbangkan kpd anak yatim seperti Atikah ni."
Jawab Atikah, "Ibu, bukankah sepatutnya sumbangan itu perlu dtg sendiri tanpa perlu diminta? Apa kata org nanti? Kawan2 Atikah bukan org kaya, bu. Menjadi anak yatim tu bukan alasan utk meminta-minta."
Si ibu kemudian membalas, "Cara apalagi yg kita ada Atikah? Duit kita mmg tak cukup, nak. Kita terpaksa."
"Kalau begitu, kita tak perlu buat yg majlis yg mahal2. Atikah tak kisah kalau ibu tak buat majlis langsung pun. Kesian kwn2 Atikah nanti. Atikah tak nak mereka benci Atikah di kemudian hari."
"Atikah, tolonglah faham. Atikah jgn membantah cakap ibu. Ibu buat semua ni utk Atikah."
Kata-kata ibu membuat Atikah lidah Atikah kelu. Atikah sudah tdk ada jwpn lg utk bertikam lidah dgn ibu. Atikah akhirnya melangkah longlai menuju ke bilik. Membiarkan hari esok menentukan jawapan baginya.
Demikianlah cerita Atikah. Nampak mcm tak logik tp dlm dunia realiti berlaku juga cuma situasi aje yg berbeza. Jadi tolong Atikah utk selesaikan masalahnya.
Kalau anda di tempat Atikah mcm mana ya?
a) tebalkan muka minta sumbangan drpd kawan
-sblm tu buat muka kesian dulu dan nyatakan bhw anda org susah
b) terus pertahankan pendirian anda utk tdk meminta sumbangan drpd kwn2
c) menggesa ibu supaya mencari wang melalui cara lain
-cthnya: pinjam drpd kwn2, bt loan dgn bank @ buat kerja part time
d) terus memujuk ibu supaya buat majlis yg ringkas2 aje -anda sendiri yg buat performance, biar la suara tak sedap pun janji save budget..hihi
Kalau anda sebagai ibu yg konon prihatin kpd anak tersayang pulak mcm mana? a) teruskan plan anda tanpa menghiraukan pendapat anak anda tu - lantakla, bukan muka anda yg tebal, muka dia.. b) consider pendapat anak anda, bincang dari hati ke hati c) cuba mencari sumber kewangan yg lain -cthnya: minta sumbangan drpd tokoh2 korporat @ YB ke... d) buat majlis sec kecil2an ttp penuh kemeriahan (ye la kan, dah tak mampu, buat la cara tak mampu) - mungkin kumpulan nyanyian tu blh digantikan dgn anda sendiri, skali-skala mak nk test market..haha e) yg ni paling kejam tp mampu menyelesaikan segala punca masalah -cancel kan aje majlis tu, tak buat pn tak apa lgpun anak anda sendiri tak kisah kan?..kan senang cam tu..tak payah susah2 membazir air liur bertekak dgn anak anda
Moral of the story: a) buat sesuatu mengikut kemampuan kita b) dlm hidup ni tak ada benda yg nak di'show off'. Kalo rasa diri dah kaya raya, kat atas sana lagi kaya c) jgn buat perkara yg boleh menjatuhkan maruah kita sendiri d) tanamkan rasa malu dlm diri namun biarlah pd tempatnya e) jgn suka membazir, amalan syaitan tu... f) jgn melawan cakap ibu bapa selagi perintah mereka tdk melanggar syariat g) kasihanilah anak yatim dan org miskin, krn dlm harta kita ada hak mereka (az-Zariyat:19) h) beranilah utk pertahankan hak kita kalau mmg itu hak kita
footnote: thanks to all JPP members 4 celebrating my besday.. >_< nama watak utama tdk ada kaitan dgn sesiapa pun, just suddenly saya tringt kt sedara susuan saya yg besdaynya 4 hari slpas saya..itu yg letak nma dia..hihihi
Kepada reader, silent reader danfollower yang dihormati, mohon ditinggalkan jejak setelah berkunjung ke sini.
I'LAANUN
Sebahagian kandungan blog ini adalah pandangan peribadipenulis sendiri tanpa menyentuh sensitiviti mana-manaindividu mahupun organisasi.Segala artikel luaran yangdisiarkan dalam blog ini dinyatakan dengan jelas sumbernyadan sebarang penyiaran semula mana-mana artikel daripadablog ini hendaklah dinyatakan rujukan asalnya.Jadikan blog inisebagai laman perkongsian ilmu bersama.Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.Semoga beroleh manfaat.