BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Showing posts with label cintaitufitrah. Show all posts
Showing posts with label cintaitufitrah. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Urusan Hati Belum Selesai

Hati raja di kerajaan diri
Selamanya diam di jasad ini
Tapi ia tetap kepunyaan Ilahi
Dia yang memegangnya sampai akhir nanti

Alahai sukarnya menguruskan sekeping hati
Di sepanjang perjalanan itu bermacam-macam Dia uji
Ya, susah hendak menetapkan hati
Bila ada dua pilihan yg menanti
Bersama ragu-ragu syaitan yg menghasuti
Istikharah jualah penawar sakti

Ibarat gelas air penuh terisi
Masakan mampu membendung lagi
Andai mahu ditambah lagi
Harus dibuang kesemuanya sekali
Baru yg baru dapat memenuhi

Begitu juga bila hati sudah diisi
Sukar untuk dikosongkan lagi
Bukan seminit dua selesailah misi
Semua memerlukan bantuan dari ya Rabbi

Pandu aku ya Allah dalam menguruskan segumpal darah ini
Moga pilihan ini terbaik untuk duniawi dan ukhrawi
Jangan ada yg berbolak balik lagi
Tekadkan hati

Jika 'dia' yg terbaik untuk diri
Dekatkanlah di hati
Jika 'dia' bisa membinasakan diri
Hindarkanlah sejak awal lagi

Hati 
Semoga bertemu pemilik yang abadi
Yang membawa ketenangan diri
Yang memimpin ke redha Ilahi

Wednesday, November 28, 2012

::HUKUM BERGAMBAR UNTUK PERKAHWINAN DAN PRA-PERKAHWINAN::

Salam alaik...
Lately ni saya kerap berjalan di alam maya mencari wedding photographer wanita.. hehe... Saje nk survey2. Serius saya mmg minat sgt dgn photography, org tak cantik xpe asal gmbr cantik.. ngeh3... Jgn memperlekehkan kebolehan wanita dlm bidang ni tau. Ramai photographer wanita skng yg dh blh capture gmbr ala2 Saiful Nang gitu. Cth mcm kak Nono Fara. I adore her so much.. wink3 >_<
 
Nak dijadikan cerita, ada la terjumpa satu link ni. Saya kira menarik untuk dikongsikan bersama sbg panduan especially for those yg tgh cari photographer untuk engagement ke, reception ke dn bagai2la... selamat membaca! 
 
SOALAN

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih.

JAWAPAN

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini sudah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gambar yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah:

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar memberi maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud:
 
“Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR

Manakala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi. Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman
 
ustaz Don, pinjam gmbr ye! (^_^)
 

 
 
 
 

Monday, October 3, 2011

dapat abang...

Kakak selamat dinikahkan pada pagi Jumaat, 30 September 2011 di Masjid al-'Ala dengan pasangannya, Bang Jan. Pada 2 Oktober, majlis di sebelah kami, dan semalam, 3 Oktober, di sebelah lelaki. Penat memang penat dengan tak cukup tidurnya tapi lega dan puas sebab semuanya dah selesai.
Alhamdulillah, Kakak dah jadi isteri Bang Jan. Sampai saat ni pun saya masih tak percaya yang jodoh Kakak rupa2nya Bang Jan. Suka duka, masam manis perhubungan yang ditempuhi membawa mereka ke gerbang perkahwinan juga. Itulah, jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka. Alhamdulillah. I'm happy for them. Memang itu yang saya harapkan, Kakak hidup bahagia dengan lelaki yg dia cintai. InsyaAllah, saya yakin Bang Jan dapat jaga Kakak dengan baik, dapat didik dia jadi isteri yg solehah. Amin.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan Kakak dan Abang saya. Terima kasih kepada kawan2; Biha, Pia, Ainul, dan Wanie yg sudi turun dari Ipoh semata-mata nak menyinsing lengan baju, membantu keluarga kami. Syukran jazilan...





picture: credit to bro Aki picturesyndicate.net

semoga Kakak dan Bang Jan berbahagia dunia dan akhirat di bawah keredhaan Allah... May Allah bless both of you...Sayang kamu berdua!!!

footnote: kalau kat Kakak panggil Kakak, kat Bang Jan nak kena panggil Abang ke? >_<

Thursday, September 29, 2011

esok...

can't wait to go back to Jitra today!!!

Friday, April 23, 2010

~kisah sepasang burung layang-layang berkasih di dalam sarang~

Subhanallah...

Ini saya kongsikan dengan anda kisah 'sepasang burung layang-layang' yang hidup bahagia dalam 'sarang' mereka sendiri.
Terimalah, kisah AHMAD & FATIMAH....

Ahmad, 26 dan isterinya Fatimah, 25. Mereka berkahwin pada tahun lepas.
Kedua-dua mereka kurang upaya.
Ahmad tidak memiliki tangan, Fatimah pula tiada kaki. Lihat betapa mereka saling menyempurnakan antara satu sama lain walaupun fizikalnya mereka tidak sempurna.
Pasangan ini walaupun kurang upaya tetapi mereka cekal dan hebat dalam kerja2 seni.

Pepatah ada menyatakan: Life is not a matter of milestones, but of moments


Fatimah mencuci pinggan

Ahmad sedang menyikat rambutnya menggunakan kaki

Fatimah membantu mengikat rambut Ahmad

Ahmad meng'iron' sendiri baju beliau

Ahmad basuh kaki di sinki

Ni pula, Ahmad sedang gosok gigi guna kaki. Hebatkan?

Fatimah menyembur pewangi di baju suaminya sebelum keluar rumah

Mereka ke kedai muzik

Ahmad dan rakannya berlatih muzik

Sama-sama buat kerja rumah. Sweet kan?

Lunch together-gether

Imbas kenangan lama sambil lihat foto perkahwinan mereka

Kadang2 Ahmad 'berbicara' dgn Allah dlm sepi

Fatimah menghayati bait2 puisi ciptaan Ahmad.


Bahagia tu bukan apa yg orang lihat tapi apa yg kita rasa
~Jaja & Din~

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. surah ar-Rum ayat 21

 
Tidak ada manusia yg sempurna walaupun zahirnya tampak sempurna. Maka dgn itulah Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan supaya saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain

Biarpun tidak sempurna, itu tidak bermakna kita tidak boleh mencipta kesempurnaan kita sendiri kerana kesempurnaan itu apa yang mata hati kita lihat dan rasa
~Saya la yg kata~ hehe