BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 30, 2011

Jejalan anak dara

Salam alaik

Sepanjang berada di KL ni, betul2 terasa hidup mcm anak dara bujang. Ye la, pagi2 kena tinggal, habiskan masa dengan membaca dan menonton tv. Alhamdulillah, semalam ni Kakak cuti. Jadi banyakla perancangannya. Saya tak bercadang nak tulis entry ilmiah hari ni (mcmla selama ni ilmiah sgt entry kamu..hehe). Sekadar berkongsi pengalaman hari ni. Layan je kalau sudi...

Seawal tengah hari, saya dan Kakak keluar. Cadangnya nak pergi tengok rumah baru Kakak di Kepong. Sebelum tu singgah di Jusco draw duit. Lepas tu, round2 Jusco. Dapatlah sekejap tengok budak2 AF yg terkurung dalam balang kaca tu. Saya dapat tengok Hazama you..hehe.. Kakak teruja malu2 ok..hihi.. Tak lama pun di Jusco (tak ada benda nak beli sebenarnya) terus gerak ke Kepong. Sampai rumah Kakak, buat apalagi, snap gambar ajelah ghojenye.

pemandangan dari tingkat 14...wohho...








Dalam perjalanan balik, singgah rumah Acik. Lama sungguh tak datang. Rindu! Kami dijamu pisang goreng dan cendol sambil menonton movie. Sekai sekala berkumpul mcm ni best juga. Tambah pula saya datang dari jauh ni..hehe

Sebelum matahari tenggelam, kami dah berangkat pulang. Kemudian, singgah di Carrefour. Dibelanja pula Kakak makan teppanyaki. Pertama kali makan, dan perut sgt2 berusaha untuk beradaptasi dengannya. Terima kasih perut kerana banyak membantu. Maklumlah, I ni orang kampung. Tak biasa makan makanan obersi ni..hehe.




Selepas itu membuat lawatan suka2 ke kedai novel. Bukan suka2 sebenarnya, tentulah dengan tujuan nak memborong sebuah dua. Kakak dan saya sama2 hantu novel. Tidak dapat tidak, sebuah pun mesti ada dalam tangan. Gembira betul bila ada geng yg boleh kongsi minat. Dua buah novel melayangkan hampir RM30 dan Kakak, no comment, sebab beliau tu orang berkerjaya, jadi kalau nak beli banyak pun tak ada hal.
Selesai urusan, terus pulang and the rest is history... :)

akhirnya menjadi milikku..hehhe

novel JS=novel wajib beli

yg ni dibelanja oleh Kakak...sayang kat die.. :)



footnote: lepas ni Kinokuniya pulak...

Saturday, May 28, 2011

Allah sayang pada kita...

Salam alaik

Selamat pagi Kuala Lumpur!!!
Alhamdulillah, hari ni hari ke-3 saya di bandar nadi Malaysia ni, di rumah Mak Ndak yg sudah 6 tahun saya tidak saya kunjungi (kali terakhir masa cuti tunggu result PMR). Lama tak lama. Tentu org ingt ni anak sedara durhaka ni..hehe. Bukan tak nak datang, bila nak datang, ada saja kekangannya. Mak Ndak time cuti sekolah selalu balik kampung, jadi jumpa di kampung ajelah.

Tarbiyah bermula
Semalam, saya berpeluang menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan di Putrajaya. Sebelum perjalanan bermula lagi, ada berita yg kurang menyenangkan sebenarnya. Penginapan tak disediakan, program start pukul 8. Jadi kalau nak bertolak keesokan pagi, haruslah saya tak sempat sampai. Kena bertolak sehari awal. Waktu tu hanya teringatkan Kakak di KL. Tidur rumah kakak la, lagipun dah lama tak ke sana. Kakak sudi nak pick up di Hentian Duta. Ok, settle bab penginapan. Bab pengangkutan, mula2 risau juga sebab saya sorg aje perempuan yg akan naik kereta maktab, bersama drivers pulak tu. Risau sampai terfikir nak naik bas pergi sendiri, tp tak ada pula org nak hantar ke stesen bas. Nak tak nak, bersangka baik la, tawakal banyak2, minta Allah mudahkan urusan, bukan nak pi buat maksiat. Alhamdulillah, Allah betul2 tolong, kebetulan ada seorang staf wanita pun nak menumpang ke KL. Lega sungguh rasa. Lega banyak sebenarnya sebab saya kenal Kak Dayah, jadi ada teman nak berbual. Driver maktab, En Mus pun tersangat la ok. Sanggup tunggu sampai Kakak datang pick up kat Duta. Saya suruh balik, En Mus boleh kata lagi, "Nanti kalau orang culik kamu macam mana. Kena culik dengan perempuan bukan lelaki." Nak tergelak pun ada. Lepas Kakak jemput, En Mus meneruskan perjalanan beliau, dan saya pun balik ke rumah Kakak. Disebabkan keletihan yg teramat, terus tidur dgn gembiranya (sampai tak sempat nak buat rutin selalu;baca novel.. >_<).

Semuanya pertama kali
Seumur hidup, inilah pertama kali saya ke Putrajaya seorang diri. Inilah kali pertama travel seorang diri di KL. Rasa takut dan berdebar2 tu Allah saja yang tahu. Kakak yg duduk di KL bertahun2 pun tak tahu nk pergi Putrajaya mcm mana. Lebih malang, dia kerja pulak. Nak tak nak kena juga pergi sendiri. Dah sampai KL susah payah, takkan nak give up macam tu aje. Kakak takut benar saya tak sampai jadi saya kata, "Tak pe, kalau Along rasa tak mampu dah nk gi, Along tunggu je kat KL sentral ni sampai kakak abis keje..hee". Kakak pesan, "Jangan nampak takut sangat, nanti orang tau Along bukan orang sini." Kakak dropkan saya di KL sentral seawal 6.30pg. Lengang aje waktu tu, orang tak ramai lagi.
First step ialah, cari pak guard dan tanya macam mana nak ke Putrajaya. Pak Guard berbaju biru tu suggest naik KLIA transit. Fine, tak pernah naik seumur hidup. Pergi beli tiket, tunggu kat platform. Kat situ jumpa sorang mak cik, confirmkan dgn dia trem yg saya nk amik. Tapi waktu tu, nervous sungguh2. Putrajaya tu jauh kot. Dibuatnya salah naik, entah mana2 sampai nanti. Tak pe, pujuk hati ni tarbiyah Allah. :) Trem sampai, lepas tu Alhamdulillah, perjalanan smooth aje sampai Putrajaya. Sampai Putrajaya Sentral, tunggu bas pula. Naik bas tak ada masalah, yg jadi masalah bila salah turun. Ingatkan Pullman Hotel tu dekat amat dgn PICC, so saya turun kt PICC. Tanya receptionist, rupa2nya jauh juga, jadi haruslah untuk amik bas lain. Punya lama tunggu, penyakit cuak datang balik. Terpaksalah menebalkan muka telefon sahabat. Program belum start katanya. Naik bas sekali lagi, dan pak cik driver bas yang baik hati lagi ramah tamah memberhentikan saya di depan Pullman hotel. And the rest is history...

Antara ibrah dan tarbiyah

Masa untuk berubah
Saya ini anak sulung. Anak yang manja kadang2 mengada-ngadanya melebihi adik yg bongsu. :) Saya akui itu. Mungkin sebab ibu masih rasa terkilan kerana masukkan saya ke asrama sejak tingkatan satu(terlalu awal katanya untk usia itu) menyebabkan saya ni diberi layanan luar biasa sikit. Bertahun-tahun hidup berjauhan dengan ibu abah pun belum meyakinkan mereka bahawa saya ni anak perempuan yg sudah dewasa, yang boleh berdiri atas kaki sendiri. Faktor ini lah antaranya menjadikan saya ni seorang yg susah nak berdikari, selalu aje mengharapkan orang lain. Sentiasa nak berteman, bila berseorangan mulalah. Bukan salah ibu abah (semua anak suka dimanjakan)tapi itulah yg berlaku. Ibu hampir membantah hasrat saya ke Putrajaya bilamana dia tahu saya berseorangan. Ibu dan abah risau sungguh2. Di Kedah pun saya tak pernah keluar tanpa berteman, inikan pula nak berjalan seorang diri di tempat yg asing. Ya lah, memang patut pun mereka risau kan. Puas memujuk sampai terpaksa mengaitkan 'mereka' yg tak sepatutnya, barulah lepas. Saya minta ibu doakan keselamatan saya, jangan fikir yg bukan2, saya pergi dgn niat yg baik.

Diri yg sebelah lagi
Di dalam diri saya ada satu perasaan. Perasaan takut. Takut nk menghadapi realiti. Sebab tu, kadang2 saya lebih selesa untuk berkurung diri dalam suasana yg tak melibatkan orang lain. Praktikal mmg saya lemah.Tapi bila difikirkan sampai bila nak jadi begini, sampai bila asyik nk susahkan orang2 sekeliling saya. Kena juga berubah untuk kebaikan sebab hidup pejuang ni menuntut banyak pengorbanan. Saya nak jadi muslimat yg berani, yg boleh berdiri atas kaki sendiri. Alhamdulillah, Allah buka mata hati untuk buat perubahan dalam diri. Inilah masanya. Terima kasih Allah!

Sahabat tulang belakang perjuangan
Sepanjang kembara ni, sahabat2 banyak membantu saya. Saya yakin doa mereka sentiasa mengiringi perjalanan saya. Terharu bila mereka sungguh2 risaukan saya nak travel seorang diri. Ada yg volunteer nk temankan. Siap suruh buat laporan perjalanan dr semasa ke semasa lagi. Rasa aneh sbb kawan2 lain tak pernah buat mcm tu tp inilah sahabat, yg hati2nya bersimpul kerana Allah. Mereka inilah sahabat yg sanggup menempuh duri perjalanan perjuangan bersama2 saya. Bersyukur sgt Allah hadirkan mereka dlm hidup saya. :)

Kesimpulan
Allah memberi tarbiyah di mana-mana. Ujian juga tarbiyah dari Allah. Rasulullah juga ditarbiyah Allah. Lihatlah hasil tarbiyah Allah, Rasulullah menjadi pejuang yg terus betah mempertahankan Islam hingga kita yang merasai nikmatnya hari ini. Allah mentarbiyah kita tentulah untuk menjadikan kita juga pejuang hebat. Allah beri tarbiyah kerana sayangNya pada kita.
Kita seringkali kali menegaskan, jalan dakwah Rasulullah lah yang ingin kita ikuti. Perjalanan dakwah Rasulullah tak pernah sunyi dari tarbiyah. Oleh itu, adakah patut kita berharap perjuangan kita ini sentiasa di dalam kesenangan tanpa ujian berupa tarbiyah? Kalau setakat disuruh berjalan kaki untuk berdakwah sudah mengalah berputus asa, sesekali fikirkanlah kasut Rasulullah bertakung darah akibat dilempar batu di Thaif. Di manakah tahap dakwah kita??? Setandingkah dengan dakwah Rasulullah???
Wallahualam.


jumpa kawan baru dr Persatuan Pandu Puteri Malaysia

mereka buat saya rindu saat2 berpandu puteri dulu..pandu puteri next entry, ok..


dari kiri: NYP, YDP, Pengarah KBS, penulis dan Presiden MBM Perak

footnote: seminggu di KL, berchenta dulu dgn novel2 mak ndak :)
~rindu sgt kat shbt2, jumpa lg lps cuti sem.. T__T

Wednesday, May 25, 2011

Entry for my beloved rumate~SofiaMazlan

Salam alaik

26/5/11: Selesai paper terakhir, Literature, berakhirlah exam akhir utk sem ni. Menandakan juga berakhirnya Sem 1, berbaki 7 Sem. Lama lagi tu!!! Walau apapun, Alhamdulillah, terima kasih pd Allah atas nikmatnya meletakkan diri di dalam profesion ini.

Ramai yg dah berangkat pulang hari ni termasuklah rumate saya yg bakal menjadi ex-rumate saya tak lama lagi. Ya la, sem depan dia sudah ada 'rumah sendiri' tinggal saya aje di 'rumah tumpangan maktab' ni... T_T Nak buat macam mana ada tuntutan untuk terus berada di sini. Ada amanah yg perlu dilunaskan.

* * *
Entry ni saya dedikasikan khas untuk rumate saya...rumate yg saya kasihi, rumate yg saya sayangi, rumate yg saya cintai kerana Allah.

Terima kasih,
Terima kasih kerana sudi menjadi teman sebilik selama 2 tahun ini. Bukan sekejap 2 tahun tu.
Terima kasih kerana sentiasa memahami dan sentiasa berusaha untuk memahami diri ini. 
Terima kasih kerana sanggup bersabar dengan kerenah dan sikap2 buruk saya.
Terima kasih kerana selalu bawa saya keluar jalan2 dgn kereta kamu dan kadang2 jemput saya dari stesen bas.
Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa suka dan duka di dalam persahabatan ini.
Terima kasih atas ingatan dan kenangan yg indah2.
Terima kasih sgt2!


Maaf, 
Maaf kalau saya selalu buat kamu terasa hati, tersinggung perasaan kamu tanpa sengaja.
Maaf kerana selalu tinggalkan kamu sorang2 dalam bilik, balik lambat, kadang2 tak balik. 
Maaf kerana selalu susahkan kamu ambilkan handout kalau saya tak masuk kelas.
Maaf kerana selalu paksa kamu pulas stereng ke ATM sbb nak cucuk duit.
Maaf kalau tak mampu nak jadi rumate yg baik. T_T
Maaf untuk segala2nya!

Lepas ni walau tak duduk sekali, di kelas tetap akan berjumpa. Hopefully, everything will stay the same.

Nanti dah duduk rumah baru, jangan lupa jemput tau kalau ada buat makan2.. >_<
Jaga diri, jaga iman, dan jaga adik2 yg tak brapa nak matured tu (sebelum tu ko kna matured dulu..haha)
Kalo dik Wani baca, ni ada pesanan: Jaga rumate baru kamu ni elok2...Bersama2lah berusaha ke arah ke'matured'an diri..hik3 

* * *
Rumate saya dalam perjalanan balik ke JB sekarang. Drive carefully, Pia dan semoga sampai dgn selamat. :)

ni kenangan masa gi bookfair dulu..first time travel..


p/s: terima kasih jg krn kamulah saya ada blog ni.. :)

Tuesday, May 24, 2011

Ingat senang ke jadi TESLian???

Salam alaik

Alhamdulillah, hari ni selesai satu lagi paper (Linguistics) menjadikan setakat ni tiga papers (plural kan sebab tu kena letak 's'..haha) semuanya. Tinggal satu saja lagi, esok, paper Literature. Kemudian boleh la mengucapkan selamat bercuti kepada semua. :)

Apa yg boleh saya katakan tentang ketiga-tiga paper ini ialah: tersangat lah senang (tangan ke dada mata pandang ke atas). Kalau ada yg kata senang rasa nak cepuk aje, next time nk pergi bertapa dengan org tu la...Bila saya mengadu kat ibu tentang Philosophy and Education in Malaysia (dalam BMnya FPK ok!) yg saya goreng jawapannya sampai nak hangit, boleh pula ibu kata, "Awat jadi lagu tu, ni pasai dok pi jalan merata la ni." Tetttt....nak menjawab apalagi melainkan, "Dak la, memang semua org kata susah (alasan ja tu)." 

* * *
Situasi ni selalu berlaku kpd saya dan kawan2 dlm aliran yg sama:

Orang yg bertanya: Kamu ni amik kos apa di maktab?
Orang yg menjawab: Bahasa Inggeris. (tersipu-sipu malu)
Orang yg bertanya: Uih..TESL la ni? Hebat la. Mesti speaking laju macam ayaq ni..
Orang yg menjawab: @#$%^&*

Hebat apanya? Jadi student TESL sehari dua, tahulah hebat tak hebatnya. Kadang2 saya sendiri pun tak berapa paham tentang persepsi orang terhadap kami ni. Ramai orang expect yg student TESL ni begini dan begini. Mereka selalu ingat yg student TESL ni adalah mereka yg genius tahap giga dalam BI sampai cakap pun macam mat salleh celup. Then, mereka juga meng'claim' kami (dgn sesuka hatinya) ni adalah mereka yg langsung tak peka akan kepentingan memartabatkan BM. Oh, come on, kami bukan terbit2 dari rahim ibu dah pandai speaking ok.. Kami pun tak panggil mak ayah dgn panggilan mummy dan daddy. Belajar basic BI pun masa masuk tadika. So, bezanya, kami ni ada peluang lebih sikit ja untuk dalami ilmu BI. Fardu kifayah ni. Itu ja, selebihnya  tak ada apapun. Pada pandangan Allah, sama saja kita semua.

Orang tak faham sebenarnya melainkan mereka berjalan di dalam kasut kami (walking in our shoes)..haha..baik punya direct translation. Frankly speaking (tulus dr hati yg tak brapa besar), sgt susah sebenarnya menjadi student TESL ni bilamana diri ini orang Melayu asli yg kaya dengan loghat negeri yg pekat, baca novel BI setahun sekali pun susah, tulis blog pn guna Melayu baku memanjang(reflect diri sendiri, ok)...memang susah... Sebabkan perkara2 beginilah menyebabkan diri sentiasa berada di tahap yg tak pernah maju2 dalam pencapaian BI. So, tak boleh jugak la kan nak salahkan mereka2 yg letak high expentation kat kita kan? Sebab mereka tak tahu...

Jadi, solusi untuk diri sendiri:
1) start posting entry in English (mungkinkah? blog ni tmpt asah kemahiran menulis dlm BM tau.. T_T)
2) paksa diri untuk habiskan juga novel BI yg tak sebanyak mana tu..
3) balik cuti ni, dah blh bawak aura speaking tu dlm rumah (haha..mau digelaknya org kg seberang tu)

Doakan agar misi baru saya ini tercapai. Lagi satu, minta tolong sgt2 jgn expect lebih2 dari saya yg tak pandai ni. Saya pun masih bertatih kata orang. Jatuh bangun, jatuh bangun.

Ok la, mungkin saya dah patut start analisis novel2 yg tak habis2 baca tu. Esok nak jawab apa? Nak goreng lagi? Sumpah saya tak pandai...



jgn salah faham, ni bukan nota student Medic ye...


PKK




dua butir novel untuk 1 Sem. Satu pun tak habis baca. Kalau tahu dek Mdm Suguna, harus kena smash ni...

Saturday, May 21, 2011

LAGU2 HADIS by MUADZ

Salam alaik
Macam mana mood study anda? Mood study saya sentiasa turun naik. Kalau tengah naik memang melekap aje mata kat buku tu tp kalau tgh down, berhenti sekejap layan lagu ke, tengok movie ke...


Kat sini saya nak promote sikitla (x dapat comission pun), album Muadz yang berjudul al-Asr...a moment. Haa, sebelum tu, nak tanya kenal tak siapa Muadz? Kalau tak kenal silalah merajinkan diri untuk meng'google' k...


Dalam album ni, Muadz melagukan hadis-hadis2. Melodi yang sedap ditambah dengan suara lemak merdu Muadz, memang patut lagu ni diguna sbg salah satu alternatif untuk mudah hafal hadis. Anda mungkin boleh cuba dengan mendengar lagu hadis 1 dan 6 (saya pun tengah addicted).




dulu suka sgt lagu Muadz tajuk Amrullah. Terangkat semangat kejap...

Wednesday, May 18, 2011

17 Mei 2011: Coretan Untuk Izzul Haziq

Hari ini 17 Mei 2011. Hari ni hari lahir kamu, Izzul Haziq. Kamu tahu tak? Pada hari ini ibu telah melahirkan kamu. Allah telah memberi peluang kepada kamu untuk melihat dunia setelah kamu nyatakan kesanggupan untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.





Hari ini sudah 2 tahun kamu menjadi anak ibu dan abah, adik Along, Angah dan Abang. Cepat kan masa berlalu, kamu sudah 2 tahun Izzul Haziq! Terasa mcm baru saja semalam Along lihat kamu dalam rahim ibu melalui imbasan ultrasound, terasa mcm baru semalam Along diberitahu akan mendapat adik lagi di usia 19 tahun! 2 tahun itu terlalu cepat. Kamu semakin besar Izzul Haziq, sudah boleh berlari-lari ke sana sini, memanggil Along, dan mengungkapkan, "Sayang Along." dan "I miss u Along." Indahnya...


Akhil (kiri) dengan Pak Su nye(kanan)

Ibu selalu berkata pada Along, Izzul Haziq penawar hati, penyejuk mata ibu dan abah. Izzul Haziq anugerah Allah untuk kami. Hadir di saat Along, Angah dan Abang sudah menginjak usia dewasa dan mungkin akan meninggalkan ibu dan abah tidak lama lagi untuk meneruskan perjuangan hidup. Kamu tahu tak, kamu yang menceriakan hidup ibu dan abah! Dengan telatah kamu itu. Hidup Along, Angah dan Abang juga.


Alongmu kini jauh (sedang berjihad), Along tak mampu nak hadiahkan kamu dengan hadiah yg mahal2. Along titipkan ucapan ini untuk kamu, Izzul Haziq. Nanti bila kamu dah pandai membaca, kamu kena baca tau!

SELAMAT HARI LAHIR, IZZUL HAZIQ!

Along doakan kamu membesar menjadi hamba yang taat, anak yang soleh, pejuang Islam yang hebat.
Kamu harapan Along. Harapan kami semua...




footnote: Along tak larat nak berceloteh panjang, nnt touching x tentu pasal...lagi satu, doakan yg terbaik utk kakakmu ini untuk exam, dunia dan akhirat...

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Salam alaik....

Penulis mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yg bergelar guru. Tak lupa juga kepada sahabat2 penulis yg juga bakal guru.
~terima kasih kpd guru2(terlalu ramai, tak mampu saya sebutkan satu persatu nama mereka di sini), tanpa kalian aku bukanlah aku pada hari ini
~juga ibu dan abah yg menjadi guru pertama dalam hidup anakmu
TERIMA KASIH CIKGU!!!


Wednesday, May 11, 2011

My Quilling~first trial

Setelah sekian lama bertangguh, tercapai juga hasrat nak mulakan quilling ni. Dah lama nak buat tp tak terbuat2. Hari ini, alhamdulillah, sambil melihat rumate meng'spam' fb adik Wanie, tergerak pulak tangan ni. Moh kita tengok apa la hasil pertama ni....


Sebelum mulakan quilling, barang2 yg kita perlukan adalah:




Quilling paper
Quilling paper ni kalau rajin boleh potong sendiri asalkan sama saiz. Tapi disebabkan saya malas, saya beli terus je kat sini. Hehe




Needle quilling tool
Disebabkan tak mampu lagi nak miliki needle quilling tool tu, saya rembat je lidi sate dan buat cabang kat hujung tu. Tak kisah la kan, asal dapat gulung kertas tu.



Gam
Gam ni pakai yg polisterine punya tau sbb transparent, nanti tak de la bertompok2 kertas kita tu dengan kesan gam. Saya pakai cap Giant je...



Quilling tweezer
Ni untuk senang nak tweez dan pegang kertas tu. Bagi yang tak mampu + baru nak belajar macam saya ni boleh pakai tweezer yg biasa je.


Untuk starting ni, tak perlu guna banyak tool. Tahu basic skills pun dah ok rasanya. Kalau tak elok tu perkara biasa la mereka yg baru first time buat.

Gulung punya gulung, penyek punya penyek, gam punya gam, siap la satu....

Tadaaa....








Amacam? Jadi ke tak? Kalau tak jadi sila gelakkan beramai-ramai....
(tengoklah, saiznya tak sama, serabut, dan segala bagai lagi la..haih)


~sori sebab gambar tu x brapa clear, almaklumlah ambik pakai handset cikai je...
~nak ucapkan terima kasih kepada blog ini, blog ini, dan blog ini juga kerana banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kpd saya. You guys are really awesome!


Monday, May 9, 2011

Antara DR dan CKG

Dulu saya ada satu cita-cita, yang saya kira ramai lagi insan2 di luar sana yg juga punya cita-cita yang sama dengan saya terutama pelajar2 di dalam aliran sains, bersekolah di sekolah sains. Cita-cita untuk menjadi seorang DOKTOR. Bukan pelik kalau ramai yang cakap "Nanti dah besar saya nak jadi doktor, saya nak rawat ibu ayah saya, saya nak berbakti kepada masyarakat." Memang tak pelik pun. Ini kerjaya yang mulia!

Environment sekolah itu sendiri memainkan peranan sebenarnya melahirkan keinginan ini ditambah dengan minat terhadap subjek Sains terutama Biologi. Saya dibesarkan di dalam suasana sekolah sains di mana minda pelajar2nya telah didoktrin bahawa 'apabila awak keluar dari sini kerjaya awak hanyalah engineer atau doktor'. Ada seorang guru pernah memberitahu kami, kalau awak datang ke sini bukan untuk menjadi doktor dan engineer, maka di sini bukan tempat awak'. Tapi ibu dan abah tak pula mendoktrin begitu kepada saya cuma ibu selalu mengatakan, "Kalau boleh ibu nak Along sambung belajar lagi dan jadi PENSYARAH."(dan InsyaAllah doa ibu yg ini akan menjadi kenyataan tak lama lagi, doa-doakan)

Tapi bukan stigma itu sebenarnya yang menjadi pendorong, ianya lebih kepada minat sendiri. Memang minat saya waktu itu hanyalah untuk menjadi doktor (sampai sekarang pun naluri itu masih ada). Waktu itu saya merasakan saya layak untuk menjadi doktor atas beberapa indikator yg saya cipta sendiri. Itu persepsi saya penuh yakin kepada diri saya sendiri. Kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ini.

Tanpa sedar, saya melakukan kesilapan yang agak besar dalam membuat percaturan hidup dan masa depan. Saya lupa bahawa apa yang saya mahukan bukan saya sendiri yang akan berikan. Di atas sanalah yang menentukan masa depan saya, di atas sana jugalah yang mencaturkan hidup saya. Keghairahan terhadap minat dan cita-cita membuatkan saya lupa bahawa Allah berhak atas segala-galanya. Saya lupa bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk saya, dan apa yang tidak.

Saya memasuki Matrikulasi dengan harapan impian masih terbuka untuk saya setelah gagal mendapatkan biasiswa dari MARA. Sekali lagi saya terlupa akan satu perkara, "Innamal a'malu binniat". Saya akui saya memasuki Matrikulasi dalam keadaan tidak rela, tidak reda, tidak ikhlas dan berbagai perasaan negatif lagi. Masuk pun kerana tiada tempat untuk dituju lagi untuk meneruskan pengajian. Saya rasa sungguh terpaksa untuk menghabiskan pengajian di Matrikulasi yang ternyata sungguh2 mencabar. Hasilnya, keputusan yang dimiliki tidak melayakkan saya untuk bergelar seorang siswazah bidang kedoktoran di universiti tempatan. Tawaran dari agensi swasta untuk menyambung pengajian dalam bidang medik ke Mesir terpaksa saya tolak memandangkan masalah kewangan yang dihadapi.

Entah kenapa hati saya terbuka untuk mengisi borang kemasukan ke IPG. Perjalanan selepas itu terasa mudah buat saya(tanpa saya sedar sebenarnya). Saya akhirnya tercampak di dalam profesion ini, jauh menyimpang dari apa yang saya pelajari di sekolah dulu (aliran sains tulen). Memilih profesion ini kerana kerjaya ini kerjaya yang dijamin. Saya cuba membenihkan minat terhadap kerjaya ini walau dalam hati masih ada sedikit keinginan untuk bergelar doktor setiap kali melihat surat tawaran yang masih saya simpan hingga ke hari ini(motifnya saya pun tak tahu kenapa). Alhamdulillah, Allah telah menumbuhkan rasa cinta terhadap profesion ini sedikit demi sedikit. Dan rasa ini kian bercambah dari sehari ke sehari tatkala melihat wajah anak2 murid yang terlalu dahagakan ilmu dari guru, tatkala lagu "Kami Guru Malaysia" sayup2 kedengaran di telinga, tatkala teringatkan sampai bilakah sistem pendidikan kita harus dibaluti sekularisme dan sayalah yang bertanggungjawab membetulkannya...

Saya yakin ada hikmahnya mengapa Allah mengatur perjalanan hidup saya begini. Saya yakin ada hikmahnya mengapa Allah memilih saya untuk menjadi seorang guru dan bukannya seorang doktor. Saya selalu memujuk diri bahawa kerjaya saya ini kerjaya yang mulia, mendidik anak bangsa, mendidik seorang bakal doktor juga! Guru juga doktor sebenarnya. Besar tanggungjawabnya bukan sekadar merawat jiwa tapi membentuk jiwa. Andai tersalah langkah, guru bisa 'membunuh' anak bangsanya sendiri.




Pesanan saya buat anda dan diri sendiri, kita seringkali membuat keputusan tanpa menyerahkannya kepada Allah. Kita sering menyangka bahawa pilihan kita adalah yang terbaik walhal Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan kita jarang meletakkan pergantungan kita kepada Allah sedangkan Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Jangan sesekali meninggalkan Allah dalam urusan kita, kalau sekejap pun Allah meninggalkan kita, nescaya merana hidup.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)


Bohong kalau saya katakan saya tak cemburu melihat kawan2 yang tak lama lg akan bergelar doktor. Tapi bila terdengar ada merungut kerana bebanan kerja dan belajar yang mendesak, saya rasa saya cukup bertuah. Cukup2 bertuah untuk bergelar seorang guru. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, saya yakin dengan janjiNya kerana Dia tidak pernah memungkiri janji.




Alhamdulillah, dalam keluarga sudah ada seorang doktor, insyaAllah bakal menyusul seorang lagi...
~buat kawan2, anak sedara di Mesir nun, semoga berjaya merealisasikan cita-cita menjadi doktor ummah...
memetik kata2 seorang sahabat, walau apapun profesion kita, majikan kita yg sebenar2nya adalah Allah, setiap dari kita ni dituntut bekerja untuk membela agama Allah...wallahu'alam..

Sunday, May 8, 2011

Saat Lafaz Sakinah

Heningnya...

Sunyi suasana...

Lafaz sakinah bermula



Apa rasa

Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda



prechorus:

Adalah aku, wali puteriku

Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya



chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu



Jadikanlah dia wanita syurga

Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya



Ku akur

Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku



Iringilah

Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Lagu: Hafiz Hamidun

Lirik: Fadzli Far East


masa mula2 dengar lagu ni berbaur rasa yg menyentuh hati
tapi sukar nak ungkapkan rasa itu, bermacam-macam...


teringat pada abah dan ibu
sampai masanya nanti anak yang seorang ini akan dilepaskan jua
abah, ibu, doakan anakmu ditemukan dgn seorang mujahid yg membela agamamu




footnote: gembira dgr tarikh pernikahan kakak dh ditetapkan... :)