BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 11, 2016

TRIP KE KOREA 2015; SEOUL-JEJU-BUSAN (Day 2)

Pengembaraan kami diteruskan untuk hari kedua. Hari ni plan nak cover Gyeongbokgung Palace > Insadong Tourist Centre > Bukchon Hanok Village > Itaewon

Nak cerita macam mana cara nak pergi mcm panjang berjela pulak kan. Diringkaskan, guna apps Korean subway je senang. Tp first of all kena tahu tempat yg kita nak pergi tu station subway terdekat dia di mana. Dari situ kita blh set kan origin station kita dn destination. Nanti dia akn keluar terus route dan line mana kita kena naik, siap dgn tambang lg. So far, apps ni mmg sgt mmbantu janji kena pandai baca je. Kalau tiap2 hari dah guna makanya kita akan lbh pakar mgalahkan org korea sendiri. Haha.. dan lagi satu, rajin2 la bukak page Visit Korea. Kat situ kita blh dpt info tentang tmpt kita nak pergi. Dia dah state sekali cara nak sampai ke tmpt tu. Dari situ la kita tgok stesen mana kita kena turun. Kata nak jd backpackers kan, jd hang jgn dok malaih sgt naa nak bt research. Cheq luku satgi baru tau. Hehe

sebelum bergerak minta dipermudahkan semua urusan.. aminnnn

sampai dah di Geongbokgung Palace

nak sampai sini boleh turun di Geongbokgung Palace station, turun train jalan je ikut signboard, confirm jumpa. Tiket masuk KRW3000 untuk dewasa.






 Dah puas pusing keliling istana tu, kitaorang gerak ke Insadong. Nak dtg sini, dari Geongbokgung Palace tadi turun pulak di Stesen Anguk. Sebelah menyebelah je stesen ni, kalau nak sanggup berjalan boleh je... lps exit jln terus, belok kiri...
Insadong 

kitaorang membeli dan membelah sourvenir kat sini... seller dia buleh kecek Melayu..

oppa pembuat manisan ni pun pandai ckp Melayu.. sebab dia cakap pun terlebih manis, tergoda la anak2 dara ni utk membeli... muahaha


settle Insadong, kami ke Bukchon Hanok Village. Keluar dari kwsn Insadong tu, lintas jalan, jalan straight je...




lunch+dinner at Itaewon. Dari Anguk Station tu, naik subway ke Itaewon Station. Kami makan di Murree Restaurant. Kesedapan bulgogi dia sampai sekarang terbayang2, maklumlah, masa kat Malaysia tak pernah makan Korean cuisine ni semua...kesian kan?

Masjid Itaewon, tempat wajib pergi...

Itaewon last destination untuk hari ni. Sebelum balik guesthouse, singgah Myeongdong sat cuci mata.

beli Banana Nutella Crisp ni ja. Tapi mahai baqhang. KRW4000 sejibik... uhuhu


Sunday, January 17, 2016

TRIP KE KOREA 2015; SEOUL-JEJU-BUSAN (Day 1)

Salam alaik...
Perghh.. setahun jgk la blog tak berupdate. Sebab lama sgt sampai tak jumpa jln nak masuk. haha.. Alhamdulillah, Allah bg jln juga akhirnya. Dlm masa setahun ni byk benda berlaku tp paling penting sekali, saya dah pun bergelar seorang GURU tanggal 29 Januari 2015 lepas. Alhamdulillah, hbs bulan November 2014, tak sampai tiga bulan dah dipanggil berkhidmat. Berkhidmat pulak di SARAWAK. ahha! Ok, bab posting lain entry, k.

Entry permulaan untuk tahun 2016 ni adalah tentang trip ke Korea Selatan pada November-Disember 2015 lepas. Jadi, nak share sikitlah trip dan tips masa kami ke Seoul-Jeju-Busan baru2 ni. Okey, rasa macam malas nak mukadimah bagai. Straight to the point je la ye.


Untuk trip ala2 backpackers ni kami seramai 7 orang. Saya, Nisreen (housemate di Sarawak), Nad (ex-housemate di maktab), Aina dan Mira (ex-classmate Nad) serta mak Aina dan adik Aina. Konon2 ni trip muslimah backpackers la. Puiii… haha

So saya akan divide entry ikut hari, k.. Sebenarnya travel di Korea ni takde la susah mana sb tu ramai memilih untuk backpacking berbanding mnggunakan khidmat agent plus lg jimat. Yg penting kena buat research. Saya pun byk buat research di blog2, seriously sgt3 membantu. Terima kasih ye. Muah ciked.. haha

Kami bertolak dr KLIA ke Incheon dgn pesawat Air Asia pd 26 November, jam 8.00 pagi. Tiket pergi kami beli masa promo hrga lebih kurang 267. Tiket balik KL-Busan dlm 300++. Flight lbh kurang 6 jam. Sampai di airport kena isi borang apa ntah, lps dah setel imegresen semua terus ambil beg. So far, imegresen sana okey la, tak byk cekadak.
alhamdulillah... slmt sampai di Incheon International Airport. Time ni salji dah turun sikit2. Punyalah excited tgok salji bertenggek kat tingkap. Maklumlah sepanjang hayat baru first time jumpa salji. haha 


kami geng cikgu cikgi.. ngee


Kemudian cari kedai 7E, beli T-money, top up siap2. Then, keluar airport lintas jln ke stesen subway sebab nak pergi ke Myeongdong (guesthouse). Myeongdong ni terletak di Seoul ye. Time keluar airport ni mmg sejuk dia tak tertahan la. Kami siap2 pakai glove dh. Tengok org Korea rileks je. Tak pakai glove okey lg, ni pakai skirt pendek baqhang. Ya lah, mgkn sb dh biasakan. Org Malaysia mcm kamek orang ni ofkos la terkejut tiba2 jak berubah suhu. Eh, dah kau cakap Sarawak ni kenapa pulak?

Kami naik subway ke Myeongdong. Perjalanan lbh kurang sejam. Tapi sebab dh pukul 5 time tu mmg dh gelap. So tak dpt nak menikmati sgt la panorama along the way tu. Hujung2 autumn nak masuk winter ni siang dia lg pendek.

my gaymate, Nisreen merangkap travel buddy

Cabaran pertama bermula masa sampai di stesen Myeongdong tu. Sesat nak cari guesthouse kami yg bernama KW Hostel tu. Nasib baik terjumpa sorg ahjussi yg baik hati ni, tunjuk dia alamat guesthoue, dia siap tlg telefon guesthouse tnya kat mana lokasi. Disebabkan dia tak blh ckp English, mmg agk tak paham jgk la direction yg dia bg. Tp satu je la yg paham, kena keluar ikut exit 10. Masa kami jumpa dia tu kami keluar ikut exit mana ntah. Jadi lepas tu baru paham sikit mcm mna cara nak baca alamat.

Jadi, tipnya, kalau tulis exit kat alamat tu bacalah betul2. Jgn sebarang je keluar ikut suka hati. Mmg lah di stesen yg sama, tp exit tu sebenarnya akn menentukan jauh ke dekat tmpt yg kita nak pegi tu. Kalau tak kisah nak jln jauh silakan.

So, kami pun masuk balik ke stesen dan cari exit yg betul. Dah keluar exit yg betul tu, tak jumpa jgk guesthouse yg dicari. Tp masa keluar exit tu mmg cun2 la area Myeongdong Market yg femes tu. Tp sb mmg dh tak tahan sejuk, kaki pun dh rasa nak tercabut, tak rasa langsung nak tgok kosmetik ke apa. Bibir ni mmg dah tak rasa bibir dah. Jadi, saya dgn Nisreen suruh geng2 tgu dpn kedai, kitaorg pegi cari guesthouse. Kesian sb ada ibu seorang. Anak2 dara muda belia lg remaja ni takpela, kudrat byk lg tp tu pun dh nyawa2 ikan sb tak tahan sejuk. Jd, nk mengelakkan kesesatan lg, kami tnya lg ahjussi pemilik kedai hiasan rumah pulak. Best kedai dia sb ada heater. Sumpah, rangka mcm sis ni mmg tak mampu nak tahan suhu bwh 0 ni. Tanpa melengahkan masa lg ahjussi tersebut terus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mencari lokasi guesthouse kami. Sungguh gentleman ahjussi itu. Hahaha… berkat pertolongan ahjussi tu, berjumpa kami akhirnya dgn guesthouse yg dicari. Mmg agak tersorok sikit la. Lps dh byar untuk bilik saya dan Nisreen, kami patah balik kat tmpt geng2 tgh tgu tdi. Sblm tu singgah jap kedai ahjussi gentlemen lg kacak bergaya tu ucapkan terima ksh. Berbudi bahasa tak anak2 dara ni? Kann.. dgn harapan ahjussi nak buat menantu. Tp mmg takla…

Kami mengangkut la beg2 yg berat bukan kepalang tu menyusuri jln2 yg meriah dgn suara lemah gemalai unnie mempromote bhn kosmetik tanpa mempedulikan mereka. Dlm kepala nmpk katil je. Letih oiii…

Lps check in semua, masuk bilik, the rest is history. Oh ya, bilik kitaorang ni bukan dorm ye sb mmg sengaja nak yg private bathroom, tak nak kongsi2. So, search punya search dpt la yg ni paling murah untuk private bathroom. Satu bilik dua orang, kecuali Aina and family. Bilik pun kecik je la tp okeylah untuk backpakcers. Asalkan bersih, toilet ada air. Haha… toilet tanpa air akan membantutkan proses penyahtinjaan tau tak? Haha



ni guesthouse we ols.. tersorok sikit la, kalau nak cari keluar exit 10 go straight smpi jumpa traffic light, lintas jln, jumpa bangunan, jln sikit jumpa parking lot, belok kiri.


 agak sempit la. so pandai2 la korang imaginasikan mcm mana kitaorg solat.. haha 


 Jadi, sekianlah untuk first day di Seoul.

Catatan:
Subway= Incheon International Airport Station > Myeongdong Station (Exit 10)
*Tukar di Seoul Station Line 4 =KRW 4150
T-money= KRW 2500 (exclude top up)


Guesthouse = KRW 90 000/person (6D5N)

p/s: punyalah kelam kabut time ni sampai tak amik langsung gambar Myeongdong Market time ni. Tunggu next entry ye... 


Friday, September 19, 2014

Review Kekasih Waktu



Salam alaik.
Sebelum apa-apa nak belanja kulit dulu. Kulit yg menyimpan makna di sebalik ilustrasinya.


Naskhah ini saya khatam sebagai self-reward usai marathon assignment yg panjang. Sebuah kisah yg manis, ditulis penulis yg manis dgn bahasa yg manis. 
Kalau sesiapa yg pernah membaca karya2 Kak Su sblm ini tentunya watak Zaynn, Najaah, Farhana dan Imran dekat di hati kalian. Dan watak-watak ini terasa hidup di sekeliling kita. Inilah kekuatan penulis yg tak dpt dinafikan selain kemampuan menterjemah latar tempat hingga kita terasa dibawa menikmati momen indah itu. Hai, Kashmir mung tunggu aku datang!


Saya bahagikan kisah ini kpd dua bhgn: 
i)kisah cinta zaynn-dian-najaah
ii)kisah cinta farhana-imran

Mulanya saya hendak letak Rindunya Kian Membara di sebelah tp setelah Kak Su `membantu` membuat flashback saya abaikan hasrat tersebut (tp blh jg nak ulang baca RKM untuk ambil feel kata org). 

Sedikit sinopsis: 
Zaynn yg menyambung pengajian ke Kashmir tlh jatuh hati dgn Dian anak si duta. Mulanya Zaynn menyangka dia cuma bertepuk sebelah tangan. Tapi rupa2nya si nilam yg dia puja juga punya rasa yg sama. Najaah si adik tiri turut menyimpan rasa tetapi dibiarkan menjadi rahsia. 
Si ibu, Farhana bersatu dengan Imran, lelaki yg setia menunggu stlh bbrapa kali trlepas peluang (Mcm mana blh brsatu itu kena baca sndri). Namun, panas tidak sampai ke ptg. Hujan turun tiba2 di tgh hari. Rumahtangga mereka diuji dan mngubah hati keduanya. 
Apakah kesudahan kisah cinta mereka ini? Semua akan terjawab dlm naskhah setebal 418 terbitan rumah JS Adiwarna ini.

Pengajaran yg saya dapat: 
1-Cinta tak semestinya memiliki. Blm tentu percintaan itu akn berakhir di jinjang pelamin. Kalau sungguhpun kita cintakan seseorang sepenuh jiwa, jika Allah sudah tentukan bukan dia yg akn bdampingan dgn kita hingga akhir hayat maka tidaklah. Jadi, antara Dian dgn Najaah ni siapa yg dpt memiliki Zaynn akhirnya? Haaa....Apalagi, baca jgn tak baca. 
2-Tiada pantai tak dilanda ombak. Begitu juga rumah tangga. Saya pernah dengar org kata tempoh untuk sebuah rumahtangga stabil adalah tiga tahun. Tapi itu bkn jaminannya. Kalau tak ada cinta bagaimana ya kalaupun dh hidup bersama bertahun-tahun? Itu yg terjadi kpd rumahtangga Farhana dan Imran. Bila pucuk muda dtg mentunaskan rasa cinta waktu itulah Imran sedar yg dia mengahwini Farhana tanpa ada rasa cinta lg tp hanya simpati. Benarkah stlh dia sendiri mengatakan Farhana itulah rupa untuk mengungkapkan cinta. Farhana pula bagaimana? Adakah lg rasa cinta itu stlh menjeruk rasa pd si suami. Nak tahu kesudahan kisah anah-imran ni kenalah baca ye.
3-Ajal itu rahsia Allah. Kita tak tahu bagaimana kita akan dimatikan. Sedangkan Saidina Khalid al Walid panglima perang berharap mati di medan perang ttp akhirnya ajal beliau di pembaringannya. Tetapi kita boleh memilih dlm keadaan mana kita hendak mati; baik atau sebaliknya. Husnul khatimah atau suul khatimah. Hah, ckp pasal mati ni siapa pulak yg mati? Jeng, jeng, jeng...

Dari segi bahasa saya tak mahu komen. Siapa tak kenal Kak Su kan? Subhanallah, lenggok bahasanya tu boleh buat kita rasa menari2 di awangan tau. P/s: Kredit kpd Js Adiwarna atas usaha meninggikan martabat bahasa Melayu. 
Dari segi input sejarah saya bagi pujian (sedikit sebanyak saya tahu kisah di sebalik cinta Shah Jahan dan Mumtaz juga sejarah berkaitan empayar Moghul). Kritikan sosial juga ada. Membuatkan novel ini terisi. Bukan novel cinta biasa. 
Cuma agak terkilan sedikit krn bahagian Zaynn dan Dian kurang diketengahkan (sb saya mengharapkan lebih drpd itu..hehe) dan kurang sedikit manisnya. Mungkin sb watak Dian itu sendiri kut yg sejuk beku. Almaklumlah, jurutera. Mujur ada Zaynn si anak professor yg pndai bermadah pujangga. Ngee..
Keseluruhannya, kisah manis ini sgt meruntun emosi (mana ada novel kak su yg tak meruntun emosi. Haha).. sampaikan dah tutup buku pun saya sambung menangis lagi. Haha.  (Ah, tak boleh.. sedih betul. Duk teringat-ingat lg ni.  T__T)Terasa hidup betul watak2nya. Angkat ibu jari untuk penulis.

Watak yg paling meninggalkan kesan tentulah hero kita, Zaynn Nur Luthfil. Abang yg baik, anak yg baik, kekasih yg baik. Segala adjektif yg positiflah nak bg ke Zaynn ni. Bagaimana Zaynn yg mulanya mcm tak ada tujuan hidup akhirnya mengubah dirinya mnjadi 'orang' mmbuat saya rasa nak bertukar watak dgn Dian tu. Over sungguh. Sungguh, saya rasa Zaynn ini lelaki yg matang dan bertanggungjawab. Dan saya paling teringat yg Zaynn pernah berkata dlm hati yg dia sanggup menikahi Najaah dan belajar untuk mencintai adiknya itu kalau tak ada sesiapa nakkan Najaah. Tapi apa boleh buat, Dian dtg dlm dulu dalam hatinya. Lagipun, cinta tak boleh dipaksa2kan?
Apa2pun Burhanuddin al-Helmy aka Ustaz Din tetap mnjadi pujaan hatiku. Oh ya, kpd peminat2 Ustaz Din, beliau ada bt cameo dlm novel ni. Begitu juga Durrah dan Haikal (>_<). Apa ceritanya, kome bacalah sendiri.


Sedikit cebisan kata2 daripada penulis:

Mencintai itu seperti menjaga.

Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa.

Itulah yang Najaah buat untuk Zaynn yang dia cinta. Sungguhpun mereka suka bertikam-lidah tetapi dalam diam-diam dia tetap menatang hati Zaynn. Sayangnya, hanya ada Dian Zahra dalam hati Zaynn. Tidak terlintas untuk Zaynn jatuh kasih pada adik tirinya sendiri. Kalau jatuh kasihan itu adalah.


Kerana hakikat cinta itu damai.
Mendamaikan dua hati yang bertentangan.

“Cuba Najaah buka hati pada orang, tentu hidup Najaah lebih bermakna.”
“Umi dulu?”
“Umi doakan Najaah dapat jodoh dengan pemuda baik-baik.” Dr. Farhana ibu tirinya itu enggan bercerita tentang sejarah hati sendiri.

Hakikat cinta adalah dekat.
Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

13 tahun berlalu
Dr. Farhana selalu merasakan dia sudah berjaya mengikat hati suami seperti jalinan permaidani Kashmir: teguh dan kuat. Tetapi hati lelaki bukan begitu fitrahnya. Ada waktu-waktunya dia terlepas bebas bak layang-layang ditiup angin.

Siapa pun bersetuju yang rumah tangga itu seperti sehelai permaidani. Semakin lama semakin bernilai dan mahal. Kita tidak akan mudah-mudah membeli yang baharu kalau kita sudah memiliki sebidang yang cantik dan berharga di rumah.

Benarlah pepatah Arab berkata, perkahwinan itu pertemuan dua hati yang ada seribu perbezaan. Jadi, usah diungkit kalau kita tak serupa.


Saya ingatkan, walaupun novel ni berlatarkan belakangkan India terutamanya di Kashmir tp ni bukan cerita hindustan yg mcm Jab Jab Phool Khile tu. Haa.. tak ada ya adegan menari guling2 atas rumput tu. Bg yg suka cerita 'rare' anda pasti tak rasa 'rare' dgn ending yg 'rare'. Ha, pening tak? Apa2pun slmt membeli dan membaca.

Zaynn digambarkan ada iras2 Shashi Kapoor. Sungguhlah melting mak cik2 kalau yg melihat ni...

mcm ni lah agaknya kalau Zaynn duduk di atas shikara tu...


Sami Yusuf ke Ustaz Din ni? haa..

dapat free gift note pad lagi :)

terima kasih kak su sudi t/tgn utk peminat yg mengada2 ni..ngee

daripada 5 bintang saya saya bg 4.8 :D

Monday, May 5, 2014

PBAKL akhir seorang mahasiswa...

Salam alaik
Kali ni nak bercerita tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pulak. Ni cerita luar alam yg saya pernah saya buat sepanjang ke PBAKL. Dua kali ke PBAKL dgn hanya berselang sehari! Hahha. Rekod tu.

1 Mei 2014
Ni kali pertama. Pergi sendiri dgn bas. Lain yg dirancang lain yg jadi. Tp perancangan Allah jua yg terbaik. Alang2 dah ada di KL serbu teruslah PBAKL walaupun waktu tu duit memang cukup2 untuk balik dan beli senaskhah novel aje. Tp sebab keazaman yg membara, haha.. langkahkan kaki juga ke PWTC. Semua pengangkutan awam diredah sebab kejar masa nak balik Ipoh lagi. Hasilnya...

dapat berjumpa abg Rosdi a.k.a Imaen.. yeayy!!!

Mat dan Minah juga dibawa pulang bersama! Yeay sekali lg.

Dan juga signature nye.. hihihi

3 Mei 2014 
Second time pergi dgn rombongan maktab. Bayar RM2 sorang, haruslah daku pergi kan. Cuci mata pun jadilah yek. Tp berganda seronok sb BB1M dah boleh guna balik utk beli novel. JS je yg ada dlm kepala otak waktu tu. Kikiki

ini yg buat saya dan ema terharu.. tak sangka bulan kelahiran diiktiraf.. wanita oktober yg tersampuk aura Lelaki Januari..haha 

dua org kawan saya yg tekun membaca.. sebuah novel berjaya dihabiskan sepanjang di PBAKL.. hebat kan???

terjumpa kakak2 manis Nisa' Tanjong Karang. adik pun manis juge..hehehe

ni lah tujuan utamanya. finally dpt juga bergambar dgn Kak Anis n Kak Nir.. both are my feveret authors
beberapa hari sebelum tu kak anis pm me her num so that i could contact her on that day.. terharu sgt sebab beliau sudi jumpa saya. walau kelam kabut nak balik waktu tu sempat juga berjumpa. plus dpt sign kak nir n pingu toha lg. wauu... terima kasih kak anis, terima kasih JS. I love u ols so much!!!

kalau tak membeli bukan namanya Fatinnur la kan... sambar juga 3 buah dgn sekeping BB1M, helaian yg terakhir. FYI, saya dh belanjakan RM 200 untuk novel shj. Dan kesemuanya novel JS.. kegilaan apakah ini??? hahha
p/s: tak sempat ambil sign kak ika madera. btw, thanks for the nice postcard! ;)

PBAKL tahun ni tak kick sgt sb tak sempat jumpa my feveret author ever, Kak Su. Selalu setiap tahun mesti ambil gambar dgn beliau even though tak beli novel pun. Tahun ni tak sempat jumpa langsung. Pandang dari jauh aje. Huhu

Sekian cerita PBAKL untuk tahun ni. Tahun depan inshaAllah dah posting, tak tahu dapat jejak lagi ke tak PWTC. sob3... Apa2pun still happy sb I got what I want. Cuma sekarang fikir nak khatam novel yg berlambak-lambak tu la pulak. Rajin membeli liat membaca. Alahai Fatinnur! 


footnote: cerita PBAKL kali ni lebih manis sebab 'pertemuan' tak diduga tu. Hailah...

TUTORIAL JAHIT SHAWL NIKAH

Salam alaik

InshaAllah hari ni nak kongsi dgn anda semua sedikit tutorial shawl/veil nikah/tunang
Sebenarnya ambil kesempatan aje post tutoarial ni memandangkan alang2 dah buatkan shawl tunang untuk my bestie, Sofia.
This is my first trial sebenarnya sebab dah lama teringin nak DIY shawl nikah. Nak tunggu diri sendiri punya entah bila tak tahu.. Hahaha

So, here the tutorial. 



barang2 yg kena ada: shawl (yg ni wajib), lace, jarum peniti, beads, benang dan jarum jahit
shawl; kalau malas nak jahit boleh beli yg ready made aje, kat uptown RM5-RM10 dah boleh dapat utk warna plain. Atau kalau jenis pemakai shawl tegar, recycle balik aje shawl mane yg ada. Untuk yg rasa nak buat ikut saiz dan kelabuhan sendiri, beli kain chiffon kat kedai kain, potong bentuk halfmoon dan kelim tepi. Kalau kos jahit sendiri lagi mahal dr beli kat pasar malam, baik beli dah siap aje kan? Kata nak jimat.
Untuk Sofia punya shawl ni disponsor oleh our bestie jgk, Wanie. Thanks, Wanie!

Step seterusnya adalah jahit lace pada shawl. Sebelum jahit tu ukur dulu kat muka posisi lace tu nak diletakkan. Kalau yg nak buat veil kedudukan lace biasanya betul2 kat tengah.
Lagi satu, nak pilih lace kena bijak juga. Lace cantik, harga pun cantiklah kan. Belilah ikut kemampuan. Kalau lace tu kecil, pandai2 gunting dan susun bagi jadi besar. Susunan lace ikut citarasa masing2. Sebelum jahit lace pd shawl, susun letak biar molek dulu supaya boleh diadjust. Dan semat dgn jarum peniti. Kalau dah jahit karang, salah, payah pula nak membukanya ya? 

Selepas lace itu berjaya dijahit dengan cantiknya pd shawl, bolehlah mula kerja2 menjahit beads. Harga beads agak mahal sebenarnya bergantung kpd kualiti. Kalau kualiti baik, tahan lama, tak luntur walau dibasuh berkali-kali. Antaranya beads dari Jepun dan Taiwan. Ada mcm2 jenis dan harga. Bg saya, saya prefer pearl beads kot. Pemilihan warna pula bergantung kpd warna lace. Warna beads biar menyerlah kalau tak, macam takde guna aje letak kan. Jadi, bila membeli beads tu bawalah sekali lace anda. If possible, put more than one colour. Jgn sampai jadi pelangi sudah engkorang punya shawl.. Bak kata org, the less is more.. hehe

Satu perkara yg menjadi persoalan adalah bagaimana nak menyusun beads pula. Kalau saya, saya akan cari kuntuman bunga yg besar2 dulu. Jahit manik di tengah kuntuman bunga. So, pakai beads yg besar sikit la tp jgn sampai menenggelamkan bunga tu pulak. Yg beads kecik2 boleh letak ikut random mana2 yg dirasakan sesuai. Tak ada teknik yg tepat sebenarnya, tp bergantung kepada art of seeing kita. Chewahh.. anak murid Saiful Nang ni..haha

ni adalah model tak berbayar. Dia buat muka kesian nak try, so saya bagilah. hehe.. Thanks, Nad!

ni lah hasilnya. Cantik tak cantik dah selamat pun dipakai tuannya. Nak tahu siapa tuannya???

Taraaa... inilah pemiliknya. Cik Nurul Sofia. My ex-rumate merangkap classmate.
Selamat bertunang, Pia!


Friday, May 2, 2014

TRAVELOG KEMBARA KEMBOJA (bhgn 3&4)

BAHAGIAN 3

“Life is like a jigsaw puzzle, you have to see the whole picture, then put it together piece by piece!”~Terry McMillan

Azan subuh dari Masjid Nuruddin yang terletak bersebelahan Madrasah Nikmah mengejutkan kami dari lena yang panjang. Permulaannya, kami menyangka tersalah dengar, tetapi ternyata masa tidak akan sesekali menipu melainkan jarum jam sudah tidak berfungsi lagi. 4.30 pagi sudah masuk waktu Subuh di Kemboja! Usai persiapan diri dan solat Subuh, masa yang ada sebelum aktiviti seterusnya bermula diisi dengan bacaan Mathurat dan al-Quran. Rohani juga perlu diberikan makanan. Jiwa yang kosong tanpa pengisian akan menjauhkan diri daripada Allah seterusnya menyebabkan diri lalai daripada mengingatinya.
Seawal 7.30 pagi, matahari sudah setinggi galah. Sudah molek benar untuk mendapat rezeki mudah dengan kekuatan solat dhuha. Suara memanggil untuk bersarapan bergema usai solat sunat dhuha. Sarapan pagi kami pada hari kedua sangat mengujakan. Roti panjang ala-ala roti Perancis yang kami lihat di kaki lima semalam! Rezeki, jika sudah Allah aturkan untuk kita, tetap akan menjadi milik kita. Justeru, tiada istilah “rezekiku diambil orang”. Alhamdulillah, roti panjang yang bernama ‘nompang’ itu kami cecah dengan susu. Teringat pula roti bom di Malaysia, juga dicecah susu dan kuah kari. Walaupun agak sedikit liat tetapi, masuk ke tekak tanpa malu-malu juga.
***
“The world is a book and those who do not travel read only one page.” ~Saint Augustine of Hippo

Kanak-kanak berpakaian seragam biru sudah mula berkumpul di hadapan madrasah. Mereka tentunya pelajar di madrasah itu. Ramai rupanya kanak-kanak di Kampung Rokapopram ini. Satu yang saya kagumi, seawal usia lima tahun saya kira sudah boleh diharap untuk menjaga adik. Masakan tidak, mengelek adik di pinggang seakan perkara biasa walaupun hendak keluar bermain. Barangkali ini juga faktor mengapa ramai gadis Kemboja berkahwin pada usia yang muda. Pada usia kanak-kanak lain di Malaysia sedang sibuk bermain masak-masak, kanak-kanak di sini sudahpun boleh menguruskan anak!
Tugasan pertama kami untuk hari ini ialah mengendalikan kesedaran pendidikan dan sukaneka. Anak-anak kecil yang bersekolah di sini kami dedahkan dengan permainan ‘jigsaw puzzle’ untuk menguji kemahiran berfikir mereka. Mereka kelihatan begitu teruja kerana pertama kali berpeluang menikmati aktiviti sebegini. Di Malaysia, barangkali ‘jigsaw puzzle’ tidak lagi dipandang oleh kebanyakan anak kecil dek pengaruh manga, PES dan PSP yang kuat. Tetapi di sini, ini sudah cukup menggembirakan mereka. Dari jauh, keriuhan suara mereka sudah dapat didengari. Matahari pukul 10 pagi sudah tegak berdiri di atas kepala. Panas mentari menggigit-gigit kulit sekaligus menukarkan warna kulit. Apa yang menarik, panas di sini disertai angin yang dingin lalu tidak memberi peluang untuk tubuh menghasilkan peluh. Acara sukaneka dibahagikan dalam bentuk stesen bagi memudahkan kami menguruskan bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai. Pada permulaan, sangat sukar untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini kerana masalah bahasa. Ustaz-ustaz mereka yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu banyak membantu kami memberi arahan. Di sini, kebanyakan yang mampu bertutur dalam bahasa Melayu adalah mereka yang pernah bekerja atau menuntut ilmu di Malaysia. Panas bukan lagi menjadi penghalang kepada kanak-kanak ini untuk bergembira. Kami turut terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel!
Satu perkara yang saya perasan tentang budaya ilmu di sini ialah, mereka sangat-sangat menyantuni dan menyanjungi ilmu agama. Tak usah ditanya tentang one two three akan tetapi, sebut sahaja alif ba ta, terpancar sinar di mata anak-anak kecil ini. Malah ada antara mereka meluahkan hasrat untuk belajar agama di Malaysia. Anak-anak kita di Malaysia bagaimana pula?
Tengah hari  kami dijamu dengan lauk pauk berasaskan daging. Harus diakui sekali lagi, menunya ternyata menambat selera kami. Acara penyampaian hadiah mengambil tempat selepas itu. Kanak-kanak dan orang-orang kampung kembali berkumpul di hadapan madrasah. Sumbangan berupa wang, kain pelikat dan al-Quran bahasa Champ hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin diserahkan kepada guru-guru agama yang mengajar di madrasah ini oleh mudirnya Ustaz Ramzan. Persembahan daripada kedua-dua pihak (madrasah dan IPG) memeriahkan lagi suasana petang itu. Ia pastinya menjadi memori yang tidak dapat kami lupakan saat harus menambah lagi empat persembahan memandang anak-anak kecil ini menyediakan hampir 6 persembahan untuk kami. Semuanya secara spontan tanpa latihan yang mencukupi. Bunyi muzik bercempera namun kami redahi juga. Lagu bulan-bulan Islam, Asma’ ul Husna, doa rabithah menjadi penyelamat kami pada hari itu. Sungguh geli hati tatkala memikirkan kembali rentak qasidah yang bertukar tiba-tiba. Apa yang pasti, ini semua kenangan terindah untuk dibawa pulang ke Malaysia kelak. Tidak disangka-sangka pula persembahan pertama kumpulan qasidah kami adalah di Kemboja. Bertuah rasanya!
Aktiviti petang kami dipenuhi dengan menghirup udara Kg Rokapopram. Tidak sukar untuk meminjam basikal daripada anak-anak kecil di sini walaupun masalah komunikasi yang berlaku. Kami pasti akan dihon dari depan mahupun belakang sedangkan sudah berada di bahu jalan. Mana tidaknya, di sini kita akan berjalan di sebelah kanan jalan sedangkan di Malaysia di sebelah kiri. Untuk membiasakan diri sedikit mengambil masa. Sempat kami menziarahi beberapa rumah penduduk di sini. Satu sikap yang harus dipuji ialah, mereka sangat-sangat meraikan tetamu. Kami dijemput masuk tanpa segan silu biarpun rumah mereka tidaklah seberapa.
Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu. [HR. Dailami dan Anas]
Hari sudah hampir senja saat kami pulang ke madrasah. Tiba masanya untuk mempersiapkan diri menyembah yang Maha Esa. Solat Maghrib dan Isyak ditunaikan secara jamak. Di luar madrasah, jemaah sudah berpusu-pusu ke Masjid Nuruddin. Motor dan basikal diparkir di bawah pohon. Di sini, surau dan masjid sentiasa dipenuhi dengan jemaah. Takbir raya yang berkumandang sayup-sayup selepas solat Isyak mengingaktan kami bahawa raya Korban kami tahun ini tidak bersama-sama keluarga. Perasaan sebak yang bertandang cuba dikawal agar air mata tidak membanjirkan Madrasah Nikmah malam ini. Pengalaman berhari raya pertama kali tanpa keluarga di sisi tentunya tak dapat saya lupakan. Beberapa anak kecil menjenguk kami di madrasah. Melayani telatah mereka membuang sedikit perasaan sedih yang bertamu. Malam kami diselimuti rasa yang pelbagai. Tak sabar rasanya untuk menjemput hari esok.
_____________________________________________________________________________________
BAHAGIAN 4

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (al-Kauthar : ayat 1-2)

26 Oktober 2012, 10 Zulhijjah 1433H. Hari ini hari raya! Mandi sunat hari raya kami laksanakan sebelum bertemu yang Maha Esa dalam sujud yang penuh syahdu. Ustaz Ahmad ada memberitahu, di sini jemaah yang hadir ke masjid untuk bersolat Subuh akan terus berada di sana sehingga solat sunat hari raya. Kami bersiap-siap ala kadar (baju tidak bergosok) biarpun berpakaian lengkap baju raya. Tidak seperti masyarakat di sini, tiada baju raya bagi kebanyakan dari mereka. Wanita-wanita berumur yang kami lihat sekadar mengenakan kain batik dan baju blouse lusuh. Di Malaysia, Tahun Baru Cina pun, orang Melayu yang terlebih sibuknya. Tiada jemaah muslimat bersolat di sini melainkan kami sahaja. Mungkin sudah waqi’ mereka begitu. Air mata tumpah juga usai solat sunat hari raya Aidiladha. Kerinduan pada sanak saudara di kampung gagal dibendung lagi. Juadah raya kami hanyalah kuih batang buruk yang dibawa dari Malaysia, air mineral dan jajan. Sesekali merasai apa yang dirasakan oleh penduduk di sana menambahkan lagi rasa syukur dengan apa yang kami ada. Ada seorang mak cik kemudiannya datang membawa beberapa jenis kuih. Kuih raya barangkali. Hendak dibandingkan dari segi tekstur warna dan struktur rasa dengan kuih raya di Malaysia tentulah kali ini Malaysia yang menang. Ada sejenis kuih yang rasanya sama seperti kuih bunga pudak yang terkenal di negeri kelahiran saya, Kedah.
***
Upacara korban mengambil tempat di rumah-rumah penduduk yang terpilih lewat petang usai solat Jumaat. Alhamdulillah, ibadat korban berjalan lancar. Moga-moga korban yang ikhlas ini diterima oleh Allah. Perasaan yang berbaur-baur tetap tidak melupakan kami kepada sahabat-sahabat yang sedang merentas jalan darat dari melalui Bangkok. Di manakah mereka bersolat hari raya? Apakah juadah pagi raya mereka? Mereka dijangkakan menyertai kami paling awal petang ini. Kami menanti mereka penuh keterujaan. Tak sabar mahu mengetahui kisah kembara mereka di negara Gajah Putih. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka.
Kesempatan terakhir kami gunakan dengan bersiar-siar mengelilingi kampung. Destinasi pilihan pada kali ini ialah sawah bendang, sesejuk mata memandang. Beberapa potret dirakam sebagai kenang-kenangan sepanjang hayat. Kami disapa beberapa penduduk Malaysia yang turut mengerjakan ibadah korban di kampung berhampiran. Kesedaran untuk membantu saudara Muslim di Kemboja kian berkembang dalam kalangan penduduk di Malaysia secara khususnya dan penduduk Islam lain secara amnya. Setiap tahun Kemboja tidak sunyi dari kehadiran orang Malaysia yang ‘berkorban’ di sini. Sekiranya rasa cinta ini meresap ke seantero dunia, pasti tiada lagi kezaliman dan kesengsaraan yang membelenggu umat Islam terutama di Palestin, Afghanistan dan Syria. Tanggungjawab kita sesama Muslim bukan sekadar harta benda tetapi doa itulah senjata ampuh dan perisai orang beriman.
***
“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." (al-Baqarah:117)

Alunan tola’al badru alaina menyambut kehadiran sahabat-sahabat yang ‘terkandas’. Mereka seramai 13 orang tiba dibawa van dari sempadan Kemboja. Suasana sedih menyelubungi kami saat itu. Rasa syukur terzahir dengan rasa sebak yang tak tertahan. Allahuakbar, Allah Maha Besar, segala puji hanya untukNya. Kami dihimpunkan dalam keadaan yang cukup-cukup indah. Dengan kuasa Allah, tiada yang mustahil. Perancangan Allah itu Maha Hebat.
Kami menikmati makan malam yang meriah dengan masing-masing sibuk bertanya hingga tak menang mulut bercerita. Makan malam jadi luar biasa sedap pula. Malam ini merupakan malam terakhir kami di Kg Rokapopram. Bulan purnama penuh kami tatap sepuas-puasnya seakan-akan tiada lagi bulan esok hari!

bersambung...

BLESSING!

Salam alaik

Hari ini...
2 Mei 2014
Hampir seminggu
Saya telah kembali ke bumi Ipoh, menyambung perjuangan sebagai mahasiswa IPG Ipoh usai praktikum 3 bulan. Finally, it's over walaupun belum officially. Julai menanti untuk internship pula. Lepas tu, slmt tinggal praktikum... heee

Mmg susah nak percaya semuanya dah selesai, sama macam tak percaya juga masa dapat tau mula-mula dulu dapat praktikum di Padang Rengas. Sehari macam setahun baq hang. But thing goes better from day to day. Bila hari last rasa sebak-bertakung air mata apa tandanya tu? hihi

I've learnt something;
Kadang2 bila kita diuji sedikit kita selalu nampak yg negatif itu aje tanpa sebenarnya kita fikir hikmah yg datang lg banyak dri ujian itu. This is what I call as "BLESSING". 

BLESSING
Mmg tidak ada yg sempurna, kelompongan pasti ada di mana2 tp sekiranya semua dipandang dgn mata hati nescaya kita melihatnya sebagai tanda kasih sayang Allah. Apa yg Allah bg tak ada yg buruk sebenarnya. Cuma keyakinan kita kpd Allah itulah yg akan menentukannya. 

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

Anak2 murid yg baik, guru pembimbing dan supervisor yg byk membantu, guru2 yg mesra, pentadbiran yg memahami.. bukankah itu rahmat sebenarnya? Semua itu dtg bersilih ganti. Bila terfikir sendiri, banyak dosa yg dikendong tapi Allah masih tetap mahu menolong. Baik kan Allah?

Kasih sayang Dia tu mendahului kemurkaanNya.

Jauh lagi perjalanan. Jauh. Moga2 Allah pandu sentiasa. Dalam keredhaanNya. Serius, siapa yg nak jadi cikgu yg biasa-biasa? Maka kena usaha. Untuk jadi yg luar biasa. 

SK Tun Dr. Ismail, Padang Rengas; sekolah indah dan permai

Abam KDH yg tlh berjaya kubawa pulang sejauh 69KM from pdg rengas to ipoh.. daebak tak? hehehe


Jumpa lagi
Babai!


gambo anak murid blm transfer dr kamera.. nanti2lah ye.. ;)